Langkau ke kandungan
Bina Tamadun: pulau kota 3D dengan kota kubu, masjid, rumah panggung, pasar dan pencakar langit Ketik untuk main
Ikon Bina Tamadun

Bina Tamadun: game bina kota Sejarah Tingkatan 1-5

Bina Kota Asal anda satu per satu dan naik taraf Istana dari Zaman Prasejarah hingga Malaysia Moden. Kutip Emas dan Makanan, susun pertahanan, serbu kota rakan, dan kuasai 43 SK di Balai Ilmu: setiap kemajuan digerakkan oleh jawapan soalan Sejarah. Selari DSKP Sejarah KSSM.

  • Tingkatan 1-5
  • City builder 3D
  • Kota kekal
  • Serbuan Sejarah
  • Ikut DSKP
  • Duel PvP
  • Percuma

Bina, urus, kuasai sejarah

Kota Asal kekal

Bina satu per satu, naik taraf, masa bina dan tukang. Istana menentukan had bangunan dan zaman tamadun.

Pertahanan & Serbuan

Susun Tembok, Menara Kawal dan Lela. Serbu kota rakan: setiap jawapan betul ialah gelombang serangan.

Peristiwa Sejarah

Buat keputusan, analisis sumber dan susun kronologi untuk bonus Emas.

Balai Ilmu

43 SK DSKP. Lulus Ujian Ilmu untuk membuka tahap Istana, Mercu Tanda dan kad artifak.

Enam zaman

Bangunan berubah dari khemah prasejarah, istana Melayu, kota Barat hingga pencakar langit.

Majlis Pantas & PvP

Kuiz 60 saat untuk ranking, Garis Masa, Cabaran Harian dan Duel PvP.

Untuk guru & ibu bapa

Ikut DSKP

43 SK Sejarah KSSM; kod TP dan SP pada setiap soalan.

TP rendah ke tinggi

Ujian Ilmu disusun ikut TP; Peristiwa melatih TP3 hingga TP6.

Ulangan berjarak

Soalan yang salah diulang dahulu pada cubaan seterusnya.

Trilogi Sejarah

Penjaga Masa untuk memahami, Larian Zaman untuk mengingat, Bina Tamadun untuk mengaplikasi.

Kredit model 3D

Bangunan dan prop menggunakan model 3D sumber terbuka (CC0 dan CC-BY 3.0) daripada Quaternius, Kenney dan pencipta Poly Pizza. Kad artifak ialah ilustrasi AI daripada Penjaga Masa. Senarai penuh: KREDIT.txt.

62 model
  • Cloud oleh jeremy (CC-BY 3.0)
  • Town Center Second Age oleh Quaternius (CC0 1.0)
  • Big Barn oleh Quaternius (CC0 1.0)
  • workbench-anvil (survival-kit) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • Barracks oleh Quaternius (CC0 1.0)
  • Temple First Age oleh Quaternius (CC0 1.0)
  • Rubber tree oleh Poly by Google (CC-BY 3.0)
  • Hospital oleh Poly by Google (CC-BY 3.0)
  • Castle oleh Quaternius (CC0 1.0)
  • Dock Long oleh Quaternius (CC0 1.0)
  • building-a (city-kit-commercial) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • building-c (city-kit-commercial) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • tent-canvas (survival-kit) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • building-a (city-kit-industrial) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • building-f (city-kit-industrial) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • watermill (fantasy-town-kit) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • windmill (city-kit-industrial) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • Castle Fortress oleh Quaternius (CC0 1.0)
  • Temple oleh Quaternius (CC0 1.0)
  • Farm oleh Quaternius (CC0 1.0)
  • siege-catapult (castle-kit) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • Locomotive Front oleh Quaternius (CC0 1.0)
  • Bang Luang Mosque oleh Kawin Kongwong (CC-BY 3.0)
  • water-tower (city-kit-industrial) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • Bell Tower oleh Quaternius (CC0 1.0)
  • Field of wheat oleh Poly by Google (CC-BY 3.0)
  • Village Market oleh Quaternius (CC0 1.0)
  • building-n (city-kit-commercial) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • Port oleh Quaternius (CC0 1.0)
  • building-skyscraper-a (city-kit-commercial) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • building-skyscraper-b (city-kit-commercial) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • building-skyscraper-e (city-kit-commercial) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • tree-large (city-kit-suburban) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • tree-small (city-kit-suburban) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • Hut oleh Quaternius (CC0 1.0)
  • Huts oleh Quaternius (CC0 1.0)
  • Town Center oleh Quaternius (CC0 1.0)
  • building-type-a (city-kit-suburban) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • Town House oleh Quaternius (CC0 1.0)
  • building-type-c (city-kit-suburban) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • building-type-f (city-kit-suburban) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • Wooden house tower oleh Quaternius (CC0 1.0)
  • Palm Tree oleh Quaternius (CC0 1.0)
  • Football stadium oleh Poly by Google (CC-BY 3.0)
  • Crops oleh Quaternius (CC0 1.0)
  • structure-canvas (survival-kit) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • campfire-pit (survival-kit) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • Rock oleh Quaternius (CC0 1.0)
  • Sparrow oleh Poly by Google (CC-BY 3.0)
  • Eagle oleh Poly by Google (CC-BY 3.0)
  • Fish oleh Quaternius (CC0 1.0)
  • fountain-round-detail (fantasy-town-kit) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • rock-large (fantasy-town-kit) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • stall-red (fantasy-town-kit) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • stall-green (fantasy-town-kit) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • palm-straight (pirate-kit) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • tower-watch (pirate-kit) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • banner-red (fantasy-town-kit) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • lantern (fantasy-town-kit) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • pillar-stone (fantasy-town-kit) oleh Kenney (CC0 1.0)
  • Dove oleh Poly by Google (CC-BY 3.0)
  • Butterfly oleh Poly by Google (CC-BY 3.0)

