Murid nak tahu betul atau salah sekarang, bukan minggu depan.
Bukan murid yang tidak mahu belajar. Mereka mahu tahu betul atau salah sekarang, tetapi kertas latihan baru disemak minggu depan.
Dapatkan sekarang, RM9.90RM9.90 untuk 12 bulan · bayar sekali melalui FPX · akses dibuka serta-merta · atau cuba percuma 14 hari

Anda mahu murid berlatih di rumah. Mereka bersemangat menjawab, kemudian menunggu. Malam itu, telefon anda penuh dengan gambar kertas jawapan yang perlu disemak.
Markah hanya diketahui selepas anda menyemak, kadang-kadang seminggu kemudian. Pada masa itu, murid sudah lupa mengapa mereka memilih jawapan itu.
Google Form pula perlukan akaun dan tetapan. Murid yang tiada akaun terus berkata, "Tak boleh masuklah, cikgu."
Minggu sebelum ujian bulanan
- IsninLima soalan ulang kaji ditulis di papan putih.
- Isnin, petangMurid jawab dalam buku. Buku dikutip.
- Selasa, malamSemak empat puluh buku untuk lima soalan.
- KhamisBuku dipulangkan. Murid sudah lupa soalan.
- UjianKesilapan yang sama berulang.
Adakah ini anda?
- Murid tanya jawapan betul, saya kata tunggu kertas disemak.
- Kuiz dalam talian lain minta murid daftar akaun.
- Saya mahu latihan ringkas untuk dijawab di rumah.
- Saya tak tahu siapa yang benar-benar menjawab.
Penyelesaiannya
Bina kuiz dan kongsi melalui pautan atau QR, dan murid jawab di telefon serta dapat maklum balas serta-merta tanpa akaun.
- Kongsi melalui pautan atau kod QR
- Maklum balas betul atau salah serta-merta
- Murid jawab tanpa akaun




Cara biasa berbanding Kuiz Semak Kendiri (Pautan/QR)
| Cara biasa | Dengan Kuiz Semak Kendiri (Pautan/QR) |
|---|---|
| Tunggu buku disemak | Maklum balas betul atau salah serta-merta |
| Murid perlu daftar akaun | Murid jawab tanpa akaun melalui pautan atau QR |
| Tak pasti murid benar-benar menjawab | Kod skor yang guru sahkan |
Apa yang berubah untuk anda
Kuiz Semak Kendiri (Pautan/QR)
Kurang 3 sen sehari. Bayar sekali, tiada caj automatik.
- Akses penuh Kuiz Semak Kendiri (Pautan/QR) selama 12 bulan, guna tanpa had
- Terus dalam pelayar telefon, tablet & komputer, tiada aplikasi perlu dipasang
- Panduan bergambar langkah demi langkah
- Group Support guru: lapor bug, kami baiki secepat mungkin
Belum pasti? Cuba percuma 14 hari dahulu.
Soalan sebelum membeli
Perlu pasang aplikasi?
Tidak. Kuiz Semak Kendiri dibuka terus dalam pelayar telefon, tablet atau komputer.
Murid perlu akaun?
Tidak. Murid membuka pautan atau QR dengan mana-mana pelayar telefon.
Jenis soalan apa?
Objektif, isi tempat kosong dan betul atau salah.
Bagaimana guru tahu skor murid?
Di akhir kuiz murid menunjukkan KOD SKOR, dan guru mengesahkannya dalam tool. Tiada data dihantar ke pelayan.
Bagaimana selepas 12 bulan?
Tiada caj automatik. Anda boleh membeli semula jika masih memerlukannya.
Boleh saya cuba dahulu?
Boleh. Daftar akaun percuma untuk mendapatkan percubaan Pro 14 hari yang membuka semua tools, kemudian beli bila anda yakin.
Tertakluk kepada Terma & Dasar Bayaran Balik. Lihat juga semua Tools Guru · pelan Pro (semua tools & modul RPH, RPT, PBD).