Game Tasawwur Islam Tingkatan 4 dan 5 bertema kem latihan tentera. 19 pelajaran (13 Tingkatan 4, 6 Tingkatan 5) mengikut Standard Kandungan DSKP. Setiap pelajaran ada Nota Lapangan, Latihan Asas tanpa had masa dan Cabaran Medan 10 soalan (10 XP setiap jawapan betul). Lulus sekurang-kurangnya 85% (9/10) untuk membuka pelajaran berikutnya. XP menaikkan pangkat daripada Prebet hingga Jeneral dan watak tentera dilengkapkan ikut pangkat.
Tasawwur Islam T4 dan T5
Tanpa log masuk
Kod pemulihan untuk peranti lain
Dibangunkan oleh Abdul Muhaimin bin Abirerah, SMK Desa Tun Hussein Onn. Wira Tasawwur dihoskan di SistemGuru.My. Buka Wira Tasawwur
Sebelum anda mula
Tiada akaun diperlukan. Buka pautan, atau pasang sebagai aplikasi di telefon.
Murid
Nama, nama samaran, kelas dan jantina watakDiisi sekali semasa daftar. Nama samaran dipaparkan pada ranking. Sekolah boleh diisi untuk sijil.
Murid
Kod pemulihanDipaparkan sekali selepas daftar. Simpan secara peribadi untuk menyambung kemajuan di peranti lain.
Guru
Kod adminDiperlukan untuk menu Data murid serta memasukkan nota dan soalan (CSV).
Semua penggunaLangkah demi langkah
Gambar dirakam daripada aplikasi sebenar di telefon. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.
Langkah 1 Buka aplikasi
Buka sistemguru.my/inovasi/wira-tasawwur/. Menu: Main, Data murid (guru) dan Tetapan.
Butang Bunyi menghidupkan muzik kawad dan kesan bunyi; butang Skrin penuh di bar atas permainan.
Langkah 2 Daftar pemain
Isi Nama, Nama samaran, Kelas, sekolah (pilihan), Tingkatan dan Jantina watak, kemudian pilih satu daripada 16 avatar.
Tekan Daftar & Masuk Markas. Jika sudah pernah daftar, gunakan Sambung profil sedia ada dengan kod pemulihan.
Langkah 3 Simpan kod pemulihan
Kod seperti WIRA-XXXX-XXXX-XXXX dipaparkan sekali sahaja. Tekan Salin Kod dan simpan secara peribadi.
Kod ini digunakan untuk masuk semula di telefon atau komputer lain. Jangan kongsikan dalam kumpulan kelas.
Langkah 4 Markas
Bar status memaparkan avatar, pangkat, XP disimpan dan XP lagi untuk pangkat seterusnya.
Menu: Markas, Peta Misi, Nota Lapangan, Ranking, Lencana, Profil, Rekod Saya, Platoon dan Markas KBAT.
Langkah 5 Watak tentera ikut pangkat
Watak bermula dengan inner T-shirt dan seluar celoreng. Kasut boot, Belt 2000, tanda nama, beret, beg, jam, vest, radio dan sarung tangan dibuka mengikut pangkat.
Watak perempuan memakai tudung dan baju berlengan panjang.
Langkah 6 Peta Misi
Peta Malaysia: setiap pelajaran ialah satu kem. Hijau = dikuasai, kuning = tersedia, kelabu = terkunci.
Ketik penanda untuk membuka nota dan Cabaran Medan pelajaran itu.
Langkah 7 Nota dan Cabaran Medan
Taklimat misi memaparkan objektif (Standard Pembelajaran), Nota Lapangan, kata kunci dan Latihan Asas tanpa had masa.
Tekan Mulakan Cabaran: lepasi cabaran halangan (tembak piring, tembok 6 kaki atau monkey bar), kemudian jawab 10 soalan. Masa dikira semasa soalan dibuka sahaja. Jawapan salah memaparkan animasi latihan kadet dan pembetulan.
Langkah 8 Ranking Top 10
Disusun mengikut XP, kemudian bintang dan masa menjawab. Pilih skop Keseluruhan, Tingkatan 4 atau Tingkatan 5. Kedudukan anda dipaparkan di bawah jadual.
