Tools GuruSistemGuru.My Buka App
Penjana Giliran Bertugas

Kenapa nama saya lagi minggu ni? Soalan sama setiap penggal.

Anda mahu giliran yang adil untuk semua. Cara lama memaksa anda mengira beban dan mengelak cuti dengan mata, jadi rungutan tetap datang.

Dapatkan sekarang, RM5.90

RM5.90 untuk 12 bulan · bayar sekali melalui FPX · akses dibuka serta-merta · atau cuba percuma 14 hari

Penjana Giliran Bertugas dalam telefon

Menyusun giliran guru bertugas, piket atau warden sepatutnya kerja mudah. Tetapi setiap kali jadual diedar, ada yang bertanya, “Kenapa saya dua kali, dia sekali?”

Cuti umum dan cuti sekolah pula perlu dielak satu per satu. Terlepas satu, ada guru yang dijadual bertugas pada hari cuti.

Penggal baharu tiba, dan anda membuka semula jadual lama untuk menyusun dari awal, dengan harapan kali ini tiada siapa yang merungut.

Petang menyusun giliran penggal baharu

  1. 2:30 petangDiminta menyediakan giliran guru bertugas sembilan minggu.
  2. 3:00 petangNama ditaip dalam Excel, diagih bergilir-gilir.
  3. 3:45 petangCuti ganti terlepas. Satu minggu perlu dianjak.
  4. 4:30 petangJadual dihantar ke grup. Tiga mesej bertanya tentang keadilan.
  5. EsokJadual disusun semula untuk kali kedua.

Adakah ini anda?

  • Jadual diedar, dan seorang guru bertanya, “Kenapa saya dua kali, dia sekali?”
  • Seorang guru dijadual bertugas pada hari cuti ganti yang terlepas pandang.
  • Guru yang berkursus minggu itu tetap tersenarai bertugas.
  • Penggal baharu, dan jadual lama dibuka untuk disusun dari awal.

Penyelesaiannya

Giliran dijana adil ikut beban kumulatif setiap orang dan melangkau cuti dalam takwim secara automatik.

  • Adil ikut beban kumulatif setiap orang
  • Melangkau cuti takwim secara automatik
  • Cetakan, imej mesej dan peringatan mingguan
Mulakan giliran baharu
Pilih templat giliran yang sesuai
Tampal senarai nama dalam satu langkah
Jana giliran adil dengan status setiap orang

Cara biasa berbanding Penjana Giliran Bertugas

Cara biasaDengan Penjana Giliran Bertugas
Agih bergilir tanpa kira bebanAgihan adil ikut bilangan tugas dan mata beban
Cuti diperiksa satu per satuHujung minggu dan cuti dilangkau sendiri
Orang berkursus tetap tersenaraiTarikh tidak boleh untuk setiap orang
Taip semula untuk grup WhatsAppImej jadual dan teks peringatan mingguan sedia dikongsi

Apa yang berubah untuk anda

MasaTampal nama, pilih templat dan tempoh, tekan Jana giliran.
KejelasanTemplat sedia: guru bertugas mingguan atau harian, pengawas, piket, imam dan bilal Jumaat, warden asrama.
StatusJadual beban setiap orang dipapar bersama giliran, jadi keadilan boleh ditunjukkan.
KepastianHujung minggu dan cuti dilangkau, tarikh tidak boleh setiap orang dipatuhi, dan suntingan yang melanggar kekangan ditanda merah.
HubunganGroup Support guru: tanya, lapor masalah dan kongsi cara guna dengan guru lain yang memakai tool yang sama.

Penjana Giliran Bertugas

RM5.90 / 12 bulan

Kurang 2 sen sehari. Bayar sekali, tiada caj automatik.

  • Akses penuh Penjana Giliran Bertugas selama 12 bulan, guna tanpa had
  • Terus dalam pelayar telefon, tablet & komputer, tiada aplikasi perlu dipasang
  • Panduan bergambar langkah demi langkah
  • Group Support guru: lapor bug, kami baiki secepat mungkin
Dapatkan sekarang

Belum pasti? Cuba percuma 14 hari dahulu.

Soalan sebelum membeli

Perlu pasang aplikasi?

Tidak. Penjana Giliran Bertugas dibuka terus dalam pelayar telefon, tablet atau komputer.

Adakah nombor telefon diperlukan?

Tidak. Anda memilih penerima sendiri semasa berkongsi, dan nombor tidak diminta atau disimpan.

Boleh beri berat berbeza kepada tugas?

Boleh. Setiap peranan ada berat mata, contohnya khatib dikira dua kali ganda dalam keadilan.

Bagaimana dengan beban penggal lepas?

Selepas log masuk, Teruskan beban daripada giliran terdahulu supaya yang banyak bertugas sebelum ini kurang diberi tugas.

Bagaimana selepas 12 bulan?

Tiada caj automatik. Anda boleh membeli semula jika masih memerlukannya.

Boleh saya cuba dahulu?

Boleh. Daftar akaun percuma untuk mendapatkan percubaan Pro 14 hari yang membuka semua tools, kemudian beli bila anda yakin.

Tertakluk kepada Terma & Dasar Bayaran Balik. Lihat juga semua Tools Guru · pelan Pro (semua tools & modul RPH, RPT, PBD).

Penjana Giliran Bertugas
RM5.90 / 12 bulan
Dapatkan