Akuarium Langsung ialah halaman awam sistemguru.my/akuarium/ untuk menonton pertandingan ikan 3D murid secara langsung dan mengongsinya di media sosial. Setiap murid ada seekor ikan yang membesar bila mereka berbuat baik dan menghantar latihan di Portal Murid.
Tanpa log masuk
Dikemas kini setiap 45 saat
Nama samaran sahaja
Telefon, tablet & PC
Tiga peringkat.Lautan = 30 ikan terbesar seluruh Malaysia (terbuka). Sungai = pilih sekolah (hanya nama sekolah yang dipapar). Akuarium kelas = hanya melalui pautan kongsi yang dijana guru; kelas tidak boleh dicari.
Sebelum anda mula
Guru
Murid sudah didaftar di Portal MuridIkan dicipta untuk setiap murid dalam Murid Anda. Lihat Portal Murid.
Pilihan
Ada rekod kebaikan atau latihanIkan tanpa poin tidak masuk Sungai & Lautan, tetapi tetap dipapar dalam Akuarium kelas.
Semua (tanpa log masuk)Menonton
Langkah 1 Buka Lautan atau Sungai
Buka sistemguru.my/akuarium/. Tetamu terus melihat Lautan Malaysia. Tekan Sungai, taip sebahagian nama sekolah dan pilih sekolah untuk melihat sungainya. Pautan Sungai yang dipilih boleh disalin dan dikongsi.
Tab Ikut sekolah / Ikut kelas menunjukkan kumpulan paling besar, dan jumlah luka setiap kumpulan tanpa nama murid.
Langkah 2 Buka Akuarium kelas melalui pautan guru
Ketik pautan sistemguru.my/akuarium/k/KOD yang dikongsi guru (atau taip kod 8 aksara di tab Akuarium). Murid yang sudah log masuk di Portal Murid, dan guru yang log masuk, terus melihat kelas sendiri; ikan murid itu bercincin emas.
Langkah 3 Skrin penuh & Kongsi
Tekan Skrin penuh untuk menayang akuarium di TV atau projektor kelas. Tekan Kongsi untuk pautan, kod QR, WhatsApp, Facebook dan Telegram. Ketik mana-mana ikan untuk melihat poin dan tahapnya; zum dengan butang +/- atau cubit.
Guru (log masuk)Pautan langsung kelas
Langkah 4 Jana pautan
Buka Murid Anda › Akuarium bagi kelas anda, kemudian tekan butang Pautan langsung (ikon rantai) di bar atas. Tekan Jana pautan. Helaian memapar pautan, kod QR, butang Salin dan Buka.
Langkah 5 Jana semula atau Tutup
Jana semula mencipta kod baharu: pautan lama berhenti berfungsi serta-merta. Tutup pautan menghentikan semua tontonan; tekan Buka semula pautan untuk mengaktifkan kod yang sama.
Privasi murid
Nama samaran: gelaran + inisial (cth "Aqil H."), atau "Murid SG-xxxx" bagi murid yang memilih Sembunyi nama di Papan Juara.
Tiada rekod kesalahan: luka dan rupa garang setiap ikan TIDAK dipapar di laman awam, termasuk dalam Akuarium kelas. Hanya jumlah luka kelas atau sekolah dipapar.
Catatan guru tidak pernah dipapar.
Kelas tidak boleh dicari: hanya pemegang pautan kongsi (kod rawak 8 aksara) boleh menonton, dan guru boleh menutupnya bila-bila masa.
Soalan lazim
Kenapa ikan murid saya tidak muncul di Lautan?
Lautan memapar 30 ikan terbesar seluruh Malaysia sahaja. Lihat Sungai sekolah anda atau Akuarium kelas.
Sekolah saya tiada dalam senarai Sungai.
Hanya sekolah yang ada sekurang-kurangnya seekor ikan berpoin, dan guru yang mengisi nama sekolah di Tetapan Akaun, dipapar.
Berapa kerap dikemas kini?
Setiap 45 saat selagi halaman dibuka.
Berkaitan
Portal Murid — daftar murid, Akuarium kelas dan Papan Juara.