Apabila anda tidak hadir kerana kursus, mesyuarat atau cuti dan perlu menyediakan bahan untuk guru ganti.
Apabila guru ganti perlu tahu apa hendak diajar tanpa menyalin RPH sendiri.
Siapa boleh guna
Perlu log masuk. Pengguna Percuma, Pro dan Ultra boleh guna; Tetamu akan diminta log masuk.
Hantar ke Drive: Pro dan Ultra sahaja.
Langkah demi langkah
Buka tool dan pilih tarikh anda tidak hadir.
Tool menyenaraikan slot Jadual Waktu pada hari itu; pilih kelas yang perlu diganti.
SK/SP diambil daripada rekod tidak hadir, kemudian RPH minggu itu, kemudian RPT minggu itu. Arahan diisi daripada RPH minggu yang sama.
Semak tugasan: latihan tersimpan yang SK-nya sepadan dan kod serta QR Portal Murid.
Tekan jana untuk menyimpan pek, kemudian muat turun PDF untuk dicetak dan diserahkan kepada guru ganti.
Muat turun PDF & Hantar ke Drive
Selepas hasil siap, bar Simpan & muat turun muncul di atas hasil. Butang utamanya ialah Muat turun PDF:
Di pelayar biasa (komputer dan telefon Android), dialog cetak dibuka — pilih Simpan sebagai PDF. Di iPhone, iPad atau pelayar dalam-aplikasi, fail .pdf terus dimuat turun.
Dokumen berformat A4. Bagi dokumen berkepala, logo & nama sekolah boleh ditukar di Lagi ▾ → Kepala dokumen; PDF akaun Percuma bernota kaki SistemGuru.My.
Hantar ke Drive (Pro dan Ultra, perlu sambung Google): fail dihantar ke folder SistemGuru.My/Tools/Pek Kelas Ganti — satu folder bagi setiap tool.
Senarai kehadiran murid hanya ada pada pratonton, PDF dan Word. Ia tidak dimasukkan dalam salinan Drive.
Tip & kesilapan lazim
Tip
Sediakan RPH minggu itu dahulu supaya arahan terisi automatik.
Semak SK/SP sebelum mencetak jika anda mengubah RPH.
Kesilapan lazim
Menjana pek tanpa Jadual Waktu - tiada slot untuk dipilih.
Menganggap sebab tidak hadir akan dicetak - ia disorok secara lalai.
Data & PDPA
Rekod disimpan dalam akaun anda dan hanya anda boleh melihatnya.
Elakkan menaip No. kad pengenalan, alamat atau nombor telefon murid ke dalam tool ini.
Nama murid tidak pernah masuk salinan Drive atau teks WhatsApp. Sebab tidak hadir disorok secara lalai kerana boleh jadi maklumat kesihatan, dan tidak pernah dihantar ke Drive.
Soalan lazim
Dari mana arahan guru ganti datang?
Daripada bahagian induksi, utama dan penutup dalam RPH minggu yang sama.
Adakah PdPR tersedia?
PdPR (Pro) dirancang untuk tool ini; semak dalam tool sama ada ia sudah dibuka untuk akaun anda.
Tool berkaitan
Kit Bilik Darjah — Pemasa, pemilih rawak, kumpulan, papan mata & kuiz kilat
Jadual Relief Harian — Jadual induk diimport sekali, cadangan guru ganti ikut beban & subjek, slip, WhatsApp & analisis kumulatif
Fail Kelas Digital — Carta organisasi, pelan tempat duduk, piket, jadual & penjejak SPBT/kutipan kelas