SistemGuru.My — Panduan Guru

Panduan Kit Bilik Darjah

Lima alat bilik darjah dalam satu halaman: pemasa, pemilih rawak, pembahagi kumpulan, papan mata dan kuiz kilat.

Buka Kit Bilik Darjah

Apa tool ini & bila guna

Pemasa, pemilih rawak, kumpulan, papan mata & kuiz kilat.

Siapa boleh guna

Langkah demi langkah

  1. Buka tool, pilih tab yang anda perlukan: Pemasa, Pemilih, Kumpulan, Mata atau Kuiz.
  2. Pilih kelas daripada Jadual Waktu (log masuk) atau tampal senarai nama (Tetamu).
  3. Pemasa: tetapkan masa dan buka skrin penuh; bunyi dan kelip menandakan masa tamat.
  4. Pemilih: nama dipilih rawak tanpa ulangan dalam satu pusingan; murid TH boleh dilangkau dan mod adil memberi peluang kepada yang jarang dipilih.
  5. Kumpulan: jana kumpulan seimbang, kunci pasangan yang mesti bersama atau berasingan, kemudian agih peranan.
  6. Mata dan Kuiz: catat mata kumpulan atau pasukan; kuiz mengambil item yang telah disahkan dalam Bank Soalan ikut SP RPH (log masuk sahaja).
  7. Guna bar Simpan & muat turun untuk PDF kumpulan, mata atau kuiz.

Muat turun PDF & Hantar ke Drive

Selepas hasil siap, bar Simpan & muat turun muncul di atas hasil. Butang utamanya ialah Muat turun PDF:

PDF dan Excel mengikut mod paparan semasa (nama penuh, inisial atau nombor). Salinan yang dihantar ke Drive tidak pernah membawa nama penuh; mod nama dicetak sebagai inisial.

Tip & kesilapan lazim

Tip

Kesilapan lazim

Data & PDPA

Soalan lazim

Perlukah log masuk?

Tidak. Tetamu boleh menampal senarai nama. Log masuk memberi senarai kelas daripada Jadual Waktu dan Kuiz Kilat.

Adakah nama murid dihantar ke pelayan?

Nama yang anda tampal tidak dihantar ke pelayan.

Tool berkaitan