Sebut harga idea sendiri
Untuk idea yang tidak sepadan dengan mana-mana pakej. Kami kaji idea anda dahulu, kemudian berikan harga pelaksanaan.
Sebut harga untuk idea sendiri memerlukan kajian sebenar: kenal pasti masalah, analisis jurang dan sorotan literatur, sebelum harga pelaksanaan boleh ditetapkan. Yuran ini membayar kerja kajian itu.
- Tiada bayaran semasa menghantar borang. Yuran RM49 dibayar selepas kami mengesahkan permohonan anda melalui emel.
- Sebut harga tidak mengikat. Anda bebas memilih sama ada mahu meneruskan pelaksanaan.
- Guru kekal pemilik idea dan hasil kajian.
Apa yang kami kaji
Kenal pasti masalah
Pernyataan masalah yang jelas: siapa murid, apa kesukaran mereka, dan bukti awal.
Analisis jurang
Banding keadaan semasa dengan sasaran DSKP, dan kenal pasti jurang yang perlu ditutup.
Kajian literatur
Sorotan kajian lepas, teori atau model, dan inovasi serupa yang sudah wujud.
Cadangan reka bentuk
Ciri, teknologi dan skop yang paling sesuai untuk menutup jurang itu.
Sebut harga
Harga pelaksanaan, jadual kerja dan perkara yang anda terima, dihantar melalui emel.
Anda akan terima
- Ringkasan analisis idea: masalah, jurang dan sorotan literatur
- Cadangan reka bentuk dan skop
- Sebut harga terperinci dan jadual pelaksanaan
Idea anda sudah sepadan dengan pakej sedia ada? Lihat pakej Asas, Standard dan Premium.