e-GuruPanduan SistemGuru.My Games

Cara main Penjaga Masa

Game pengembaraan Sejarah untuk murid Tingkatan 1 hingga 5. Bersama Kenyalang, Aina atau Raka menjelajah 15 zaman sejarah Nusantara, mengumpul bukti dan menyelesaikan cabaran Kemahiran Pemikiran Sejarah mengikut DSKP Sejarah KSSM.

Game SistemGuru.My. Satu episod bagi setiap Standard Kandungan DSKP Sejarah KSSM. Watak dan latar ialah ilustrasi AI. Main Penjaga Masa

Sebelum anda mula

  1. Disyorkan
    Daftar akaun percumaTetamu boleh bermain 3 episod; akaun menyimpan kemajuan, membuka ranking dan Duel PvP.
  2. Disyorkan
    Bunyi dihidupkanSemua dialog cerita disuarakan.
  3. Pilihan
    Telefon dalam mod potretGame direka untuk skrin menegak.

Murid & guruLangkah demi langkah

  1. Langkah 1 Pilih wira, tingkatan dan episod

    Ketik gambar game di sistemguru.my/games/penjaga-masa/. Kali pertama, pilih wira (Aina atau Raka) dan tingkatan anda. Laluan Masa menyusun 15 bab DSKP; setiap episod ialah satu Standard Kandungan dan dibuka selepas episod sebelumnya selesai.

    Penjaga Masa: Pilih wira, tingkatan dan episod
  2. Langkah 2 Ikuti cerita

    Ketik kotak dialog untuk meneruskan. Setiap baris disuarakan; ketik ikon bunyi untuk dengar semula atau Langkau untuk terus ke cabaran.

    Penjaga Masa: Ikuti cerita
  3. Langkah 3 Jelajah bukti

    Ketik bulatan bercahaya pada latar untuk mengutip bukti. Setiap bukti diterangkan sebagai sumber primer atau sekunder.

    Penjaga Masa: Jelajah bukti
  4. Langkah 4 Susun kronologi

    Ketik kad peristiwa mengikut urutan masa, yang paling awal dahulu. Ketik slot untuk membatalkan pilihan.

    Penjaga Masa: Susun kronologi
  5. Langkah 5 Analisis sumber

    Teliti petikan atau gambaran sumber, kemudian pilih inferens yang paling munasabah. Gunakan Buang 2 atau Petunjuk jika perlu.

    Penjaga Masa: Analisis sumber
  6. Langkah 6 Keputusan tokoh

    Letakkan diri di tempat tokoh sejarah dan pilih tindakan paling rasional. Selepas itu, lihat apa yang sebenarnya berlaku.

    Penjaga Masa: Keputusan tokoh
  7. Langkah 7 Bos Bayang Pemadam

    Episod terakhir setiap bab berakhir dengan pertarungan fakta. Jawab sebelum masa tamat untuk melemahkan Pemadam; jawapan salah mengurangkan nyawa.

    Penjaga Masa: Bos Bayang Pemadam
  8. Langkah 8 Muzium Peribadi

    Setiap episod yang ditamatkan memulihkan satu kad artifak (43 semuanya). Ketik kad untuk membaca faktanya.

    Penjaga Masa: Muzium Peribadi
  9. Langkah 9 Misi harian dan mod lain

    Siapkan 3 misi harian dan kekalkan streak. Mod lain: Cabaran Harian, Ulang Kaji Pantas 60s (ranking), Latih Kronologi, Arena Bos dan Duel PvP.

    Penjaga Masa: Misi harian dan mod lain

Maklumat penting

Soalan lazim

Untuk umur berapa?

Murid Tingkatan 1 hingga 5 (umur 13 hingga 17 tahun). Pilih tingkatan di Tetapan; tingkatan itu dan sebelumnya dibuka terus.

Adakah ia mengikut DSKP?

Ya. 15 bab dan 43 Standard Kandungan DSKP Sejarah KSSM. Setiap soalan dirujuk kepada Standard Pembelajaran dan dibahagikan mengikut aras rendah, sederhana dan tinggi (KBAT). Kandungan telah disemak fakta; guru boleh melaporkan sebarang kesilapan melalui emel.

Bagaimana dengan gambaran tokoh?

Watak utama ialah watak fiksyen. Watak zaman ialah watak umum mengikut pakaian zaman, dijana dengan AI sebagai ilustrasi. Tiada gambaran Nabi atau tokoh agama; tokoh moden diwakili oleh dokumen dan artifak.

Adakah ada iklan atau sembang?

Tiada iklan dan tiada sembang. Duel PvP hanya memaparkan nama pengguna dan markah.

Berkaitan

Main Penjaga Masa