Jam kursus dan PLC setahun dikira sendiri daripada Minit Curai dan Pencatat Minit — meter sasaran, rekod luar, senarai belum dilapor dan PDF. Langkah demi langkah dengan gambar app sebenar.
Program & dokumen
Log masuk
~3 minit
Data guru sendiri sahaja
Tools Guru · Program & PentadbiranLog LDP & PLCJam kursus & PLC setahunLog masuk percuma
Contoh dalam panduan ini. Gambar dirakam daripada app sebenar dengan data rekaan. Guru rekaan Cikgu Nurul Aina (SMK Bandar Contoh, Selangor) pada Isnin 5 Oktober 2026: empat laporan kursus dalam Minit Curai, tiga minit Sesi PLC Panitia Sains dan satu minit LADAP dalam Pencatat Minit, satu rekod luar (Pertolongan Cemas), sasaran 42 jam. Nama anjuran, sekolah dan sijil adalah rekaan.
Apa yang berbeza ikut pelan
Semua kiraan dan muat turun tersedia pada pelan Percuma. Pro menambah Google Drive (log dan sijil); Ultra menyalin log ke Drive secara automatik.
Ciri Log LDP
Tetamu
Percuma
Pro
Ultra
Jam daripada Minit Curai & Pencatat Minit, rekod luar, sasaran, tanda Dilapor, tapisan
Log masuk
Ya
Ya
Ya
Muat turun PDF · Word · Excel · Cetak
—
Ya (nota kaki)
Ya
Ya
Muat naik sijil ke Drive
—
Pro
Ya
Ya
Hantar ke Drive
—
Pro
Ya
Ya
Salinan Drive automatik selepas setiap perubahan
—
—
—
Ya
TetamuPerlu log masuk
Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.
Langkah 1 Log LDP memerlukan akaun
Log LDP & PLC mengira jam daripada dokumen yang disimpan dalam akaun anda, jadi ia tidak dibuka untuk Tetamu. Jika anda membuka pautan sistemguru.my/#tools-log-ldp tanpa log masuk, tetingkap Daftar Akaun / Log Masuk dipaparkan dengan tujuannya. Daftar percuma sudah memadai — selepas log masuk anda dibawa terus ke Log LDP.
1Tujuan log masuk — Log LDP & PLC.
PercumaKira, semak dan cetak log LDP
Semua langkah dalam bahagian ini sama bagi Pro dan Ultra.
Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.
Langkah 1 Buka Log LDP & PLC
Di menu kiri tekan Tools, buka lipatan Program & Pentadbiran dan ketik kad Log LDP & PLC (pautan terus: sistemguru.my/#tools-log-ldp). Log tahun semasa dimuat sendiri — anda tidak perlu menaip apa-apa untuk kursus yang sudah dilaporkan.
Bahagian atas halaman memberi gambaran keseluruhan: pilihan Tahun, butang + Tambah rekod luar, meter jam berbanding sasaran, lipatan Sasaran tahunan, bar Muat turun PDF dan tapisan rekod.
1Tahun — satu log bagi setiap tahun (tahun semasa dan dua tahun lepas).
2+ Tambah rekod luar — kursus yang tiada laporan dalam Minit Curai.
3Meter: jam dikira / sasaran, anggaran hari (6 jam = 1 hari) dan ringkasan.
4Sasaran tahunan (lalai 42 jam).
5Bar Muat turun PDF · Hantar ke Drive ( Pro) · Word · Excel · Cetak · Terus · Lagi.
6Tapisan Semua / Belum dilapor / Perlu semakan.
Langkah 2 Fahami jadual rekod
Setiap baris ialah satu kursus atau sesi. Rekod datang daripada tiga sumber: Minit Curai (laporan kursus yang anda simpan), Pencatat Minit (minit Sesi PLC dan minit berkategori Pembangunan profesional, cth LADAP) dan Rekod luar yang anda tambah sendiri. Minit mesyuarat biasa (cth Mesyuarat Panitia) tidak dikira.
Jam dibaca daripada medan Jumlah jam dokumen asal (6 jam, 1 jam 30 minit, 90 minit). Jika kosong, jam dikira ikut masa mula–tamat minit. 2 hari ditukar kepada 12 jam dan ditanda anggaran. Teks masa bebas seperti "3.00 – 5.00 petang" dalam Minit Curai tidak diteka — baris itu bertanda Jam belum diisi dan tidak dikira.
