Pengembaraan CeritaMemuatkan dunia...
Pengembaraan CeritaBM Tahun 4 ยท SK 2.3

Pengembaraan Cerita: Bahasa Melayu Tahun 4

Pengembaraan Cerita ialah game 3D percuma SistemGuru.My untuk murid Bahasa Melayu Tahun 4 sekolah rendah. Kandungannya diambil terus daripada DSKP KSSR Semakan, Standard Kandungan 2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera. Murid menjawab dengan tindakan watak dalam dunia permainan, bukan dengan menekan butang kuiz: baca petikan pendek, pilih laluan ikut fakta petikan.

Standard Pembelajaran yang dilatih

Cara bermain

  1. Ujian Pra 5 soalan untuk mengukur pengetahuan asal anda.
  2. Belajar: baca contoh dan penerangan ringkas setiap SP.
  3. Cuba: jawab 3 soalan dengan petunjuk. Jawapan salah boleh dicuba semula.
  4. Buktikan: jawab 8 soalan tanpa petunjuk. Setiap jawapan betul pada cubaan pertama memberi syiling dan bintang.
  5. Tamatkan setiap SP pada aras Mudah, Sederhana dan Mahir, kemudian tewaskan Bos SK.
  6. Ujian Pasca 5 soalan menunjukkan peningkatan anda berbanding Ujian Pra.

Kad Tahniah dan PBD

Setiap SP yang dikuasai memberi Kad Tahniah. Murid yang bermain melalui Portal Murid menghantar keputusan kepada guru sebagai cadangan evidens PBD. Syiling digunakan di Kedai untuk pakaian watak sahaja; tiada jawapan boleh dibeli.

Semua games SistemGuru.My, termasuk kategori Game Bahasa