Ketik untuk main
Bandar Matematik: game dunia terbuka 3D untuk Matematik Tingkatan 1-5
Murid berjalan dan memandu di bandar 3D gaya kartun, membantu penduduk di kedai runcit, bank, tapak bina, stesen minyak dan 36 lokasi lain. Setiap misi ialah soalan Matematik KSSM ikut DSKP. Lima daerah dibuka mengikut tingkatan. Tanpa keganasan, percuma, tanpa iklan.
- Tingkatan 1-5
- 53 topik DSKP KSSM
- Dunia terbuka 3D
- Tanpa keganasan
- Percuma
Matematik yang digunakan di bandar sebenar
Jalan kaki, pandu kereta atau motosikal. Cari penanda kuning di atas kepala penduduk dan tekan Cakap. Anak panah merah jambu sentiasa menunjuk misi seterusnya, dan bar kemajuan daerah di HUD menunjukkan berapa topik lagi sebelum Ujian Daerah.
Jawab 2 soalan, hantar dokumen ke lokasi lain ikut GPS dan anak panah, kemudian jawab 3 soalan lagi.
Lulus 8/10 di menara pusat daerah untuk membuka tingkatan seterusnya (T1 hingga T5).
60 saat: pandu ke lorong jawapan yang betul. Boleh guna stereng condong telefon atau gamepad.
Topik yang hampir dilupa disoal semula (ulangan berjarak) supaya kekal dikuasai.
Lawan pemain lain dengan soalan Matematik yang sama. Ranking mingguan, bulanan dan semua game.
5 daerah, 53 topik DSKP KSSM
T1 Pusat Bandar: Nombor Nisbah, Faktor & Gandaan, Kuasa Dua & Tiga, Nisbah-Kadar-Kadaran, Ungkapan Algebra, Persamaan & Ketaksamaan Linear, Garis & Sudut, Poligon Asas, Perimeter & Luas, Set, Pengendalian Data, Teorem Pythagoras.
T2 Bandar Baru: Pola & Jujukan, Pemfaktoran, Rumus Algebra, Poligon, Bulatan, Bentuk 3D, Koordinat, Graf Fungsi, Laju & Pecutan, Kecerunan, Transformasi Isometri, Sukatan Kecenderungan Memusat, Kebarangkalian Mudah.
T3 Daerah Sains: Indeks, Bentuk Piawai, Simpanan & Kredit, Lukisan Berskala, Nisbah Trigonometri, Sudut & Tangen Bulatan, Pelan & Dongakan, Lokus, Garis Lurus. T4 Daerah Teknologi: Kuadratik, Asas Nombor, Penaakulan Logik, Operasi Set, Teori Graf, Ketaksamaan Dua Pemboleh Ubah, Graf Gerakan, Serakan, Kebarangkalian Bergabung, Pengurusan Kewangan. T5 Daerah Kewangan: Ubahan, Matriks, Insurans, Percukaian, Kekongruenan & Pembesaran, Graf Trigonometri, Serakan Data Terkumpul, Pemodelan Matematik.
Soalan dijana mengikut topik (nombor berubah setiap kali) dan kesukaran menyesuaikan diri dengan prestasi murid. Setiap jawapan disertakan penerangan langkah penyelesaian.
Untuk guru & ibu bapa
Halaman Topik dalam game menunjukkan ketepatan dan status setiap bidang DSKP T1-T5.
Tiada senjata, jenayah atau kemalangan maut. Langgar hanya memperlahankan; pemain diingatkan memandu berhemah.
Peringatan rehat selepas 30 minit bermain berterusan; game dijeda bila tab ditinggalkan.
Pembelian Permata hanya untuk kosmetik dan penggalak Syiling/XP. Markah ranking = kemahiran, bukan wang.
Kredit aset
Watak murid dan penduduk: Mini Characters oleh Kenney (CC0), bahan ditukar ke gaya cel-shaded. Kenderaan, bangunan, papan tanda dan gambar kedai dibina dengan kod three.js oleh SistemGuru.My (tiada imej AI). Butiran: LESEN.txt. Muzik dijana kod; suara: Microsoft Edge TTS (ms-MY).
Soalan lazim
Untuk siapa game ini?
Adakah game ini ada keganasan seperti game dunia terbuka lain?
Bagaimana murid belajar Matematik dalam game ini?
Bagaimana daerah baharu dibuka?
Adakah percuma?
Hubungi & polisi
Pembelian dalam game melalui ToyyibPay oleh murid/ibu bapa. Permata ialah item maya dalam game ini sahaja.
Soalan? Emel seomanager@sistemguru.my.
© 2026 SistemGuru.My · ADMIN SISTEMGURU.MY (SSM 202303325253)