Kandungan rasmi. Templat dibina SistemGuru; sahkan kesesuaian dengan panitia Matematik. Cadangan padanan SP perlu anda sahkan.
Apa tool ini & bila guna
Latihan berparameter ikut SP — jawapan & jalan kerja dikira kod, versi A/B/C.
Menyediakan latih tubi berbeza untuk setiap kumpulan murid.
Mahu soalan yang sama boleh dijana semula dengan kod set.
Siapa boleh guna
Semua boleh - Tetamu (tanpa log masuk), Percuma, Pro dan Ultra.
Log masuk diperlukan untuk menyimpan dalam akaun dan untuk Hantar ke Drive (Pro dan Ultra sahaja).
Tetamu: semua templat, katalog DSKP awam, PDF, Word dan cetak. Percuma: Jadual dan DSKP, simpanan, Portal dan Soalan Saya. Pro dan Ultra: Drive.
Langkah demi langkah
Pilih subjek dan SP (Jadual Waktu atau katalog DSKP), atau pilih templat terus.
Pilih templat yang dicadangkan dan sahkan padanannya dengan SP.
Tetapkan tahap dan versi: Asas, Sederhana, Mencabar.
Jana lembaran; kod set (benih) yang sama dan templat sama menghasilkan soalan yang sama.
Muat turun PDF lembaran dan skema, atau hantar ke Portal Murid atau Soalan Saya.
Muat turun PDF & Hantar ke Drive
Selepas hasil siap, bar Simpan & muat turun muncul di atas hasil. Butang utamanya ialah Muat turun PDF:
Di pelayar biasa (komputer dan telefon Android), dialog cetak dibuka — pilih Simpan sebagai PDF. Di iPhone, iPad atau pelayar dalam-aplikasi, fail .pdf terus dimuat turun.
Dokumen berformat A4. Bagi dokumen berkepala, logo & nama sekolah boleh ditukar di Lagi ▾ → Kepala dokumen; PDF akaun Percuma bernota kaki SistemGuru.My.
Hantar ke Drive (Pro dan Ultra, perlu sambung Google): fail dihantar ke folder SistemGuru.My/Tools/Penjana Lembaran Matematik — satu folder bagi setiap tool.
Tip & kesilapan lazim
Tip
Jawapan dan jalan kerja dikira oleh kod, bukan AI, jadi tiada ralat kira.
Satu latihan Portal bagi setiap versi: latih tubi boleh diulang atau ujian sekali hantar.
Kesilapan lazim
Menyimpan soalan - soalan dijana semula daripada benih, bukan disimpan.
Tidak menyemak padanan SP yang dicadangkan.
Data & PDPA
Tanpa log masuk, apa yang anda taip disimpan dalam pelayar peranti ini sahaja dan tidak dihantar ke pelayan. Menukar peranti atau mengosongkan data pelayar akan menghilangkannya, jadi muat turun PDF untuk simpanan kekal.
Elakkan menaip No. kad pengenalan, alamat atau nombor telefon murid ke dalam tool ini.
Lembaran tiada data murid. Jawapan murid di Portal ialah rekod latihan anda sedia ada.
Soalan lazim
Adakah AI mengira jawapan?
Tidak. Jawapan dikira kod untuk mengelak kesilapan.
Konteks soalan neutral?
Ya, tiada nama orang atau jenama; wang dalam teks sahaja.
Tool berkaitan
Papan Formula STEM — Tulis formula & persamaan kimia — dipapar sama di Nota, Latihan, Portal & PDF
Studio Graf, Carta & Kertas Grid — Graf fungsi & ketaksamaan, carta statistik, data eksperimen & Malaysia, kertas grid skala tepat