Game untuk kanak-kanak 5-9 tahun belajar membaca Jawi hingga lancar membaca Jawi ke Rumi, bersama kucing Comot. Kandungan mengikut DSKP Pendidikan Islam bidang Jawi Tahun 1 hingga 3, dan setiap ejaan disemak kamus DBP.
Umur 5-9 tahun
DSKP Jawi T1-T3
Tanpa iklan
Telefon, tablet & PC
Game SistemGuru.My. Aset dilukis dengan kod (tiada imej AI). Main Jawi Comel
Sebelum anda mula
Disyorkan
Bunyi dihidupkanBacaan setiap huruf dan perkataan disuarakan.
Pilihan
Izin mikrofonUntuk Tepuk Suku Kata dan Baca Kuat sahaja; boleh guna butang ketik sebagai ganti.
Ibu bapa, guru & muridLangkah demi langkah
Langkah 1 Pilih pulau dan level
Ketik gambar game di sistemguru.my/games/jawi-comel/, pilih watak murid, kemudian tekan MAIN. Di skrin Pulau, ketik bulatan level yang bergerak. Ada 12 pulau mengikut DSKP: huruf, suku kata, perkataan, ayat dan imbuhan.
Level terakhir setiap pulau (ikon mahkota) ialah Ujian Pulau: jawab 8 daripada 10 dengan betul untuk membuka pulau seterusnya.
Langkah 2 Kenal & Dengar
Huruf dan perkataan baharu sentiasa diperkenalkan dahulu: anak mengetik setiap gelembung Jawi, mendengar bacaannya dan melihat tulisan Rumi di bawahnya. Selepas itu terus ke Fasa 2 (Dengar & Pilih) supaya setiap level berakhir dengan semakan dan bintang. Kad Matlamat seterusnya di atas peta pulau menunjukkan level yang perlu dimain, dan skrin keputusan memaparkan kemajuan pulau.
Langkah 3 Baca & Pilih
Permainan teras: baca perkataan Jawi pada papan kayu, kemudian ketik awan yang membawa bacaan Rumi yang betul. Pilihan pengganggu sengaja dipilih yang hampir sama supaya anak benar-benar membaca.
Jika salah, suara menyebut jawapan dan skrin menunjukkan Jawi = Rumi beserta pecahan suku kata.
Langkah 4 Susun Bacaan
Baca Jawi pada papan, kemudian ketik blok suku kata Rumi mengikut tertib. Di level tinggi ada blok pengganggu.
Langkah 5 Tepuk Suku Kata
Dengar perkataan, kemudian tepuk tangan (mikrofon) atau ketuk dram mengikut bilangan suku kata. Bunyi diproses dalam peranti sahaja; tiada rakaman disimpan.
Langkah 6 Surih Huruf
Di pulau huruf, anak menyurih huruf Jawi dengan jari mengikut garis putus-putus. Game menyemak ketepatan dan liputan surihan.
Langkah 7 Album Jawi & Ulang Kaji Pintar
Setiap huruf dan perkataan disimpan dalam kotak ulangan berjarak. Item yang dijawab betul pada hari berlainan menjadi "dikuasai" dalam Album. Mod Ulang Kaji Pintar (percuma) menyoal semula perkataan yang hampir dilupa.
Langkah 8 Kedai Comot (untuk ibu bapa)
Baju, tudung atau songkok, beg, warna bulu Comot, belon, taman, Kampung Comel (bina & hias rumah, wakaf, kebun dan gerai kuih di pulau, 3 tahap setiap binaan; set lengkap +2% Kuih, tidak menambah ranking), bantuan dan penggalak. Kuih dikumpul dengan bermain; harga setiap barang bersamaan beberapa level permainan. Pembelian Permata memerlukan soalan pengesahan ibu bapa.
Langkah 9 Laporan kemajuan
Tetapan > Kemajuan membaca menunjukkan ketepatan, bilangan perkataan dikuasai dan status setiap pulau mengikut SK DSKP. Guru boleh menggunakannya sebagai bukti latihan membaca Jawi.
Maklumat penting
Kad Tahniah & PBD: setiap unit kurikulum yang dikuasai (sekurang-kurangnya 60% betul) memberi Kad Tahniah berno. siri, sama seperti Nota Interaktif (boleh dimuat turun; tersimpan di Kad & Sijil anda). Murid yang bermain melalui Portal Murid: keputusan dihantar kepada guru sebagai cadangan evidens PBD (guru menentukan TP).
Ujian Pulau: 8/10 betul untuk lulus. Belum lulus? Main semula level atau Ulang Kaji Pintar, kemudian cuba lagi.
Bintang bergantung pada bilangan kesilapan; tiada "kalah".
Elemen interaksi: sebut perkataan, tepuk suku kata, surih huruf, gesel karusel, sapaan ikut waktu, jeda automatik bila tab ditinggalkan.
Kanak-kanak 5 hingga 9 tahun (prasekolah hingga Tahun 3). Arahan disuarakan, jadi murid yang belum lancar membaca masih boleh bermain.
Adakah ejaan Jawi betul?
Ya. Setiap perkataan disemak dengan kamus DBP dalam enjin Jawi SistemGuru.My; perkataan yang berbeza ejaan antara sumber tidak dimasukkan.
Bagaimana dengan masa skrin?
Comot mengingatkan anak berehat selepas 30 minit bermain. Hati untuk Pengembaraan pulih sendiri; Ulang Kaji Pintar, Kad Jawi dan Hadiah Harian sentiasa percuma.
Adakah ada iklan atau sembang?
Tiada iklan, tiada sembang awam dan tiada pautan keluar dalam game.