Penyemak suku kata, rima & baris pantun/syair/gurindam dengan warna rima — draf AI wajib lulus penyemak.
Menyemak puisi murid atau contoh sendiri.
Menyediakan lembaran latihan pembayang.
Siapa boleh guna
Semua boleh - Tetamu (tanpa log masuk), Percuma, Pro dan Ultra.
Log masuk diperlukan untuk menyimpan dalam akaun dan untuk Hantar ke Drive (Pro dan Ultra sahaja).
Tetamu: penyemak penuh. Log masuk: simpan, Portal dan AI (Pro salin-tampal, Ultra terus). Drive: Pro dan Ultra.
AI hanya menerima tema, bentuk dan syarat; tiada nama atau jawapan murid dihantar. PDF semakan menyoal pengesahan bila ada rangkap gagal.
Langkah demi langkah
Pilih bentuk (pantun 2, 4, 6 atau 8 kerat, syair, gurindam atau bebas) dan tulis atau tampal puisi.
Penyemak mengira suku kata, perkataan, baris dan rima bagi setiap rangkap; hujung rima diwarnai dan dihias corak garis.
Ubah syarat (suku min dan maks, julat rima, rima tengah) jika perlu.
Minta draf AI (log masuk) dan lihat ia disemak serta-merta; ia dilabel Draf AI.
Muat turun semakan, lembaran latihan atau hantar tugasan ke Portal Murid.
Muat turun PDF & Hantar ke Drive
Selepas hasil siap, bar Simpan & muat turun muncul di atas hasil. Butang utamanya ialah Muat turun PDF:
Di pelayar biasa (komputer dan telefon Android), dialog cetak dibuka — pilih Simpan sebagai PDF. Di iPhone, iPad atau pelayar dalam-aplikasi, fail .pdf terus dimuat turun.
Dokumen berformat A4. Bagi dokumen berkepala, logo & nama sekolah boleh ditukar di Lagi ▾ → Kepala dokumen; PDF akaun Percuma bernota kaki SistemGuru.My.
Hantar ke Drive (Pro dan Ultra, perlu sambung Google): fail dihantar ke folder SistemGuru.My/Tools/Semak & Cipta Puisi Tradisional — satu folder bagi setiap tool.
Tip & kesilapan lazim
Tip
Mod Murid menunjukkan petunjuk tanpa cadangan; PIN pelayar boleh digunakan.
Semakan jawapan Portal bernama murid hanya sebagai PDF.
Kesilapan lazim
Menganggap rima ditentukan tanpa melihat kelas rima.
Menggunakan draf AI tanpa semak.
Data & PDPA
Tanpa log masuk, apa yang anda taip disimpan dalam pelayar peranti ini sahaja dan tidak dihantar ke pelayan. Menukar peranti atau mengosongkan data pelayar akan menghilangkannya, jadi muat turun PDF untuk simpanan kekal.
Elakkan menaip No. kad pengenalan, alamat atau nombor telefon murid ke dalam tool ini.
Nama murid hanya dalam ingatan dan PDF Portal. Tiada nama atau jawapan murid ke AI.
Soalan lazim
Penyemak guna AI?
Tidak. Penyemak berasaskan peraturan; AI hanya untuk draf pilihan.
Perlu log masuk?
Tidak untuk menyemak.
Tool berkaitan
Bank Peribahasa & Ungkapan — Peribahasa, simpulan bahasa & idiom dengan maksud — cari ikut jenis, tema & tahap, kuiz cetak atau Portal
Rakan KOMSAS & Kesusasteraan — Templat analisis ikut genre diisi guru, soalan gaya peperiksaan & peta minda — AI hanya daripada nota anda
Pemeriksa Ejaan & Tatabahasa BM — Semak teks penuh — ejaan, imbuhan, kata sendi & kelewahan dengan anotasi peraturan, pautan PRPM & mod murid