Rumah Merah semua atlet. Rumah Biru menangis sebelum bertanding.
Anda bukan berat sebelah. Membahagi ratusan murid dengan tangan sambil mengimbangi jantina, kelas dan kemahiran memang hampir mustahil dibuat sama rata.
Dapatkan sekarang, RM5.90RM5.90 untuk 12 bulan · bayar sekali melalui FPX · akses dibuka serta-merta · atau cuba percuma 14 hari

Awal tahun, murid perlu dibahagi ke rumah sukan. Anda cuba menyeimbangkan jantina, kelas dan kemahiran secara manual. Senarai tiga ratus nama terbentang di atas meja.
Bila senarai keluar, satu rumah penuh dengan atlet sekolah. Rumah lain hanya ada murid yang baru belajar berlari.
"Tak adillah, cikgu," kata murid. Guru rumah juga merungut, dan ibu bapa bertanya. Kejohanan belum bermula, tetapi semangat sudah jatuh.
Petang sebelum mesyuarat rumah sukan
- 2:30 petangSenarai murid seluruh sekolah sampai dalam Excel.
- 3:30 petangSusun ikut kelas, kemudian ikut jantina. Lajur bercampur.
- 5:00 petangRumah Merah terlalu ramai atlet. Pindah murid secara manual.
- 9:00 malamSalin senarai setiap rumah ke helaian berasingan untuk dicetak.
- EsokGuru rumah lain menegur, rumah mereka paling lemah.
Adakah ini anda?
- Satu rumah sukan dapat semua atlet terbaik, rumah lain mengeluh.
- Saya bahagi murid ikut senarai abjad, dan jantina tak seimbang.
- Guru rumah minta senarai ahli, saya salin dari Excel satu per satu.
- Setiap tahun saya mula semula pembahagian dari kosong.
Penyelesaiannya
Agihkan murid ke rumah sukan secara seimbang mengikut jantina, kelas dan markah kemahiran.
- Agihan seimbang ikut jantina dan kelas
- Markah kemahiran diambil kira
- Senarai ahli setiap rumah dicetak




Cara biasa berbanding Pembahagi Rumah Sukan
| Cara biasa | Dengan Pembahagi Rumah Sukan |
|---|---|
| Bahagi ikut abjad atau kelas | Agihan seimbang ikut jantina, kelas dan kemahiran |
| Pindah atlet secara manual | Markah kemahiran diambil kira semasa agihan |
| Salin senarai ke helaian berasingan | Excel atau cetakan satu rumah sehelai |
Apa yang berubah untuk anda
Pembahagi Rumah Sukan
Kurang 2 sen sehari. Bayar sekali, tiada caj automatik.
- Akses penuh Pembahagi Rumah Sukan selama 12 bulan, guna tanpa had
- Terus dalam pelayar telefon, tablet & komputer, tiada aplikasi perlu dipasang
- Panduan bergambar langkah demi langkah
- Group Support guru: lapor bug, kami baiki secepat mungkin
Belum pasti? Cuba percuma 14 hari dahulu.
Soalan sebelum membeli
Perlu pasang aplikasi?
Tidak. Pembahagi Rumah Sukan dibuka terus dalam pelayar telefon, tablet atau komputer.
Apa lajur yang perlu ada?
Nama, Jantina (L/P), Kelas, dan markah kemahiran jika ada. Tampal terus dari Excel.
Boleh untuk kumpulan lain selain rumah sukan?
Boleh. Murid diagih ke rumah sukan atau kumpulan secara seimbang.
Bagaimana hasilnya dikongsi?
Muat turun sebagai Excel atau cetak satu rumah sehelai untuk guru rumah.
Bagaimana selepas 12 bulan?
Tiada caj automatik. Anda boleh membeli semula jika masih memerlukannya.
Boleh saya cuba dahulu?
Boleh. Daftar akaun percuma untuk mendapatkan percubaan Pro 14 hari yang membuka semua tools, kemudian beli bila anda yakin.
Tertakluk kepada Terma & Dasar Bayaran Balik. Lihat juga semua Tools Guru · pelan Pro (semua tools & modul RPH, RPT, PBD).