Langkau ke kandungan
Makmal Kiki: robot comel Kiki bersama magnet, mentol, bunga dan planet Ketik untuk main

Makmal Kiki: game Sains Tahun 1-3 dengan eksperimen 3D

Bersama Kiki si robot comel, murid meramal dan menguji: adakah magnet menarik paku? Adakah epal timbul? Adakah mentol menyala? Topik mengikut DSKP Sains KSSR Tahun 1, 2 dan 3, dan semua arahan disuarakan untuk murid yang belum lancar membaca.

  • Tahun 1-3
  • Eksperimen 3D
  • Ikut DSKP
  • Bersuara
  • Percuma

Lima jenis permainan

Kenal

Ketik objek untuk mendengar nama dan faktanya.

Ramal & Uji

Pilih bakul sebagai ramalan; Kiki menguji dengan eksperimen 3D.

Susun

Kitar hidup rama-rama dan katak, kitar air, pencernaan, planet.

Label

Bahagian tumbuhan, tubuh burung, deria, gigi dan litar elektrik.

Kuiz Bersuara

Soalan dibacakan; termasuk mengira luas petak dan isi padu kubus.

Makmal Bebas

7 eksperimen percuma tanpa markah untuk meneroka sendiri.

Tiga pulau mengikut DSKP

Pulau Tahun 1: benda hidup, keperluan asas, deria, haiwan, tumbuhan, magnet, penyerapan, Bumi, bentuk asas dan peraturan bilik sains. Pulau Tahun 2: tumbesaran manusia, kitar hidup haiwan, tumbesaran tumbuhan, terang dan gelap, litar elektrik, campuran, air serta udara. Pulau Tahun 3: gigi, kelas makanan, pencernaan, tabiat pemakanan, pembiakan tumbuhan, pengukuran, ketumpatan, asid dan alkali, Sistem Suria dan takal.

Setiap objek yang dikenali atau dikelaskan dengan betul masuk ke Buku Spesimen beserta faktanya. Mod lain: Cabaran Harian dan Kuiz Laju 60 saat (ranking).

Untuk guru & ibu bapa

Pilih Tahun murid

Pulau tahun dipilih dan tahun sebelumnya dibuka terus.

Kemahiran proses sains

Memerhati, mengelas, meramal dan membuat inferens.

Masa skrin terkawal

Bateri dicas semula setiap 15 minit; Makmal Bebas percuma.

Ranking automatik

Ranking mingguan & bulanan dengan hadiah Permata automatik.

Kredit model 3D

Watak dan prop dalam game ini menggunakan model 3D sumber terbuka (CC0 dan CC-BY 3.0) daripada para pencipta berikut. Terima kasih kepada mereka. Senarai penuh: KREDIT.txt.

91 model

Soalan lazim

Topik apa yang diliputi?
Topik DSKP Sains KSSR Tahun 1, 2 dan 3: benda hidup dan bukan hidup, deria, haiwan, tumbuhan, magnet, penyerapan, Bumi, bentuk asas, tumbesaran, terang dan gelap, litar elektrik, campuran, air dan udara, gigi, kelas makanan, pencernaan, tabiat pemakanan, ketumpatan, asid dan alkali, Sistem Suria dan takal. Setiap topik ada 3 level.
Di mana pembelajarannya?
Murid meramal dahulu, kemudian Kiki menguji dengan eksperimen 3D (magnet, timbul tenggelam, serapan air, litar, litmus, larutan, bayang-bayang) supaya murid melihat sendiri jawapannya. Ini melatih kemahiran proses sains: memerhati, mengelas, meramal dan membuat inferens.
Murid belum lancar membaca. Boleh main?
Boleh. Semua arahan, nama objek dan fakta disuarakan. Murid hanya perlu mengetik.
Adakah percuma?
Ya. Semua topik boleh dimainkan percuma; mod Makmal Bebas sentiasa percuma. Tetamu boleh mencuba 3 level; daftar percuma untuk menyimpan kemajuan. Permata (pilihan) dibeli melalui ToyyibPay oleh ibu bapa atau penjaga.
Perlukah dipasang apa-apa?
Tidak. Main terus dalam pelayar telefon, tablet atau komputer. Boleh juga dipasang sebagai aplikasi Android (APK) atau di skrin utama iPhone dari Tetapan dalam game.

Baca panduan penuh Makmal Kiki

Hubungi & polisi

Pembelian dalam game melalui ToyyibPay oleh ibu bapa atau penjaga. Permata dan Kristal ialah item maya dalam game ini sahaja, tiada nilai wang sebenar.

Soalan? Emel seomanager@sistemguru.my.

© 2026 SistemGuru.My · ADMIN SISTEMGURU.MY (SSM 202303325253)