Soalan lazim

Topik apa yang diliputi?
Semua 15 bab dan 43 Standard Kandungan DSKP Sejarah KSSM Tingkatan 1 hingga 5. Setiap SK diuji di Balai Ilmu (Ujian Ilmu); SK yang dikuasai membuka tahap Istana, Mercu Tanda dan kad artifak.
Bagaimana cara bermain?
Ikut kotak Tugasan (tutorial 8 langkah, kira-kira 4 minit). Bina Ladang dan Pasar satu per satu, kutip Makanan dan Emas, jawab soalan untuk mempercepat binaan, naik taraf Istana (perlukan SK dikuasai), susun Tembok, Menara Kawal dan Lela, latih pasukan di Berek, kemudian serbu kota lain dengan menjawab 5 soalan.
Apakah Peristiwa Sejarah?
Skrol ungu muncul di atas bangunan dari semasa ke semasa. Ia mengandungi situasi keputusan sejarah, analisis sumber atau susunan kronologi (TP3 hingga TP6) daripada SK yang sudah dibuka. Jawapan tepat memberi bonus Emas dan penerangan sebenar dipaparkan.
Dari mana soalannya?
344 soalan Ujian Ilmu dan 86 Peristiwa diambil daripada bank soalan Penjaga Masa yang diselaraskan dengan SK, SP dan TP DSKP serta disemak fakta. Kod TP dan SP dipaparkan pada setiap soalan, dan soalan yang salah diulang dahulu.
Adakah percuma?
Ya. Semua kandungan pembelajaran percuma. Tetamu boleh mencuba 3 Ujian Ilmu dan menyerbu kota latihan; daftar percuma untuk menyimpan kota di pelayan, diserbu dan menyerbu kota pemain lain, masuk ranking dan bermain Duel PvP. Permata (pilihan) dibeli melalui ToyyibPay oleh ibu bapa atau penjaga.
Perlukah dipasang apa-apa?
Tidak. Main terus dalam pelayar telefon, tablet atau komputer dalam mod landskap (skrin penuh). Boleh juga dipasang sebagai aplikasi Android (APK) atau di skrin utama iPhone dari Tetapan.

Baca panduan penuh Bina Tamadun

Hubungi & polisi

Pembelian dalam game melalui ToyyibPay oleh ibu bapa atau penjaga. Permata dan Emas ialah item maya dalam game ini sahaja, tiada nilai wang sebenar.

Soalan? Emel seomanager@sistemguru.my.

© 2026 SistemGuru.My · ADMIN SISTEMGURU.MY (SSM 202303325253)