Langkah 9 Lencana dan pangkat
Lencana diperoleh melalui pencapaian (lulus pertama, 100%, tamat tingkatan, pangkat pegawai dan lain-lain).
Senarai pangkat permainan Prebet hingga Jeneral bersama XP yang diperlukan.
Langkah 10 Profil, avatar dan sijil
Tukar avatar, jantina watak, kelengkapan (beret, bingkai, latar kem, tanda nama) dan tetapan bunyi.
Selepas Cabaran Medan, tekan Cetak Sijil untuk sijil pencapaian (cetak atau simpan PDF). Reset memadam semua kemajuan profil.
Langkah 11 Markas KBAT
Situasi KBAT bagi setiap pelajaran: tulis jawapan berpandu (isi, alasan, huraian, rumusan) atau kendiri, kemudian bandingkan dengan contoh jawapan dan simpan pembaikan.
Tiada markah automatik atau XP; guru menyemak jawapan di Data murid.
Langkah 12 Data murid (guru)
Masukkan kod admin. Paparan: bilangan pemain, purata XP, markah terbaik setiap pelajaran, jawapan KBAT dan platoon. Tapis ikut tingkatan, kelas atau nama, kemudian muat turun CSV.
Tab Nota & soalan: muat turun templat CSV, isi di Google Sheets, kemudian import nota, kata kunci, Latihan Asas, soalan Cabaran Medan dan situasi KBAT.
Langkah 13 Tetapan
Saiz teks dan Pasang aplikasi di skrin utama telefon.
Maklumat penting
Syarat buka pelajaran: minimum 85% (9/10) dalam Cabaran Medan pelajaran sebelumnya. Pelajaran 1 setiap tingkatan sentiasa terbuka.
XP kekal mengikut rekod terbaik setiap pelajaran (maksimum 100 XP sepelajaran). Mengulang tidak menurunkan rekod.
Platoon: 2 hingga 6 ahli berkongsi satu peranti dan menjawab secara bergilir; markah platoon berasingan daripada XP individu.
Data profil, markah dan jawapan KBAT disimpan di pelayan SistemGuru.My. Ranking hanya memaparkan nama samaran, kelas, pangkat, XP, bintang dan masa. Alamat IP tidak disimpan.
Betul vs Salah
Berdasarkan cara sebenar aplikasi berfungsi.
Betul
Simpan kod pemulihan sebaik sahaja mendaftar.
Salah
Menutup skrin kod tanpa menyimpannya.
Sebab: Tanpa kod, profil tidak boleh disambung di peranti lain atau selepas data pelayar dipadam.
Betul
Baca Nota Lapangan dan cuba Latihan Asas dahulu.
Salah
Terus memulakan Cabaran Medan.
Sebab: Sasaran 9/10 diperlukan untuk membuka pelajaran seterusnya.
Soalan lazim
Perlukah murid log masuk?
Tidak. Murid mendaftar dengan nama, nama samaran dan kelas, dan menerima kod pemulihan.
Bagaimana menyambung di telefon lain?
Pada skrin pendaftaran, isi kod pemulihan di bahagian Sambung profil sedia ada dan tekan Pulihkan Profil.
Di mana guru melihat kemajuan murid?
Menu Data murid, dengan kod admin yang diberikan kepada guru pembina inovasi ini. Data boleh dimuat turun sebagai CSV.
Inovasi guru lain
Medan Tempur Arab — Permainan 3D Ulang Kaji Bahasa Arab SPM (Solo dan Berpasukan).
Meta Didik — Jelajah Peta Malaysia 3D dan Kuiz 9 Subjek KSSM (Kelas Guru, Multiplayer, AI KBAT).
Fastabiq Grand Prix — Lumba Ulang Kaji Pendidikan Islam Tingkatan 2 (Latihan Solo dan Lumba Bersama).
Melaka Memilih: Misi 15 — Simulasi Pilihan Raya 28 DUN Melaka (Misi Sivik, Peta Langsung, Ranking).
Sahabat Cahaya — Game Huruf Hijaiyah, Wuduk dan Adab untuk Kanak-kanak.