Kandungan rasmi. Ejaan Jawi ialah keputusan bahasa; sumber kamus terbuka dan cadangan bukan terbitan rasmi KPM, jadi semak untuk dokumen rasmi.
Apa tool ini & bila guna
Semak ejaan teks Jawi perkataan demi perkataan dengan sumber setiap keputusan.
Menyemak dokumen berejaan Jawi sebelum dicetak.
Mengenal perkataan yang perlu disemak dengan kamus rasmi.
Siapa boleh guna
Semua boleh - Tetamu (tanpa log masuk), Percuma, Pro dan Ultra.
Log masuk diperlukan untuk menyimpan dalam akaun dan untuk Hantar ke Drive (Pro dan Ultra sahaja).
Langkah demi langkah
Buka Penukar Jawi di Tools dan pilih mod Semak ejaan.
Tampal teks Jawi ke dalam kotak.
Tekan Semak ejaan; setiap perkataan dilabel Sah, Ejaan lain, Tiada dalam kamus, Aksara serupa atau Rumi tersisip bersama sumbernya.
Terima cadangan satu demi satu; tiada Terima semua dan tiada pembetulan senyap.
Muat turun PDF atau pilihan lain di bawah Lagi.
Muat turun PDF & Hantar ke Drive
Selepas hasil siap, bar Simpan & muat turun muncul di atas hasil. Butang utamanya ialah Muat turun PDF:
Di pelayar biasa (komputer dan telefon Android), dialog cetak dibuka — pilih Simpan sebagai PDF. Di iPhone, iPad atau pelayar dalam-aplikasi, fail .pdf terus dimuat turun.
Dokumen berformat A4. Bagi dokumen berkepala, logo & nama sekolah boleh ditukar di Lagi ▾ → Kepala dokumen; PDF akaun Percuma bernota kaki SistemGuru.My.
Hantar ke Drive (Pro dan Ultra, perlu sambung Google): fail dihantar ke folder SistemGuru.My/Tools/Semak Ejaan Jawi — satu folder bagi setiap tool.
Folder Drive: Tools/Semak Ejaan Jawi. Semakan dikira dalam pelayar; teks hanya ke pelayan jika anda menekan Hantar ke Drive.
Tip & kesilapan lazim
Tip
Mod yang terakhir digunakan diingat pada peranti anda.
Lihat aras setiap perkataan sebelum mempercayai hasilnya.
Kesilapan lazim
Menyangka semua cadangan betul - sebahagian perlu disemak.
Menekan terima tanpa membaca - ia satu demi satu kerana ejaan Jawi ialah keputusan anda.
Data & PDPA
Tanpa log masuk, apa yang anda taip disimpan dalam pelayar peranti ini sahaja dan tidak dihantar ke pelayan. Menukar peranti atau mengosongkan data pelayar akan menghilangkannya, jadi muat turun PDF untuk simpanan kekal.
Elakkan menaip No. kad pengenalan, alamat atau nombor telefon murid ke dalam tool ini.
Semakan dikira dalam pelayar anda. Teks tidak dihantar ke pelayan kecuali anda menekan Hantar ke Drive.
Soalan lazim
Perlu log masuk?
Tidak, Penukar Jawi terbuka kepada Tetamu.
Adakah ia membetulkan teks secara automatik?
Tidak. Anda menerima cadangan satu demi satu.
Tool berkaitan
Lembaran Tulisan Aksara — Lembaran menulis Hanzi 田字格 dengan urutan strok & pinyin, huruf Tamil, Jawi/Arab dan Rumi garis empat
Saringan & Pemulihan Jawi — Instrumen berperingkat daripada kamus DBP/DSKP, profil penguasaan & kumpulan pemulihan
Pemeriksa Ejaan & Tatabahasa BM — Semak teks penuh — ejaan, imbuhan, kata sendi & kelewahan dengan anotasi peraturan, pautan PRPM & mod murid