Graf fungsi & ketaksamaan, carta statistik, data eksperimen & Malaysia, kertas grid skala tepat.
Menyediakan graf untuk Matematik dan Sains.
Mahu kertas grid siap cetak dan carta daripada data terbuka.
Siapa boleh guna
Semua boleh - Tetamu (tanpa log masuk), Percuma, Pro dan Ultra.
Log masuk diperlukan untuk menyimpan dalam akaun dan untuk Hantar ke Drive (Pro dan Ultra sahaja).
Langkah demi langkah
Pilih mod: Fungsi, Carta, Eksperimen, Data Malaysia atau Kertas Grid.
Fungsi: masukkan sehingga 6 fungsi dan 6 ketaksamaan; lihat punca, pintasan, pusingan, persilangan dan tangen.
Carta: pilih satu daripada 12 jenis dan isi data; Eksperimen: garis penyuaian dan segi tiga kecerunan.
Data Malaysia: guna data api.data.gov.my dengan atribusi dan tarikh; Data saya wajib Sumber dan Tarikh.
Muat turun PDF; Lagi ada PNG, Word, Excel dan Hantar sebagai soalan Portal.
Muat turun PDF & Hantar ke Drive
Selepas hasil siap, bar Simpan & muat turun muncul di atas hasil. Butang utamanya ialah Muat turun PDF:
Di pelayar biasa (komputer dan telefon Android), dialog cetak dibuka — pilih Simpan sebagai PDF. Di iPhone, iPad atau pelayar dalam-aplikasi, fail .pdf terus dimuat turun.
Dokumen berformat A4. Bagi dokumen berkepala, logo & nama sekolah boleh ditukar di Lagi ▾ → Kepala dokumen; PDF akaun Percuma bernota kaki SistemGuru.My.
Hantar ke Drive (Pro dan Ultra, perlu sambung Google): fail dihantar ke folder SistemGuru.My/Tools/Studio Graf, Carta & Kertas Grid — satu folder bagi setiap tool.
Rajah dilukis vektor dalam PDF dan ditukar ke PNG untuk Word dan Drive.
Tip & kesilapan lazim
Tip
Kertas grid tersedia dalam mm, 2 mm, 5 mm, 1 cm, titik, isometrik dan kutub.
Data awam dicache selama 1 hari.
Kesilapan lazim
Mengharap carta apabila data awam gagal dimuat - tiada data rekaan; mesej dipaparkan.
Mengabaikan sumber dan tarikh pada Data saya.
Data & PDPA
Tanpa log masuk, apa yang anda taip disimpan dalam pelayar peranti ini sahaja dan tidak dihantar ke pelayan. Menukar peranti atau mengosongkan data pelayar akan menghilangkannya, jadi muat turun PDF untuk simpanan kekal.
Elakkan menaip No. kad pengenalan, alamat atau nombor telefon murid ke dalam tool ini.
Tiada data murid dan tiada AI. Data Malaysia ialah data terbuka awam.
Soalan lazim
Perlu log masuk?
Tidak untuk menjana.
Adakah data dicipta oleh sistem?
Tidak. Jika data awam gagal, tiada carta dipaparkan.
Tool berkaitan
Penjana Lembaran Matematik — Latihan berparameter ikut SP — jawapan & jalan kerja dikira kod, versi A/B/C