Peta dilukis sendiri, garis masa ditaip sendiri, sumbernya entah.
Anda bukan kurang idea. Subjek kemanusiaan memerlukan garis masa, peta, graf dan sumber yang tepat, dan setiap satu biasanya dilukis atau dicari sendiri.
Dapatkan sekarang, RM24.90RM24.90 untuk 12 bulan · bayar sekali melalui FPX · akses dibuka serta-merta · atau cuba percuma 14 hari

Guru Sejarah, Geografi, Ekonomi dan Perakaunan perlukan bahan yang tepat. Garis masa, peta, keluk permintaan dan kertas kerja akaun tidak boleh dibuat sambil lewa.
Membinanya sendiri sangat lambat. Mencari di internet pula membawa bahan yang cantik tetapi tidak bersumber, atau tidak sepadan dengan DSKP.
Bila murid bertanya, "Cikgu, tarikh ini betul ke?" anda mahu menjawab dengan yakin, bukan berharap bahan yang diambil itu tidak silap.
Minggu yang biasa bagi guru kemanusiaan
- Isnin, 8:30 malamSumber sejarah untuk soalan berstruktur dicari. Butiran asalnya tidak lengkap.
- Selasa, 10:00 pagiAnda lukis keluk di papan putih, padam, dan lukis semula untuk tunjuk peralihan.
- Rabu, 9:15 malamEmpat puluh kertas kerja perakaunan. Imbangan duga tidak seimbang, tetapi di mana silapnya?
- Khamis, 2:00 petangKerja lapangan perlu dirancang: logistik, instrumen dan rubrik.
- Jumaat, 9:45 malamLembaran peta untuk minggu depan masih belum siap.
Adakah ini anda?
- Garis masa dilukis di papan putih, dan tarikh peristiwa disemak semula di buku teks.
- Peta untuk soalan kemahiran peta disalin dari buku, kemudian kabur bila dicetak.
- Keluk permintaan dan penawaran dilukis tangan, dan peralihan keluk sukar ditunjukkan.
- Kertas kerja perakaunan murid disemak satu per satu, angka demi angka.
Penyelesaiannya
Lapan tools untuk garis masa, peta, keluk ekonomi, kertas kerja akaun auto-semak, analisis sumber sejarah dan kerja lapangan.
- Garis masa sejarah dan analisis sumber
- Peta geografi dan keluk ekonomi
- Kertas kerja perakaunan yang menyemak sendiri




Cara biasa berbanding Pakej Kemanusiaan (9 tools)
| Cara biasa | Dengan Pakej Kemanusiaan (9 tools) |
|---|---|
| Garis masa dilukis di papan putih | Peristiwa bersumber dengan tiga susun atur dan jalur era |
| Peta disalin dari buku, kabur bila dicetak | Peta topografi dengan soalan kemahiran peta dan peta buta |
| Keluk dilukis dan dipadam berulang kali | Simulasi peralihan keluk dan kalkulator keanjalan |
| Kertas kerja perakaunan disemak angka demi angka | Jurnal, lejar, imbangan duga dan penyata yang menyemak sendiri |
Apa yang berubah untuk anda
Pakej Kemanusiaan (9 tools)
Kurang 7 sen sehari. Bayar sekali, tiada caj automatik.
- Akses 9 tools selama 12 bulan, guna tanpa had
- Terus dalam pelayar telefon, tablet & komputer, tiada aplikasi perlu dipasang
- Panduan bergambar langkah demi langkah
- Group Support guru: lapor bug, kami baiki secepat mungkin
Belum pasti? Cuba percuma 14 hari dahulu.
Soalan sebelum membeli
Apa tools dalam pakej ini?
Garis Masa Sejarah; Kertas Kerja Perakaunan Auto-Semak; Makmal Keluk Ekonomi; Studio Peta Geografi; Jurnal Refleksi Nilai; Perancang Debat, Forum & Main Peranan; Perancang Kerja Lapangan; Lembaran Analisis Sumber Sejarah.
Perlu pasang aplikasi?
Tidak. Semua tools dibuka terus dalam pelayar telefon, tablet atau komputer.
Sesuai untuk subjek apa?
Sejarah, Geografi, Ekonomi, Perakaunan dan Pendidikan Moral atau nilai, termasuk kerja lapangan dan aktiviti PAK21.
Boleh murid menyemak kerja sendiri?
Boleh. Kertas kerja perakaunan dan latihan susun kronologi garis masa boleh dijalankan melalui Portal murid.
Bagaimana selepas 12 bulan?
Tiada caj automatik. Anda boleh membeli semula jika masih memerlukannya.
Boleh saya cuba dahulu?
Boleh. Daftar akaun percuma untuk mendapatkan percubaan Pro 14 hari yang membuka semua tools, kemudian beli bila anda yakin.
Tertakluk kepada Terma & Dasar Bayaran Balik. Lihat juga semua Tools Guru · pelan Pro (semua tools & modul RPH, RPT, PBD).