Kandungan rasmi. Ini bukan instrumen rasmi KPM dan bukan pengganti LINUS. Bahan tahap 1 hingga 3 yang dijana mesti anda sahkan.
Apa tool ini & bila guna
Ketik perkataan salah semasa murid membaca — ketepatan, perkataan seminit & tahap.
Saringan kelancaran bacaan BM atau bahasa lain.
Mahu graf kemajuan dan perbandingan pra dan pasca.
Siapa boleh guna
Perlu log masuk. Pengguna Percuma, Pro dan Ultra boleh guna; Tetamu akan diminta log masuk.
Hantar ke Drive: Pro dan Ultra sahaja.
Rakaman audio dan Drive: Pro dan Ultra.
Langkah demi langkah
Sediakan pakej bahan lima tahap (huruf, suku kata, perkataan, ayat, petikan); tahap 1 hingga 3 BM boleh dijana tanpa AI dan perlu disahkan.
Cipta set bagi satu kelas.
Pilih murid dan bahan, tekan Mula, ketik perkataan yang salah dan tekan Tamat; mod 1 minit tersedia.
Tool mengira ketepatan, perkataan seminit dan tahap (Bebas, Bimbingan, Perlu sokongan).
Lihat ringkasan dan graf, Cadang TP, kemudian muat turun PDF (SULIT) atau kad murid dan borang larian.
Muat turun PDF & Hantar ke Drive
Selepas hasil siap, bar Simpan & muat turun muncul di atas hasil. Butang utamanya ialah Muat turun PDF:
Di pelayar biasa (komputer dan telefon Android), dialog cetak dibuka — pilih Simpan sebagai PDF. Di iPhone, iPad atau pelayar dalam-aplikasi, fail .pdf terus dimuat turun.
Dokumen berformat A4. Bagi dokumen berkepala, logo & nama sekolah boleh ditukar di Lagi ▾ → Kepala dokumen; PDF akaun Percuma bernota kaki SistemGuru.My.
Hantar ke Drive (Pro dan Ultra, perlu sambung Google): fail dihantar ke folder SistemGuru.My/Tools/Saringan Bacaan & Kelancaran — satu folder bagi setiap tool.
Tool ini memegang data sensitif, jadi dokumen yang dieksport bertanda SULIT dan dihantar ke Drive sebagai PDF sahaja.
Tip & kesilapan lazim
Tip
Sel menyimpan kod berstruktur sahaja, bukan teks bebas.
Rakaman audio disimpan di Drive anda dengan nama fail tanpa nama penuh.
Kesilapan lazim
Menyangka tool menggantikan saringan rasmi.
Merakam tanpa kebenaran set.
Data & PDPA
Rekod disimpan dalam akaun anda dan hanya anda boleh melihatnya.
Tool ini berkaitan data murid yang sensitif (PDPA). Guna kod atau inisial jika boleh, jangan kongsi dokumen SULIT melalui kumpulan terbuka, dan padam rekod yang tidak lagi diperlukan.
Data literasi sensitif. Audio hanya di Drive anda. Anda boleh memadam murid dan kunci rakamannya. Tiada teks bebas pada sel.
Soalan lazim
Perlu log masuk?
Ya.
Boleh merakam bacaan murid?
Boleh dengan Pro dan izin set; rakaman disimpan di Drive anda.
Tool berkaitan
Saringan & Pemulihan Jawi — Instrumen berperingkat daripada kamus DBP/DSKP, profil penguasaan & kumpulan pemulihan
Penjana Buku Bacaan Terkawal — Cerita ikut pola yang sudah diajar — penapis tanda kata di luar pola, buku kecil A5 atau buku besar A3, terus ke Saringan Bacaan