Jadual visual daripada Jadual Waktu, analisis tugasan, cerita sosial, papan token & kad emosi.
Menyediakan jadual visual kelas atau hari untuk murid keperluan khas.
Membuat kad langkah tugasan, cerita sosial atau papan token.
Siapa boleh guna
Semua boleh - Tetamu (tanpa log masuk), Percuma, Pro dan Ultra.
Log masuk diperlukan untuk menyimpan dalam akaun dan untuk Hantar ke Drive (Pro dan Ultra sahaja).
AI hanya untuk draf cerita sosial dan hanya menerima situasi, bukan data murid.
Langkah demi langkah
Pilih bahagian: Jadual visual, Analisis tugasan, Cerita sosial atau Token & emosi.
Jadual visual: pilih hari dan kelas; slot Jadual Waktu, rehat dan aktiviti diisi, atau tulis senarai manual (Tetamu).
Analisis tugasan: tulis sehingga 12 langkah dengan ikon atau gambar sendiri.
Cerita sosial: tulis 4 hingga 8 muka dengan ayat ringkas, atau minta AI membantu draf.
Muat turun PDF atau Word untuk dicetak.
Muat turun PDF & Hantar ke Drive
Selepas hasil siap, bar Simpan & muat turun muncul di atas hasil. Butang utamanya ialah Muat turun PDF:
Di pelayar biasa (komputer dan telefon Android), dialog cetak dibuka — pilih Simpan sebagai PDF. Di iPhone, iPad atau pelayar dalam-aplikasi, fail .pdf terus dimuat turun.
Dokumen berformat A4. Bagi dokumen berkepala, logo & nama sekolah boleh ditukar di Lagi ▾ → Kepala dokumen; PDF akaun Percuma bernota kaki SistemGuru.My.
Hantar ke Drive (Pro dan Ultra, perlu sambung Google): fail dihantar ke folder SistemGuru.My/Tools/Pembina Sokongan Visual — satu folder bagi setiap tool.
Tip & kesilapan lazim
Tip
Ikon dilukis khas untuk SistemGuru dan bukan ikon berhak cipta pihak lain.
Contoh dalam pustaka bertanda "Contoh - sesuaikan"; ubah ikut murid anda.
Kesilapan lazim
Memasukkan foto wajah murid tanpa kebenaran.
Mengharapkan gambar disimpan penuh sebagai Tetamu - jika melebihi 1 MB ia tidak disimpan.
Data & PDPA
Tanpa log masuk, apa yang anda taip disimpan dalam pelayar peranti ini sahaja dan tidak dihantar ke pelayan. Menukar peranti atau mengosongkan data pelayar akan menghilangkannya, jadi muat turun PDF untuk simpanan kekal.
Elakkan menaip No. kad pengenalan, alamat atau nombor telefon murid ke dalam tool ini.
Tiada nama murid diperlukan; cerita guna "Saya". Jangan guna foto wajah murid tanpa kebenaran penjaga.
Soalan lazim
Boleh guna tanpa log masuk?
Boleh. Data kekal dalam pelayar sahaja.
Adakah Word dapat memaparkan ikon?
Ya, ikon ditukar kepada gambar PNG untuk Word dan Drive.
Tool berkaitan
Penyesuai Bahan Inklusif — Versi suaian Nota, Latihan & Kertas Soalan — mesra disleksia, cetakan besar, kurang item, SP dikunci
Pembina RPI & Penjejak Matlamat — RPI berlipat, objektif SMART dikunci ke SP, rekod sesi ikut tangga bantuan & graf kemajuan