Langkau ke kandungan
Jawi Comel: murid chibi dan kucing Comot di Kampung Jawi dengan rumah kampung dan bendera huruf Jawi Ketik untuk main
Ikon Jawi Comel

Jawi Comel: game belajar membaca Jawi untuk kanak-kanak

Anak anda mengembara di Kampung Jawi bersama kucing Comot: mengenal 37 huruf Jawi, membaca suku kata, perkataan, ayat hingga imbuhan, sehingga lancar membaca Jawi ke Rumi. Ikut DSKP Tahun 1 hingga 3, ejaan disemak kamus DBP. Percuma, tanpa iklan.

  • Umur 5-9 tahun
  • DSKP Jawi T1-T3
  • Baca Jawi ke Rumi
  • Percuma
  • Tanpa iklan

Anak anda boleh membaca Jawi?

Baca & Pilih

Baca Jawi pada papan kayu, kemudian ketik bacaan Rumi yang betul.

Susun Bacaan

Susun blok suku kata Rumi ikut tertib bacaan Jawi.

Tepuk Suku Kata

Tepuk tangan (mikrofon) atau ketuk dram mengikut bilangan suku kata.

Baca Kuat

Baca perkataan dengan suara; pelayar mendengar dan menyemak.

Surih Huruf

Surih huruf Jawi dengan jari di skrin.

Pop Belon, Dengar & Padan

Dengar bacaan, cari Jawinya; padankan kad Jawi dengan Rumi.

Kampung Comel

Kumpul Kuih dengan membaca, kemudian bina & hias rumah, wakaf, kebun dan gerai kuih di pulau anda, tahap demi tahap.

12 pulau ikut DSKP, asas hingga mahir

Taman Huruf, Bukit Huruf & Lembah Huruf (37 huruf Jawi, T1 SK 7.1), Kebun Suku Kata (SK 7.2), Pasar Kata (dua suku kata terbuka, SK 7.3), Sungai Tertutup (SK 7.4-7.5), Kampung Campur (SK 7.6), Menara Kata (tiga suku kata atau lebih, T2 SK 6.1), Jambatan Rangkai (SK 6.2), Perpustakaan Ayat (SK 6.3), Istana Awalan (T3 SK 7.1) dan Mahligai Imbuhan (SK 7.2-7.3).

Setiap pulau ada 8 level dan diakhiri Ujian Pulau: anak perlu menjawab 8 daripada 10 dengan betul untuk membuka pulau seterusnya. Ulang Kaji Pintar menyoal semula perkataan yang hampir dilupa (ulangan berjarak), jadi bacaan kekal lancar.

Untuk ibu bapa & guru

Laporan kemajuan DSKP

Tetapan > Kemajuan menunjukkan ketepatan dan perkataan dikuasai bagi setiap SK.

Ejaan bersumber

Setiap perkataan disemak dengan kamus DBP; ejaan meragukan tidak dimasukkan.

Masa skrin sihat

Comot mengingatkan anak berehat selepas 30 minit. Hati pulih sendiri setiap 12 minit.

Pembelian selamat

Tiada sembang awam. Pembelian Permata memerlukan soalan pengesahan ibu bapa.

Kredit aset

Murid chibi, kucing Comot, papan, belon dan semua lukisan latar dilukis dengan kod oleh SistemGuru.My (tiada imej AI). Pokok, bunga dan buku menggunakan model 3D sumber terbuka; senarai penuh: KREDIT.txt. Suara: Microsoft Edge TTS (ms-MY).

Soalan lazim

Untuk umur berapa?
Untuk kanak-kanak 5 hingga 9 tahun: prasekolah hingga Tahun 3. Kandungan mengikut DSKP Pendidikan Islam bidang Jawi Tahun 1 (SK 7.1-7.6), Tahun 2 (SK 6.1-6.3) dan Tahun 3 (SK 7.1-7.3).
Bagaimana anak belajar membaca Jawi?
Anak membaca tulisan Jawi pada papan, kemudian memilih atau menyusun bacaan Rumi. Bermula daripada 37 huruf Jawi, suku kata terbuka, perkataan dua suku kata, suku kata tertutup, perkataan tiga suku kata, rangkai kata, ayat dan akhirnya imbuhan. Setiap pulau ditutup dengan Ujian Pulau: 8 daripada 10 betul untuk membuka pulau seterusnya.
Adakah ejaan Jawinya betul?
Setiap perkataan disemak dengan kamus DBP dalam enjin Jawi SistemGuru.My. Perkataan yang ejaannya berbeza antara sumber tidak dimasukkan.
Adakah percuma dan selamat?
Ya. Semua 12 pulau dan 96 level percuma. Tiada iklan, tiada sembang dan tiada pautan keluar. Pembelian Permata hanya melalui akaun ibu bapa dengan soalan pengesahan ibu bapa.

Baca panduan penuh Jawi Comel

Hubungi & polisi

Pembelian dalam game melalui ToyyibPay oleh ibu bapa. Permata ialah item maya dalam game ini sahaja.

Soalan? Emel seomanager@sistemguru.my.

© 2026 SistemGuru.My · ADMIN SISTEMGURU.MY (SSM 202303325253)