Game dunia bandar terbuka 3D (gaya kartun, tanpa keganasan) untuk murid sekolah menengah. Pemain ialah murid yang berjalan dan memandu di bandar, membantu penduduk di kedai, bank, tapak bina, stesen minyak dan 36 lokasi lain. Setiap misi ialah soalan Matematik KSSM mengikut DSKP Tingkatan 1 hingga 5.
Tingkatan 1-5
53 topik DSKP
5 daerah
Telefon, tablet & PC
Game SistemGuru.My. Soalan dijana mengikut 53 bidang DSKP Matematik KSSM T1-T5 dengan penerangan setiap jawapan. Main Bandar Matematik
Sebelum anda mula
Disyorkan
Daftar akaun percumaTetamu boleh menyelesaikan 3 misi; akaun menyimpan kemajuan di semua peranti, membuka Ujian Daerah, 5 daerah dan ranking.
Disyorkan
Pusingkan telefon ke landskapGame ini dimain dalam mod landskap supaya pandangan jalan lebih luas.
MuridLangkah demi langkah
Langkah 1 Masuk ke bandar dan cari penanda kuning
Ketik gambar game di sistemguru.my/games/bandar-matematik/. Di Laman Utama, pilih Jelajah Bandar dan tekan MAIN. Anda bermula di Pusat Bandar (Tingkatan 1). Anak panah merah jambu sentiasa menunjuk misi seterusnya, dan bar kemajuan daerah di HUD menunjukkan berapa topik lagi sebelum Ujian Daerah. Skrin keputusan setiap misi memaparkan bintang, ganjaran dan matlamat Seterusnya; Kedai > Taman membolehkan anda menghias plaza setiap daerah (matlamat jangka panjang, tidak menambah ranking).
Penduduk yang perlukan bantuan mempunyai penanda kuning berputar di atas kepala dan bulatan di kaki. Peta mini (kanan atas) menunjukkan titik oren = misi baharu, hijau = lulus, ungu = Ujian Daerah.
Langkah 2 Cakap dengan penduduk dan jawab soalan
Dekati penduduk dan tekan Cakap (Space di PC). Pilih tugasan: setiap tugasan ialah satu topik DSKP Matematik KSSM. Jawab 2 soalan, kemudian hantar dokumen ke lokasi lain dengan mengikut anak panah merah jambu dan GPS, lalu jawab 3 soalan lagi.
Setiap jawapan disertakan penerangan langkah penyelesaian. Bantuan: 50:50, Petunjuk dan Langkau. Lulus 4/5 untuk lulus topik.
Langkah 3 Lebuh Raya Jawapan
Mod 60 saat: soalan dipaparkan di atas, empat jawapan pada papan gantri di atas empat lorong. Pandu ke lorong jawapan yang betul menggunakan butang kiri/kanan, gesel, kekunci A/D atau anak panah, nombor 1-4, gamepad atau stereng condong telefon.
Jawapan betul berturut-turut menambah kombo dan kelajuan. Skor masuk ranking.
Langkah 4 Halaman Topik: kemajuan setiap topik DSKP
Nav Topik memaparkan 53 topik mengikut daerah/tingkatan, lokasi misi, ketepatan dan status lulus. Butang GPS ke misi seterusnya membawa anda terus ke lokasi misi yang belum lulus.
Lulus separuh topik dalam daerah, kemudian ambil Ujian Daerah (8/10) di menara pusat daerah untuk membuka tingkatan seterusnya.
Langkah 5 Kedai Bandar
Baju, topi dan tudung, kenderaan (motosikal, van, SUV, jip, kereta sport), cat, jejak warna, bantuan, penggalak, suasana langit dan Kad Tokoh Matematik. Kebanyakan barang dibeli dengan Syiling yang dikumpul dari misi; Permata (pilihan) melalui ToyyibPay. Penggalak tidak menambah markah ranking.
Maklumat penting
Kad Tahniah & PBD: setiap unit kurikulum yang dikuasai (sekurang-kurangnya 60% betul) memberi Kad Tahniah berno. siri, sama seperti Nota Interaktif (boleh dimuat turun; tersimpan di Kad & Sijil anda). Murid yang bermain melalui Portal Murid: keputusan dihantar kepada guru sebagai cadangan evidens PBD (guru menentukan TP).
PC: W A S D atau anak panah = jalan/pandu, E = masuk/keluar kenderaan (atau panggil kenderaan), Space/F = cakap, M = peta, H = hon, Esc = jeda.
Telefon: seret ibu jari di separuh kiri = bergerak (tiada kayu bedik kekal di skrin), seret separuh kanan = pusing kamera, butang kanan = Cakap, Masuk/Keluar dan Hon. Pilihan stereng condong dalam Tetapan.
Gamepad: kayu kiri, RT/LT pecut/brek, A = cakap, B = kenderaan, Y = peta.
Tiada keganasan: langgar hanya memperlahankan kenderaan; pejalan kaki melompat ke tepi.
53 bidang DSKP Matematik KSSM: T1 (13 bidang, Nombor Nisbah hingga Teorem Pythagoras), T2 (13, Pola & Jujukan hingga Kebarangkalian Mudah), T3 (9, Indeks hingga Garis Lurus), T4 (10, Kuadratik hingga Pengurusan Kewangan) dan T5 (8, Ubahan hingga Pemodelan Matematik).
Bagaimana kesukaran disusun?
Soalan dijana semula setiap kali (nombor berubah). Kesukaran naik selepas jawapan betul berturut-turut dan turun selepas dua salah berturut-turut. Ulang Kaji Pintar menyoal semula topik yang tiba masa diulang (ulangan berjarak).
Bagaimana guru menggunakannya?
Minta murid membuka mod Latihan Topik untuk topik semasa di kelas, atau tetapkan sasaran lulus Ujian Daerah. Halaman Topik menunjukkan ketepatan setiap bidang.