Lembaran menulis di internet banyak, perkataan yang diajar tiada.
Anda tahu bentuk huruf yang betul bermula dengan grid dan urutan strok. Cara lama memaksa anda bergantung pada lembaran internet yang perkataannya tidak sama dengan yang anda ajar.
Dapatkan sekarang, RM5.90RM5.90 untuk 12 bulan · bayar sekali melalui FPX · akses dibuka serta-merta · atau cuba percuma 14 hari

Guru Bahasa Cina, Tamil atau Jawi tahu murid perlu berlatih menulis dengan grid dan urutan strok yang betul.
Lembaran di internet memang banyak, tetapi perkataannya tidak sama dengan yang diajar minggu ini.
Membinanya sendiri dalam Word pula hampir mustahil: grid tidak lurus, aksara tidak muat, urutan strok terpaksa dilukis tangan. Akhirnya murid menulis di buku latihan biasa, dan bentuk huruf mereka terus tidak seimbang.
Malam menyediakan lembaran tulisan
- 8:00 malamLima aksara baharu untuk esok. Lembaran internet tidak sepadan.
- 8:30 malamCuba melukis grid dalam Word.
- 9:15 malamGrid tidak lurus selepas dicetak.
- 9:45 malamUrutan strok dilukis tangan di atas kertas.
- EsokMurid menulis di buku latihan biasa.
Adakah ini anda?
- Lembaran Hanzi dari internet tidak memuatkan aksara minggu ini.
- Grid dalam Word tidak lurus, dan aksara tidak muat dalam petak.
- Urutan strok terpaksa dilukis tangan untuk setiap aksara.
- Murid pemulihan Jawi perlukan bantuan berperingkat, bukan satu lembaran yang sama.
Penyelesaiannya
Lembaran tulisan dengan grid dan urutan strok dijana untuk perkataan yang anda pilih, dalam tulisan Cina, Tamil, Jawi atau Rumi.
- Grid Cina dengan urutan strok dan pinyin
- Grid huruf Tamil dan surih huruf Jawi
- Rumi garis empat dan mod surih pada skrin




Cara biasa berbanding Lembaran Tulisan Aksara
| Cara biasa | Dengan Lembaran Tulisan Aksara |
|---|---|
| Lembaran internet yang tidak sepadan | Lembaran untuk aksara yang anda pilih |
| Lukis grid dalam Word | Grid 田字格, 米字格, kotak atau garis empat |
| Lukis urutan strok dengan tangan | Baris urutan strok dicetak sendiri |
| Satu lembaran untuk semua murid Jawi | Mod pemulihan dengan bantuan yang berkurang |
Apa yang berubah untuk anda
Lembaran Tulisan Aksara
Kurang 2 sen sehari. Bayar sekali, tiada caj automatik.
- Akses penuh Lembaran Tulisan Aksara selama 12 bulan, guna tanpa had
- Terus dalam pelayar telefon, tablet & komputer, tiada aplikasi perlu dipasang
- Panduan bergambar langkah demi langkah
- Group Support guru: lapor bug, kami baiki secepat mungkin
Belum pasti? Cuba percuma 14 hari dahulu.
Soalan sebelum membeli
Perlu pasang aplikasi?
Tidak. Lembaran Tulisan Aksara dibuka terus dalam pelayar telefon, tablet atau komputer.
Perlu internet?
Untuk Hanzi, data strok dan pinyin dimuat dari internet ketika menjana. Tanpa internet, Hanzi dicetak dengan fon untuk disurih sahaja.
Boleh latih di skrin?
Boleh. Mod surih skrin membolehkan murid menyurih dengan jari atau stilus di tablet atau papan putih interaktif.
Adakah urutan strok tepat?
Urutan strok mengikut data terbuka. Sahkan dengan buku teks SJKC.
Bagaimana selepas 12 bulan?
Tiada caj automatik. Anda boleh membeli semula jika masih memerlukannya.
Boleh saya cuba dahulu?
Boleh. Daftar akaun percuma untuk mendapatkan percubaan Pro 14 hari yang membuka semua tools, kemudian beli bila anda yakin.
Tertakluk kepada Terma & Dasar Bayaran Balik. Lihat juga semua Tools Guru · pelan Pro (semua tools & modul RPH, RPT, PBD).