Versi suaian Nota, Latihan & Kertas Soalan — mesra disleksia, cetakan besar, kurang item, SP dikunci.
Guru arus perdana, PPKI atau pemulihan yang mahu menyesuaikan bahan sedia ada.
Mahu mesra disleksia, cetakan besar, arahan dipecah atau kurang item.
Siapa boleh guna
Pro dan Ultra sahaja. Pengguna Percuma nampak kad kunci "Ciri Pro" dengan butang Lihat Pelan; Tetamu diminta log masuk dahulu.
Hantar ke Drive: Pro dan Ultra.
AI menerima bahan sahaja, tiada data murid. Pro menyalin prompt dan menampal jawapan; Ultra menjana terus. Hasil ialah draf sehingga anda sahkan. Bahan agama bertanda semakan manual.
Langkah demi langkah
Pilih sumber: Nota, Latihan, Kertas Soalan Saya atau tampal teks.
Pilih pratetap (boleh gabung): mesra disleksia, cetakan besar, kurang item, arahan dipecah, ruang jawapan lebih besar, bank kata atau fon Jawi besar.
Sunting teks sahaja; SP/SK, markah, kunci jawapan dan pilihan jawapan dikunci.
Semak paparan beza dan amaran angka, istilah atau panjang.
Muat turun PDF, atau (Latihan) hantar ke murid terpilih sahaja melalui Portal.
Muat turun PDF & Hantar ke Drive
Selepas hasil siap, bar Simpan & muat turun muncul di atas hasil. Butang utamanya ialah Muat turun PDF:
Di pelayar biasa (komputer dan telefon Android), dialog cetak dibuka — pilih Simpan sebagai PDF. Di iPhone, iPad atau pelayar dalam-aplikasi, fail .pdf terus dimuat turun.
Dokumen berformat A4. Bagi dokumen berkepala, logo & nama sekolah boleh ditukar di Lagi ▾ → Kepala dokumen; PDF akaun Percuma bernota kaki SistemGuru.My.
Hantar ke Drive (Pro dan Ultra, perlu sambung Google): fail dihantar ke folder SistemGuru.My/Tools/Penyesuai Bahan Inklusif — satu folder bagi setiap tool.
Terdapat dua dokumen: bahan suaian dan rekod akomodasi murid (PDF SULIT).
Tip & kesilapan lazim
Tip
Gabungkan pratetap yang perlu sahaja supaya bahan tidak terlalu berubah.
Semak paparan beza sebelum cetak.
Kesilapan lazim
Mengharap penukaran Jawi automatik - tiada penukaran automatik.
Menaip diagnosis murid - tool merekod akomodasi sahaja.
Data & PDPA
Rekod disimpan dalam akaun anda dan hanya anda boleh melihatnya.
Elakkan menaip No. kad pengenalan, alamat atau nombor telefon murid ke dalam tool ini.
Tiada diagnosis direkod, hanya akomodasi. Nama murid hanya dalam ingatan semasa digunakan. Hantaran ke Portal Murid tidak tersedia dalam Mod Cuba.
Soalan lazim
Siapa boleh guna?
Pro dan Ultra. Pengguna Percuma nampak kad kunci.
Adakah pilihan jawapan betul boleh diubah?
Tidak, ia dikunci.
Tool berkaitan
Pembina Sokongan Visual — Jadual visual daripada Jadual Waktu, analisis tugasan, cerita sosial, papan token & kad emosi
Pembina RPI & Penjejak Matlamat — RPI berlipat, objektif SMART dikunci ke SP, rekod sesi ikut tangga bantuan & graf kemajuan