Semak teks penuh — ejaan, imbuhan, kata sendi & kelewahan dengan anotasi peraturan, pautan PRPM & mod murid.
Menyemak karangan, soalan atau surat sebelum dicetak.
Mengajar murid mengenal jenis kesalahan bahasa.
Siapa boleh guna
Semua boleh - Tetamu (tanpa log masuk), Percuma, Pro dan Ultra.
Log masuk diperlukan untuk menyimpan dalam akaun dan untuk Hantar ke Drive (Pro dan Ultra sahaja).
Tetamu: semua ciri semakan dengan draf dalam pelayar. Log masuk: simpan semakan, gabung laporan dan kamus saya. Pro dan Ultra: Hantar ke Drive (Google Doc).
Langkah demi langkah
Tampal teks penuh; kamus luas dimuat pada semakan pertama.
Isu ditanda dalam teks; setiap kad menunjukkan peraturan, cadangan dan butang Terima, Abaikan, Tambah ke kamus saya atau Semak di PRPM.
Guna mod Murid untuk menunjukkan jenis kesalahan dan petunjuk tanpa cadangan; keluar mod boleh dikunci PIN 4 digit (pelayar).
Semak laporan kekerapan mengikut kumpulan atau peraturan.
Muat turun PDF; log masuk untuk menyimpan semakan dan kamus saya.
Muat turun PDF & Hantar ke Drive
Selepas hasil siap, bar Simpan & muat turun muncul di atas hasil. Butang utamanya ialah Muat turun PDF:
Di pelayar biasa (komputer dan telefon Android), dialog cetak dibuka — pilih Simpan sebagai PDF. Di iPhone, iPad atau pelayar dalam-aplikasi, fail .pdf terus dimuat turun.
Dokumen berformat A4. Bagi dokumen berkepala, logo & nama sekolah boleh ditukar di Lagi ▾ → Kepala dokumen; PDF akaun Percuma bernota kaki SistemGuru.My.
Hantar ke Drive (Pro dan Ultra, perlu sambung Google): fail dihantar ke folder SistemGuru.My/Tools/Pemeriksa Ejaan & Tatabahasa BM — satu folder bagi setiap tool.
Tip & kesilapan lazim
Tip
Tambah nama khas ke kamus saya supaya tidak ditanda.
Cadangan ialah panduan; anda yang memutuskan.
Kesilapan lazim
Menampal maklumat peribadi murid - elakkan.
Menerima semua cadangan tanpa membaca.
Data & PDPA
Tanpa log masuk, apa yang anda taip disimpan dalam pelayar peranti ini sahaja dan tidak dihantar ke pelayan. Menukar peranti atau mengosongkan data pelayar akan menghilangkannya, jadi muat turun PDF untuk simpanan kekal.
Elakkan menaip No. kad pengenalan, alamat atau nombor telefon murid ke dalam tool ini.
Teks anda kekal dalam pelayar kecuali anda menekan Simpan semakan. Tiada nama dikesan atau dihantar. Tiada AI.