Game larian 3D untuk murid Tingkatan 1 hingga 5. Lari merentas 15 zaman sejarah, elak halangan dan pilih lorong jawapan betul di setiap pintu soalan. Selari DSKP Sejarah KSSM dan sesuai untuk latih tubi SPM.
Tingkatan 1-5
43 larian
Runner 3D
Potret · telefon, tablet & PC
Game SistemGuru.My. Soalan diambil daripada bank Penjaga Masa yang diselaraskan dengan SK, SP dan TP DSKP. Main Larian Zaman
Sebelum anda mula
Disyorkan
Daftar akaun percumaTetamu boleh bermain 3 larian Kempen; akaun menyimpan kemajuan, membuka ranking dan Duel PvP.
Disyorkan
Bunyi dihidupkanBunyi kutipan, pintu soalan dan muzik larian.
Pilihan
Telefon dalam mod potretGame direka untuk skrin menegak.
Murid & guruLangkah demi langkah
Langkah 1 Pilih tingkatan dan larian
Ketik gambar game di sistemguru.my/games/larian-zaman/. Pilih pelari (Aina atau Raka) dan tingkatan anda. Laluan Kempen menyusun 43 larian mengikut Standard Kandungan DSKP; larian seterusnya dibuka selepas larian sebelumnya tamat.
Langkah 2 Lari, lompat dan gelongsor
Leret kiri/kanan untuk tukar lorong, leret atas untuk lompat (tong, peti, batu) dan leret bawah untuk gelongsor (palang merah). Tukar lorong untuk elak kenderaan. Di komputer: anak panah atau W A S D.
Langkah 3 Pintu soalan
Soalan muncul di atas skrin dengan kod TP dan SP. Papan jawapan berada di lorong: lari melalui lorong jawapan betul sebelum masa tamat. Jawapan salah menolak satu nyawa, jawapan betul dipaparkan, dan soalan itu diulang dalam larian seterusnya.
Langkah 4 Misi harian dan mod
Siapkan 3 misi harian dan kekalkan streak. Mod lain: Larian Tanpa Henti (ranking), Cabaran Harian dan Duel PvP.
Langkah 5 Koleksi Kad
Setiap larian Kempen yang tamat memberi satu kad artifak. Ketik kad untuk membaca fakta dan Serpihan Fakta.
Langkah 6 Kedai dan kuasa
Kumpul Kristal untuk aura, tema lorong, papan perisai, kuasa mula (Magnet, Papan Perisai, Kristal 2x, Kasut Lompat) dan token hidup semula. Semua kandungan pembelajaran percuma.
Maklumat penting
Bintang: 3 bintang jika semua pintu betul tanpa hidup semula, 2 bintang jika 1 salah.
Tenaga untuk Laluan Kempen pulih setiap 15 minit. Larian Tanpa Henti dan Cabaran Harian tidak memerlukan tenaga.
Murid Tingkatan 1 hingga 5 (umur 13 hingga 17 tahun).
Adakah ia mengikut DSKP?
Ya. 43 Standard Kandungan DSKP Sejarah KSSM. 516 soalan pintu dirujuk kepada Standard Pembelajaran dan tahap penguasaan (TP).
Apa beza dengan Penjaga Masa?
Penjaga Masa ialah pengembaraan bercerita untuk memahami dan berfikir secara sejarah. Larian Zaman ialah latih tubi pantas untuk mengingat fakta yang sama.