Langkau ke kandungan

Akuarium Langsung LANGSUNG

Memuatkan…

LANGSUNGAkuariumMemuatkan…

Soalan lazim Akuarium Langsung

Apakah Akuarium Langsung?

Akuarium Langsung memaparkan ikan 3D milik murid secara langsung pada tiga peringkat: Akuarium bagi setiap kelas, Sungai bagi setiap sekolah dan Lautan bagi seluruh Malaysia. Ikan membesar apabila guru merekod kebaikan murid dan apabila murid menghantar latihan di Portal Murid.

Bagaimana membuka Akuarium kelas?

Akuarium kelas tidak boleh dicari. Ia dibuka melalui pautan yang dikongsi guru atau kod pautan 8 aksara. Murid yang log masuk di Portal Murid dan guru yang log masuk terus melihat kelas sendiri.

Adakah data murid didedahkan?

Sungai dan Lautan hanya memaparkan nama pendek berinisial (atau nama samaran jika murid memilih Sembunyi nama). Luka dipaparkan sebagai jumlah ikut kelas atau sekolah sahaja, jadi tiada murid dinamakan kerana kesalahan di luar kelasnya.

Boleh dipaparkan di TV kelas?

Boleh. Tekan Skrin penuh untuk memaparkan akuarium di TV atau projektor kelas, sesuai sebagai ganjaran dan motivasi murid.

Bagaimana ikan murid berevolusi?

Ikan atau watak 3D murid berevolusi 12 tahap apabila murid belajar, dan evolusi tidak boleh dibeli. Lihat semua konsep dan nama tahap di Evolusi Akuarium.