Borang Google penuh jawapan. Laporan program masih kosong.
Masalahnya bukan anda malas menganalisis. Google Form memberi ratusan baris jawapan, tetapi laporan program meminta min, tahap dan peratus yang perlu dikira sendiri.
Dapatkan sekarang, RM9.90RM9.90 untuk 12 bulan · bayar sekali melalui FPX · akses dibuka serta-merta · atau cuba percuma 14 hari

Program sudah selesai dan soal selidik sudah diisi peserta. Data ada dalam Google Form, menunggu untuk dianalisis.
Anda muat turun ke Excel dan berdepan dengan berpuluh lajur skala Likert. Mengira min, peratus setuju dan tahap untuk setiap item mula memeningkan.
"Laporan program bila boleh siap?" Anda tidak pasti, bukan kerana malas, tetapi kerana tidak yakin cara menginterpretasi dapatan itu.
Malam sebelum laporan program dihantar
- 8:00 malamMuat turun respons Google Form. Ratusan baris, belasan soalan skala Likert.
- 8:45 malamCuba formula AVERAGE di Excel. Satu lajur ada teks, formula ralat.
- 10:00 malamKira peratus setuju dengan kalkulator, satu soalan demi satu soalan.
- 11:30 malamJawapan terbuka masih bertaburan. Salin tampal ke dalam dokumen laporan.
- 12:40 pagiJadual siap, tetapi tiada tenaga untuk menulis rumusan.
Adakah ini anda?
- Respons Google Form sudah ada, tetapi saya tak tahu nak mula kira min dari mana.
- Saya kira peratus setuju satu soalan demi satu soalan dalam Excel.
- Jawapan terbuka bertaburan, dan saya salin satu per satu ke dalam laporan.
- Laporan program atau OPR perlu dihantar esok, analisis soal selidik masih kosong.
Penyelesaiannya
Muat naik CSV daripada Google Form, dan min, tahap, peratus setuju serta kekerapan setiap soalan dijana untuk laporan.
- Min dan tahap setiap item skala Likert
- Peratus setuju dan kekerapan pilihan
- Senarai jawapan terbuka tersusun




Cara biasa berbanding Penganalisis Soal Selidik
| Cara biasa | Dengan Penganalisis Soal Selidik |
|---|---|
| Kira min setiap soalan dengan formula Excel | Min dan tahap setiap item Likert dijana sendiri |
| Kira peratus setuju satu per satu | Peratus setuju dan carta kekerapan pilihan sedia dibaca |
| Jawapan terbuka bertaburan dalam lembaran | Senarai jawapan terbuka tersusun untuk laporan |
Apa yang berubah untuk anda
Penganalisis Soal Selidik
Kurang 3 sen sehari. Bayar sekali, tiada caj automatik.
- Akses penuh Penganalisis Soal Selidik selama 12 bulan, guna tanpa had
- Terus dalam pelayar telefon, tablet & komputer, tiada aplikasi perlu dipasang
- Panduan bergambar langkah demi langkah
- Group Support guru: lapor bug, kami baiki secepat mungkin
Belum pasti? Cuba percuma 14 hari dahulu.
Soalan sebelum membeli
Perlu pasang aplikasi?
Tidak. Penganalisis Soal Selidik dibuka terus dalam pelayar telefon, tablet atau komputer.
Fail apa yang diterima?
Respons Google Form yang dimuat turun sebagai fail .csv, atau jadual respons yang ditampal dari Excel.
Boleh guna untuk kajian tindakan?
Boleh. Min, tahap, peratus setuju dan kekerapan setiap soalan sesuai untuk laporan program, OPR dan kajian tindakan.
Adakah respons dihantar ke pelayan?
Tidak. Pemprosesan berlaku pada peranti anda.
Bagaimana selepas 12 bulan?
Tiada caj automatik. Anda boleh membeli semula jika masih memerlukannya.
Boleh saya cuba dahulu?
Boleh. Daftar akaun percuma untuk mendapatkan percubaan Pro 14 hari yang membuka semua tools, kemudian beli bila anda yakin.
Tertakluk kepada Terma & Dasar Bayaran Balik. Lihat juga semua Tools Guru · pelan Pro (semua tools & modul RPH, RPT, PBD).