Giliran adil ikut beban, langkau cuti takwim — PDF, imej WhatsApp & peringatan mingguan.
Giliran kebersihan, piket, imam atau perhimpunan.
Apabila perlu agihan beban yang adil dan bebas konflik.
Siapa boleh guna
Semua boleh - Tetamu (tanpa log masuk), Percuma, Pro dan Ultra.
Log masuk diperlukan untuk menyimpan dalam akaun dan untuk Hantar ke Drive (Pro dan Ultra sahaja).
Langkah demi langkah
Tekan Giliran baharu dan beri tajuk.
Isi tarikh Dari dan Hingga, kekerapan, senarai orang dan peranan; buka lipatan Keadilan & kekangan dan Cuti dilangkau jika perlu.
Tekan Jana giliran.
Semak status keadilan; ubah sel dalam jadual jika perlu (konflik ditanda merah).
Muat turun PDF, atau hasilkan Imej WhatsApp dan Peringatan mingguan.
Muat turun PDF & Hantar ke Drive
Selepas hasil siap, bar Simpan & muat turun muncul di atas hasil. Butang utamanya ialah Muat turun PDF:
Di pelayar biasa (komputer dan telefon Android), dialog cetak dibuka — pilih Simpan sebagai PDF. Di iPhone, iPad atau pelayar dalam-aplikasi, fail .pdf terus dimuat turun.
Dokumen berformat A4. Bagi dokumen berkepala, logo & nama sekolah boleh ditukar di Lagi ▾ → Kepala dokumen; PDF akaun Percuma bernota kaki SistemGuru.My.
Hantar ke Drive (Pro dan Ultra, perlu sambung Google): fail dihantar ke folder SistemGuru.My/Tools/Penjana Giliran Bertugas — satu folder bagi setiap tool.
Jadual bertukar landskap jika peranan lebih 4. Templat imam ada helaian kehadiran solat agregat kelas, tanpa nama murid.
Tip & kesilapan lazim
Tip
Hasil dikira semula daripada tetapan anda; suntingan sel anda dikekalkan.
Hari cuti persekolahan boleh dilangkau.
Kesilapan lazim
Menyangka senarai giliran disimpan jika tidak log masuk - Tetamu menyimpan sehingga 30 rujukan dalam pelayar sahaja.
Mengubah tetapan selepas menyunting sel tanpa menyemak konflik.
Data & PDPA
Tanpa log masuk, apa yang anda taip disimpan dalam pelayar peranti ini sahaja dan tidak dihantar ke pelayan. Menukar peranti atau mengosongkan data pelayar akan menghilangkannya, jadi muat turun PDF untuk simpanan kekal.
Elakkan menaip No. kad pengenalan, alamat atau nombor telefon murid ke dalam tool ini.
Nama staf atau murid hanya dalam dokumen anda. Kehadiran solat hanya agregat kelas. Tiada teks khutbah atau tazkirah dijana. Tiada AI.
Soalan lazim
Boleh guna tanpa log masuk?
Boleh. Simpanan Tetamu dalam pelayar sahaja.
Adakah giliran adil?
Agihan adil dan berbenih; anda boleh melihat status keadilan dan jadual beban.
Tool berkaitan
Jadual Relief Harian — Jadual induk diimport sekali, cadangan guru ganti ikut beban & subjek, slip, WhatsApp & analisis kumulatif
Fail Kelas Digital — Carta organisasi, pelan tempat duduk, piket, jadual & penjejak SPBT/kutipan kelas
Kit Bilik Darjah — Pemasa, pemilih rawak, kumpulan, papan mata & kuiz kilat