Mengajar algoritma dan pengaturcaraan asas Sains Komputer.
Menjana soalan lengkapkan carta, pseudokod atau jadual surih.
Siapa boleh guna
Semua boleh - Tetamu (tanpa log masuk), Percuma, Pro dan Ultra.
Log masuk diperlukan untuk menyimpan dalam akaun dan untuk Hantar ke Drive (Pro dan Ultra sahaja).
Tetamu: semua kerja tempatan. Percuma: simpanan dan Portal. Pro dan Ultra: Drive (Google Doc, carta sebagai PNG).
Langkah demi langkah
Tulis pseudokod BM atau BI; kata kunci dan sinonim boleh ditetapkan ikut buku teks anda.
Jika sintaks tidak jelas, tool memaparkan ralat berbaris, contohnya tentang Tamat jika tanpa Jika.
Lihat carta alir yang dijana dengan susun atur berstruktur, atau bina carta dalam editor blok dan jana pseudokod.
Jalankan penterjemah (had 2000 langkah) dan lihat jadual surih dengan baris dan nod diserlahkan.
Pilih mod soalan lengkapkan dengan versi dan skema, kemudian muat turun PDF atau hantar ke Portal.
Muat turun PDF & Hantar ke Drive
Selepas hasil siap, bar Simpan & muat turun muncul di atas hasil. Butang utamanya ialah Muat turun PDF:
Di pelayar biasa (komputer dan telefon Android), dialog cetak dibuka — pilih Simpan sebagai PDF. Di iPhone, iPad atau pelayar dalam-aplikasi, fail .pdf terus dimuat turun.
Dokumen berformat A4. Bagi dokumen berkepala, logo & nama sekolah boleh ditukar di Lagi ▾ → Kepala dokumen; PDF akaun Percuma bernota kaki SistemGuru.My.
Hantar ke Drive (Pro dan Ultra, perlu sambung Google): fail dihantar ke folder SistemGuru.My/Tools/Studio Algoritma — satu folder bagi setiap tool.
Tip & kesilapan lazim
Tip
Tiada kod dilaksanakan; penghurai sendiri digunakan.
Soalan berbenih supaya boleh dijana semula.
Kesilapan lazim
Menulis sintaks samar - ia ditolak dengan ralat.
Melebihi 2000 langkah dalam gelung tak berkesudahan.
Data & PDPA
Tanpa log masuk, apa yang anda taip disimpan dalam pelayar peranti ini sahaja dan tidak dihantar ke pelayan. Menukar peranti atau mengosongkan data pelayar akan menghilangkannya, jadi muat turun PDF untuk simpanan kekal.
Elakkan menaip No. kad pengenalan, alamat atau nombor telefon murid ke dalam tool ini.
Tiada data murid dan tiada AI.
Soalan lazim
Adakah ia menjalankan Python?
Tidak. Ia menghurai pseudokod sendiri tanpa menjalankan kod sebenar.