SistemGuru.My — Panduan Guru

Panduan Jadual Relief Harian

Agih guru relief harian secara adil daripada jadual induk sekolah, dengan analisis beban relief.

Buka Jadual Relief Harian

Apa tool ini & bila guna

Jadual induk diimport sekali, cadangan guru ganti ikut beban & subjek, slip, WhatsApp & analisis kumulatif.

Siapa boleh guna

Langkah demi langkah

  1. Tab Data induk: import jadual induk sekolah sekali ke akaun anda (senarai guru, waktu, jadual) dan tetapkan polisi seperti had hari dan minggu.
  2. Tab Relief hari ini: tarikh sebenar hari ini, pilih guru tidak hadir.
  3. Tool mencadangkan guru relief ikut beban minggu, subjek sama, kelas sendiri dan waktu berturut-turut; tukar dengan seret atau pilih calon.
  4. Kunci pilihan dengan penanda pin; semak amaran konflik merah atau kuning.
  5. Tab Analisis: lihat bilangan relief setiap guru; muat turun PDF atau Excel, atau slip A5.

Muat turun PDF & Hantar ke Drive

Selepas hasil siap, bar Simpan & muat turun muncul di atas hasil. Butang utamanya ialah Muat turun PDF:

Empat dokumen: jadual relief (landskap), slip (dua A5 setiap A4), analisis dan data induk. Sebab tidak hadir tidak pernah masuk PDF, slip, WhatsApp atau Drive.

Tip & kesilapan lazim

Tip

Kesilapan lazim

Data & PDPA

Soalan lazim

Siapa boleh guna?

Pro dan Ultra.

Adakah ia mengikut jadual saya sahaja?

Ia menggunakan jadual induk sekolah yang anda import; anda boleh menambah jadual sendiri.

Tool berkaitan