SistemGuru.My › Akaun Murid

Akaun Murid & Portal Murid

Murid boleh belajar dengan akaun sendiri: log masuk terus ke Portal Murid, pilih sekolah dan mohon untuk disambung kepada guru.

Dua cara masuk ke Portal Murid

Langkah murid berakaun

  1. Daftar di Portal Murid: pilih Daftar sebagai Murid, isi nama, e-mel/nama pengguna, kata laluan, dan tanda kebenaran ibu bapa atau penjaga.
  2. Pilih sekolah: negeri, kemudian cari sekolah dalam senarai rasmi KPM (10,230 sekolah).
  3. Mohon kepada guru yang berdaftar di sekolah itu. Guru meluluskan di Murid Anda, dan nota, latihan, kehadiran serta keputusan PBD kelas itu terbuka.
  4. Jemput guru yang belum berdaftar dengan e-melnya; permohonan muncul automatik apabila guru itu mendaftar.

Untuk guru

Permohonan murid muncul di Portal Guru › Murid Anda › Senarai Murid dengan lencana bilangan. Luluskan sebagai murid baharu dalam kelas pilihan, atau padankan dengan nama yang sudah ada dalam senarai supaya tiada rekod berganda. Guru juga boleh menolak permohonan. Panduan: Portal Murid untuk guru.

Privasi kanak-kanak

Butiran: Dasar Privasi Seksyen 2A dan Terma Seksyen 7.

Soalan lazim

Bagaimana murid mendaftar akaun?

Buka Portal Murid (sistemguru.my/murid.html), tekan Daftar sebagai murid, isi nama, e-mel atau nama pengguna dan kata laluan, dan tanda kebenaran ibu bapa atau penjaga. Murid DELIMa (m-...@moe-dl.edu.my) boleh terus log masuk dengan DELIMa.

Murid sudah ada kod kelas dan PIN. Perlu daftar lagi?

Tidak wajib. Selepas masuk dengan kod kelas, murid boleh memilih Daftar e-mel untuk log masuk mudah. Rekod murid kekal dalam kelas guru yang sama, tiada rekod berganda.

Bagaimana murid disambung kepada guru?

Murid memilih negeri dan sekolah daripada senarai rasmi KPM, melihat guru berdaftar di sekolah itu dan menekan Mohon. Guru meluluskan atau menolak di Murid Anda. Selepas diluluskan, nota, latihan dan rekod kelas guru itu terbuka di Portal Murid.

Guru saya belum mendaftar. Apa perlu dibuat?

Masukkan e-mel guru di bahagian Guru anda tiada dalam senarai. Satu e-mel jemputan dihantar. Apabila guru itu mendaftar dengan Google menggunakan e-mel tersebut, permohonan murid muncul kepadanya secara automatik.

Apakah data murid yang boleh dilihat guru dan murid lain?

Murid hanya melihat nama paparan dan sekolah guru. Guru hanya melihat murid yang memohon kepadanya (nama dan sekolah). Butiran penuh dalam Dasar Privasi Seksyen 2A.