Format PAK21, usul & hujah bersumber, kad peranan A6, pemasa giliran & penilaian ke PBD.
Aktiviti debat, forum, kerusi panas atau meja bulat.
Menilai murid dengan rubrik dan juri luar.
Siapa boleh guna
Perlu log masuk. Pengguna Percuma, Pro dan Ultra boleh guna; Tetamu akan diminta log masuk.
Hantar ke Drive: Pro dan Ultra sahaja.
AI (Pro salin-tampal, Ultra terus) membantu draf topik, hujah dan soalan tanpa nama murid; hasil ditanda Belum disemak.
Langkah demi langkah
Tab Rancang: pilih format, topik dan usul (tapisan topik sensitif), struktur dan masa, hujah A dan B bersumber; jana pelan.
Tab Peranan: agih murid ke peranan atau pasukan seimbang berbenih atau manual; cetak kad peranan 4 setiap A4.
Tab Pemasa: tetapkan minit setiap segmen; loceng 30 saat dan tamat.
Tab Penilaian: pilih rubrik, isi skor murid, lihat Peta TP dan Cadang TP ke PBD.
Jemput juri luar (Percuma: 1 hakim) dan salin purata juri ke rekod; muat turun PDF.
Muat turun PDF & Hantar ke Drive
Selepas hasil siap, bar Simpan & muat turun muncul di atas hasil. Butang utamanya ialah Muat turun PDF:
Di pelayar biasa (komputer dan telefon Android), dialog cetak dibuka — pilih Simpan sebagai PDF. Di iPhone, iPad atau pelayar dalam-aplikasi, fail .pdf terus dimuat turun.
Dokumen berformat A4. Bagi dokumen berkepala, logo & nama sekolah boleh ditukar di Lagi ▾ → Kepala dokumen; PDF akaun Percuma bernota kaki SistemGuru.My.
Hantar ke Drive (Pro dan Ultra, perlu sambung Google): fail dihantar ke folder SistemGuru.My/Tools/Perancang Debat, Forum & Main Peranan — satu folder bagi setiap tool.
Kad hakim dengan QR tidak dihantar ke Drive kerana PIN hanya dalam ingatan.
Tip & kesilapan lazim
Tip
Paparan nama, inisial atau nombor boleh dipilih.
Tapisan topik menghalang topik berkaitan kaum, agama dan politik.
Kesilapan lazim
Menyangka tool memilih topik bebas sensitif.
Mengharap penilaian tanpa log masuk.
Data & PDPA
Rekod disimpan dalam akaun anda dan hanya anda boleh melihatnya.
Elakkan menaip No. kad pengenalan, alamat atau nombor telefon murid ke dalam tool ini.
Simpanan hanya murid_id; nama dimuat semula daripada kelas. AI tanpa nama murid. Dalam Mod Cuba, beberapa tindakan disekat.
Soalan lazim
Perlu log masuk?
Ya.
Berapa juri luar boleh dijemput?
Seorang dengan Percuma.
Tool berkaitan
Jurnal Refleksi Nilai — Prompt refleksi mingguan di Portal, senarai semak pemerhatian & cadangan TP — dilihat guru sahaja