Kandungan rasmi. Istilah import daripada glosari DSKP ialah bahan rasmi; tokoh dan mufradat yang anda taip sendiri tidak disemak oleh sistem - sahkan sebelum guna.
Apa tool ini & bila guna
Kad imbas, bingo & padanan daripada glosari DSKP.
Menyediakan bahan ulang kaji perbendaharaan kata untuk satu topik.
Mahu kad cetakan, bingo atau lembaran padanan daripada senarai sendiri atau glosari DSKP.
Siapa boleh guna
Semua boleh - Tetamu (tanpa log masuk), Percuma, Pro dan Ultra.
Log masuk diperlukan untuk menyimpan dalam akaun dan untuk Hantar ke Drive (Pro dan Ultra sahaja).
Langkah demi langkah
Pilih mod set: Istilah, Tokoh atau Mufradat.
Isi kad: taip sendiri, tampal senarai, atau (log masuk) import glosari DSKP.
Untuk mod Tokoh, tulis sumber bagi setiap tokoh - ia wajib kerana tiada pangkalan data tokoh.
Pilih format cetakan: kad dua muka (8 kad sehelai), senarai, bingo atau lembaran padanan dengan skema jawapan.
Tekan Jana cetakan, semak pratonton, kemudian Muat turun PDF.
Muat turun PDF & Hantar ke Drive
Selepas hasil siap, bar Simpan & muat turun muncul di atas hasil. Butang utamanya ialah Muat turun PDF:
Di pelayar biasa (komputer dan telefon Android), dialog cetak dibuka — pilih Simpan sebagai PDF. Di iPhone, iPad atau pelayar dalam-aplikasi, fail .pdf terus dimuat turun.
Dokumen berformat A4. Bagi dokumen berkepala, logo & nama sekolah boleh ditukar di Lagi ▾ → Kepala dokumen; PDF akaun Percuma bernota kaki SistemGuru.My.
Hantar ke Drive (Pro dan Ultra, perlu sambung Google): fail dihantar ke folder SistemGuru.My/Tools/Kad Istilah, Tokoh & Mufradat — satu folder bagi setiap tool.
Satu set dengan satu format ialah satu fail di Drive. Bingo guna benih tetap, jadi cetak semula menghasilkan kad yang sama.
Tip & kesilapan lazim
Tip
Helaian arahan kad boleh dihidupkan jika anda mahu murid melipat sendiri.
Muka belakang kad dicermin mengikut baris supaya sejajar bila dicetak dua muka.
Kesilapan lazim
Menghantar tokoh tanpa sumber - tool meminta sumber bagi setiap tokoh.
Mengimport glosari tanpa log masuk - import DSKP memerlukan log masuk.
Data & PDPA
Tanpa log masuk, apa yang anda taip disimpan dalam pelayar peranti ini sahaja dan tidak dihantar ke pelayan. Menukar peranti atau mengosongkan data pelayar akan menghilangkannya, jadi muat turun PDF untuk simpanan kekal.
Elakkan menaip No. kad pengenalan, alamat atau nombor telefon murid ke dalam tool ini.
Set disimpan dalam akaun (log masuk) atau pelayar anda (Tetamu, 20 set terkini).
Soalan lazim
Berapa set boleh disimpan sebagai Tetamu?
Sehingga 20 set terkini dalam pelayar.
Adakah tokoh disahkan oleh sistem?
Tidak. Anda yang memberi sumber; semak ketepatan sebelum guna di kelas.
Tool berkaitan
Senarai Kata, Imlak & Ejaan — Senarai ikut pola suku kata, suara pelayar atau rakaman, helaian imlak & imlak Portal
Bank Peribahasa & Ungkapan — Peribahasa, simpulan bahasa & idiom dengan maksud — cari ikut jenis, tema & tahap, kuiz cetak atau Portal