SistemGuru.My — Panduan Guru

Panduan SistemGuru.My

Setiap modul, disusun ikut turutan sebenar penggunaan seorang guru. Semuanya berpaksikan DSKP.

Kesemua 16 modul di bawah sudah boleh digunakan hari ini. Ia disusun mengikut turutan sebenar penggunaan seorang guru, daripada tetapan awal tahun sehingga laporan kajian tindakan.

Sedia — tetapkan sekali setahun

  1. Tetapan Akaun, Profil & Takwim Sekolah — peringkat, negeri, nama untuk header RPH, takwim sesi. ~15 minit
  2. Jadual Waktu — daftar semua slot mengajar anda. Punca tunggal subjek, kelas & bilangan waktu bagi seluruh sistem. ~10 minit
  3. Portal Muriddaftar murid pusat: satu senarai yang Kehadiran, PBD, Latihan, Evidens & Analisis semuanya baca. Berserta kod kelas + PIN. ~5 minit

PdPC — Pengajaran dan Pemudahcaraan

  1. RPT — Rancangan Pengajaran Tahunan — agih kandungan DSKP ikut minggu dan bilangan waktu anda seminggu; senarai subjek terbit sendiri daripada Jadual Waktu. ~10 minit setiap subjek
  2. RPH — Rancangan Pengajaran Harian — sedia cetak templat KPM. Setiap kad objektif membawa aktiviti, ABM/BBM & instrumennya sendiri. ~5 minit seminggu
  3. Nota — satu nota bagi setiap SK ikut RPT, dihantar ke Portal Murid. ~1 minit setiap SK
  4. Latihan — latihan objektif bagi setiap SK; murid jawab dalam Portal Murid, TP ditulis terus ke Evidens. ~1 minit setiap SK
  5. Penjana Prompt AI — 18 tugas harian guru. ~1 minit

Taksir — menguji, menilai & mengumpul bukti

  1. Kehadiran Murid — satu ketikan semasa kelas bermula; input kedua Analisis. ~20 saat setiap kelas
  2. Evidens — senarai semak penghantaran ikut RPT: siapa sudah ada bukti, dan TP-nya. Kini termasuk Instrumen Pentaksiran. ~2 minit setiap SK
  3. PBD — Pentaksiran Bilik Darjah — rekod Tahap Penguasaan. ~20 minit setiap penggal
  4. JSU — Jadual Spesifikasi Ujian — petakan soalan ikut topik & aras. ~15 minit
  5. Exam — simpan soalan, bina kertas ujian. ~10 minit

Int & Pel — intervensi & pelaporan

  1. Analisis PBD — cari SP lemah, kemudian silang TP dengan kehadiran. ~2 minit
  2. Intervensi — pelan bantuan, dengan TP sebelum/selepas setiap murid. ~10 minit
  3. Kajian Tindakan — laporan penuh; dapatan sebelum/selepas dikira sendiri. ~30 minit
Mula guna SistemGuru.My — percuma →