Pengembaraan Cerita: Bahasa Inggeris Tahun 3
Pengembaraan Cerita ialah game 3D percuma SistemGuru.My untuk murid Bahasa Inggeris Tahun 3 sekolah rendah. Kandungannya diambil terus daripada DSKP KSSR Semakan, Standard Kandungan 3.2 Understand a variety of texts using reading strategies. Murid menjawab dengan tindakan watak dalam dunia permainan, bukan dengan menekan butang kuiz: baca petikan pendek, pilih laluan ikut fakta petikan.
Standard Pembelajaran yang dilatih
- SP 3.2.1 Understand the main idea of short simple texts
- SP 3.2.2 Understand specific information and details of short simple texts
- SP 3.2.3 Guess the meaning of unfamiliar words from clues provided by visuals and the topic
Cara bermain
- Ujian Pra 5 soalan untuk mengukur pengetahuan asal anda.
- Belajar: baca contoh dan penerangan ringkas setiap SP.
- Cuba: jawab 3 soalan dengan petunjuk. Jawapan salah boleh dicuba semula.
- Buktikan: jawab 8 soalan tanpa petunjuk. Setiap jawapan betul pada cubaan pertama memberi syiling dan bintang.
- Tamatkan setiap SP pada aras Mudah, Sederhana dan Mahir, kemudian tewaskan Bos SK.
- Ujian Pasca 5 soalan menunjukkan peningkatan anda berbanding Ujian Pra.
Kad Tahniah dan PBD
Setiap SP yang dikuasai memberi Kad Tahniah. Murid yang bermain melalui Portal Murid menghantar keputusan kepada guru sebagai cadangan evidens PBD. Syiling digunakan di Kedai untuk pakaian watak sahaja; tiada jawapan boleh dibeli.