Kandungan rasmi. Teks ayat diambil daripada pangkalan data Tanzil secara verbatim dengan atribusi. Tiada AI digunakan. Lajur juz disembunyikan kerana data berlesen tidak dibekalkan.
Apa tool ini & bila guna
Iqra hingga khatam, hafazan surah DSKP, tasmik & murajaah.
Merekod tasmik harian murid.
Menyediakan kad rekod dan teks ayat hafazan.
Siapa boleh guna
Perlu log masuk. Pengguna Percuma, Pro dan Ultra boleh guna; Tetamu akan diminta log masuk.
Hantar ke Drive: Pro dan Ultra sahaja.
Mod tahfiz dan helaian murajaah: Pro dan Ultra.
Langkah demi langkah
Cipta set bagi satu kelas dan satu mod: bacaan (Iqra 1 hingga 6, al-Quran, khatam), hafazan (surah sasaran daripada SP) atau tahfiz (Pro: sabaq dan murajaah).
Rekod tasmik: pilih murid, tetapkan gred dan julat bacaan terakhir.
Rubrik talaqqi dan sasaran tahfiz diisi oleh anda.
Lihat kedudukan dan kemajuan murid.
Muat turun PDF (SULIT), kad dua A5 setiap A4 atau teks ayat hafazan.
Muat turun PDF & Hantar ke Drive
Selepas hasil siap, bar Simpan & muat turun muncul di atas hasil. Butang utamanya ialah Muat turun PDF:
Di pelayar biasa (komputer dan telefon Android), dialog cetak dibuka — pilih Simpan sebagai PDF. Di iPhone, iPad atau pelayar dalam-aplikasi, fail .pdf terus dimuat turun.
Dokumen berformat A4. Bagi dokumen berkepala, logo & nama sekolah boleh ditukar di Lagi ▾ → Kepala dokumen; PDF akaun Percuma bernota kaki SistemGuru.My.
Hantar ke Drive (Pro dan Ultra, perlu sambung Google): fail dihantar ke folder SistemGuru.My/Tools/Buku Rekod al-Quran — satu folder bagi setiap tool.
Tool ini memegang data sensitif, jadi dokumen yang dieksport bertanda SULIT dan dihantar ke Drive sebagai PDF sahaja.
Tip & kesilapan lazim
Tip
Julat bacaan direkod dalam format berstruktur, bukan teks bebas.
Halaman Mushaf ialah medan pilihan yang anda taip.
Kesilapan lazim
Mengharap AI menyemak bacaan - tiada AI.
Mengharap lajur juz - disembunyikan.
Data & PDPA
Rekod disimpan dalam akaun anda dan hanya anda boleh melihatnya.
Tool ini berkaitan data murid yang sensitif (PDPA). Guna kod atau inisial jika boleh, jangan kongsi dokumen SULIT melalui kumpulan terbuka, dan padam rekod yang tidak lagi diperlukan.
Data agama sensitif; pemilik sahaja. Keadaan UI hanya menyimpan id. Tiada teks bebas pada sel.
Soalan lazim
Dari mana teks ayat?
Daripada Tanzil, verbatim.
Perlu log masuk?
Ya.
Tool berkaitan
Papan & Lembaran Ayat — Ayat rasmi Tanzil di projektor — tajwid berwarna, sembunyi berperingkat, lembaran tasmik
Semak Ketepatan Ayat al-Quran — Tampal ayat — dipadan dengan 6,236 ayat Tanzil, beza aksara demi aksara & rasm diasingkan
Laporan j-QAF, PAFA & Tahfiz — Ringkasan auto daripada Buku Rekod al-Quran, Amali Ibadah & Saringan Jawi — gabung rakan guru