Ibu bapa kata tak pernah dihubungi. Telefon cikgu kata lain.
Anda bukan tidak berkomunikasi. Anda sudah menelefon, menghantar mesej dan berjumpa ibu bapa, tetapi tanpa rekod, usaha itu hilang bila ia paling diperlukan.
Dapatkan sekarang, RM5.90RM5.90 untuk 12 bulan · bayar sekali melalui FPX · akses dibuka serta-merta · atau cuba percuma 14 hari

Minggu ini anda menelefon tiga ibu bapa, membalas lima mesej dan berjumpa seorang bapa di pagar sekolah. Semuanya penting, semuanya tidak dicatat. Anda fikir semuanya akan diingati.
Dua bulan kemudian timbul aduan. "Kami tak pernah dimaklumkan pun tentang masalah anak kami."
Anda pasti pernah memaklumkan, tetapi bila? Apa yang dibincangkan? Tanpa rekod, kata-kata anda hanya ingatan berbanding ingatan mereka.
Minggu yang biasa berhubung dengan ibu bapa
- Isnin, 1:30 petangAnda menelefon ibu seorang murid tentang kehadiran. Perbualan sepuluh minit.
- Rabu, 8:45 malamAyah murid lain menghantar mesej panjang. Anda balas dan berjanji akan memantau.
- Dua minggu kemudianPentadbir bertanya tindakan yang telah diambil untuk murid itu.
- Malam yang samaAnda menyelak WhatsApp ke belakang, mencari bukti perbualan.
Adakah ini anda?
- Anda pasti sudah menelefon ibu bapa itu bulan lepas, tetapi tidak ingat tarikhnya.
- Mesej WhatsApp dengan ibu bapa tenggelam di bawah ratusan mesej lain.
- Pentadbir bertanya tindakan yang telah diambil, dan anda menyelak telefon.
- Janji untuk membuat susulan terlupa kerana tiada senarai.
Penyelesaiannya
Rekod setiap panggilan, mesej dan perjumpaan dengan ibu bapa, tandakan susulan, dan cari semula ikut nama murid bila diperlukan.
- Log panggilan, mesej dan perjumpaan
- Tindakan susulan ditanda dengan jelas
- Cari ikut nama murid dan cetak laporan




Cara biasa berbanding Log Komunikasi Ibu Bapa
| Cara biasa | Dengan Log Komunikasi Ibu Bapa |
|---|---|
| Ingat tarikh panggilan dalam kepala | Setiap panggilan, mesej dan perjumpaan direkod bertarikh |
| Selak WhatsApp ke belakang mencari bukti | Cari ikut nama murid atau perkara |
| Janji susulan terlupa | Tindakan susulan ditanda dan dikira sehingga selesai |
| Tiada laporan bila diminta | Log dicetak landskap atau dieksport ke Excel |
Apa yang berubah untuk anda
Log Komunikasi Ibu Bapa
Kurang 2 sen sehari. Bayar sekali, tiada caj automatik.
- Akses penuh Log Komunikasi Ibu Bapa selama 12 bulan, guna tanpa had
- Terus dalam pelayar telefon, tablet & komputer, tiada aplikasi perlu dipasang
- Panduan bergambar langkah demi langkah
- Group Support guru: lapor bug, kami baiki secepat mungkin
Belum pasti? Cuba percuma 14 hari dahulu.
Soalan sebelum membeli
Perlu pasang aplikasi?
Tidak. Tool ini dibuka terus dalam pelayar telefon, tablet atau komputer.
Kaedah komunikasi apa yang boleh direkod?
WhatsApp, telefon, bersemuka, surat atau nota, e-mel dan Hari Bertemu Pelanggan.
Di mana rekod disimpan?
Dalam pelayar peranti yang anda gunakan sahaja, tidak dihantar ke pelayan. Muat turun sandaran secara berkala.
Boleh padam rekod yang tersilap?
Boleh. Setiap rekod boleh dipadam selepas anda mengesahkannya.
Bagaimana selepas 12 bulan?
Tiada caj automatik. Anda boleh membeli semula jika masih memerlukannya.
Boleh saya cuba dahulu?
Boleh. Daftar akaun percuma untuk mendapatkan percubaan Pro 14 hari yang membuka semua tools, kemudian beli bila anda yakin.
Tertakluk kepada Terma & Dasar Bayaran Balik. Lihat juga semua Tools Guru · pelan Pro (semua tools & modul RPH, RPT, PBD).