Soalan lazim dan syarat
Ringkasan ini membantu anda membuat keputusan. Perjanjian penuh dihantar melalui emel selepas permohonan diluluskan.
Soalan lazim
Siapa boleh memohon?
Mana-mana guru yang mempunyai idea inovasi pendidikan berasaskan web untuk murid. Permohonan ini bukan tempahan sehingga kami mengesahkannya melalui emel.
Berapa lama inovasi siap?
Semakan permohonan dibalas dalam 2 hari bekerja. Pembinaan siap dalam 7 hari bekerja selepas bahan lengkap dan deposit diterima.
Adakah murid perlu mendaftar akaun?
Tidak. Tiada akaun murid dan tiada data peribadi murid dikutip. Data kemajuan disimpan pada peranti murid.
Bolehkah AI menjawab apa sahaja?
Tidak. AI hanya menjawab dengan konteks yang disahkan dan mempunyai kuota soalan sebulan. Tiada AI yang menjawab bebas.
Siapa memiliki idea dan kandungan?
Guru kekal pemilik idea, kandungan pengajaran dan data kajian. SistemGuru.My kekal pemilik kod platform dan enjin, dan guru diberi lesen menggunakannya sepanjang tempoh hosting.
Idea saya tidak sepadan dengan mana-mana pakej?
Pilih Sebut harga dalam borang. Kami kenal pasti masalah, analisis jurang dan buat sorotan literatur, kemudian hantar cadangan reka bentuk serta harga pelaksanaan melalui emel. Yuran kajian RM49 kerana kerja kajian sebenar diperlukan; ia dibayar selepas kami mengesahkan permohonan. Sebut harga tidak mengikat.
Berapa kos hosting selepas tahun pertama?
RM49 setahun. Jika hosting tidak disambung selepas 12 bulan, inovasi diarkib 30 hari kemudian ditarik balik.
Had dan syarat ringkas
Ini ringkasan. Perjanjian penuh dihantar melalui emel selepas permohonan diluluskan.
Apa yang boleh dan tidak boleh dibina
- Inovasi web pendidikan yang dihoskan di sistemguru.my. Tidak termasuk aplikasi telefon yang dimuat turun.
- Pakej Asas dan Standard: sehingga 4 modul dan satu halaman murid. Permintaan lebih besar dinilai berasingan.
- AI hanya dengan konteks yang disahkan, dengan kuota soalan sebulan. Tiada AI yang menjawab bebas.
- Tiada akaun murid dan tiada data peribadi murid dikutip. Data kemajuan disimpan pada peranti murid.
- Kami menerima maksimum 3 projek serentak. Jika penuh, anda disenaraikan menunggu.
Tempoh, bayaran dan pembatalan
- Siap dalam 7 hari bekerja selepas bahan lengkap dan deposit diterima. Kadar segera (kurang 4 hari bekerja) ditambah 30%.
- Deposit 50% hanya diminta selepas kami meluluskan permohonan. Baki dibayar semasa penyerahan.
- Sebut harga idea sendiri: yuran kajian RM49, dibayar selepas permohonan disahkan melalui emel. Sebut harga tidak mengikat.
- Pembatalan sebelum kerja bermula: deposit dipulangkan. Selepas kerja bermula: deposit tidak dipulangkan.
- Satu pusingan pembetulan percuma. Perubahan skop selepas diluluskan dikenakan caj tambahan.
Hak, kredit dan kandungan
- Guru kekal pemilik idea, kandungan pengajaran dan data kajian guru itu.
- SistemGuru.My kekal pemilik kod platform dan enjin. Guru diberi lesen menggunakannya sepanjang tempoh hosting. Kod enjin tidak diserahkan.
- Kredit dipaparkan sebagai "Idea: nama guru, sekolah". Foto dan nama hanya dipaparkan dengan kebenaran guru, dan boleh ditarik balik. SistemGuru.My boleh memaparkan inovasi itu sebagai portfolio.
- Guru bertanggungjawab atas ketepatan kandungan, terutama kandungan agama, dan mendapatkan kebenaran pihak sekolah atau PPD untuk penyertaan pertandingan. Kami menyemak aspek teknikal sahaja.
- Teks al-Quran daripada Tanzil Project dipaparkan tanpa perubahan.
- Jika hosting tidak disambung selepas 12 bulan, inovasi diarkib 30 hari kemudian ditarik balik.