SistemGuru.My › Tentang Kami

Tentang SistemGuru.My

Daripada guru kepada guru. Platform digital untuk guru Malaysia, 100% berpaksikan DSKP.

Siapa kami

SistemGuru.My ialah sistem e-Guru yang dibina khas oleh guru untuk guru Malaysia. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran daripada DSKP rasmi KPM menjadi satu-satunya paksi kepada setiap dokumen guru: RPT, RPH, nota, latihan, evidens, PBD, JSU, peperiksaan, analisis, intervensi sehingga kajian tindakan.

Sebab semuanya berpaksikan DSKP, tiada kerja berulang: SK dan SP yang ditetapkan dalam RPT terus mengalir ke RPH, nota, latihan, evidens dan rekod PBD. Dengan bantuan AI, tugas yang biasanya mengambil berjam-jam siap dalam beberapa minit, supaya guru ada lebih masa untuk perkara paling penting: mengajar.

Apa yang kami bina

Prinsip kami

Pengendali

ADMIN SISTEMGURU.MY, perniagaan pemilikan tunggal berdaftar dengan SSM (No. 202303325253 / CT0130955-T), Kajang, Selangor. E-mel: admin@sistemguru.my. Cara lain menghubungi kami: Hubungi.

Dokumen undang-undang: Dasar Privasi dan Terma & Syarat serta Dasar Bayaran Balik (pautan di kaki halaman utama).