1Jam — "ikut masa" bila dikira daripada masa mula–tamat minit.
3Kotak Dilapor — tanda selepas rekod diserahkan kepada SU LDP sekolah.
4⋯ — menu tindakan baris.
5Jam dianggar (hari × 6) — perlu disemak dengan sijil.
6Jam belum diisi — tidak dikira sehingga jam diisi.
Langkah 3 Tetapkan sasaran tahunan
Buka Sasaran tahunan dan taip jumlah jam LDP sekolah anda (1–500). Lalainya 42 jam (7 hari × 6 jam) — semak pekeliling semasa kerana sasaran boleh berbeza. Meter dan baki dikemas kini semasa anda menaip; sasaran disimpan bersama log tahun itu.
1Ringkasan: baki jam, rekod dikira, belum dilapor, perlu semakan.
2Sasaran jam LDP setahun.
Langkah 4 Semak rekod "Perlu semakan"
Tekan tapisan Perlu semakan. Senarai ini mengumpul rekod yang jamnya belum diisi, jam dianggar, tarikh kosong (tidak dikira) atau Mungkin berganda. Betulkan di dokumen asal supaya log tepat sebelum anda menyerahkannya kepada SU LDP sekolah.
1Perlu semakan (2).
2Jam dianggar — sahkan dengan sijil.
3Jam belum diisi — isi di Minit Curai.
Langkah 5 Betulkan jam di Minit Curai
Tekan ⋯ pada baris itu dan pilih Buka Minit Curai (bagi minit PLC: Buka Pencatat Minit). Laporan kursus asal dibuka dalam toolnya. Jika di sana ada draf baharu yang belum disimpan, app bertanya dahulu sebelum menggantinya.
Isi Jumlah jam (LDP) — di contoh ini 2 — kemudian tekan Simpan di bahagian atas borang Minit Curai.
1⋯ Tindakan.
2Buka Minit Curai — buka dokumen asal.
3Abaikan daripada log — keluarkan baris tanpa memadam dokumen.
1Tajuk kursus (nama dalam Log LDP).
2Masa — teks bebas, tidak dibaca sebagai jam.
3Jumlah jam (LDP) — inilah yang dikira.
Langkah 6 Kembali ke Log LDP
Buka semula Log LDP & PLC. Rekod sumber dimuat semula sendiri di latar: baris Webinar kini 2 jam, cip Jam belum diisi hilang dan meter naik daripada 35 kepada 37 jam.
1Jumlah jam dikira.
2Ringkasan dikemas kini.
1Jam dibaca daripada Minit Curai.
Langkah 7 Tambah rekod luar
Untuk kursus yang tidak anda laporkan melalui Minit Curai (cth seminar luar), tekan + Tambah rekod luar. Isi Tarikh, Jam dan Nama program / kursus (wajib), pilih Jenis, kemudian tekan Simpan rekod.
Tarikh menentukan log tahun mana rekod itu masuk (tahun semasa atau dua tahun lepas). Kursus berbilang hari: isi tarikh mula dan Tarikh tamat; jam dimasukkan sekali sahaja untuk keseluruhan kursus.
1Tarikh *.
2Jam * — jam yang diiktiraf.
3Nama program / kursus *.
4Jenis.
5Butiran tambahan (pilihan).
6Simpan rekod.
1Tarikh tamat — kursus lebih sehari.
2Anjuran.
3Pautan sijil — tampal pautan sijil anda (cth pautan Google Drive).
4Muat naik sijil ke Drive — Pro.
Langkah 8 Semak rekod baharu & meter
Rekod luar dipapar dengan sumber Rekod luar dan disimpan dalam log tahun itu (simpanan automatik — status Disimpan di sebelah pilihan tahun). Bila jumlah melepasi sasaran, meter menulis Sasaran 2026 dicapai.
1Sumber Rekod luar.
1Sasaran dicapai.
Langkah 9 Rekod berganda & Abaikan daripada log
Jika satu kursus direkod dua kali — contohnya Webinar DELIMa ada dalam Minit Curai dan anda menambahnya lagi sebagai rekod luar — kedua-dua baris bertanda Mungkin berganda (tarikh sama, nama serupa). App tidak memadam apa-apa; anda yang memilih.
Pada baris yang tidak mahu dikira, tekan ⋯ › Abaikan daripada log. Baris itu dicoret, tidak dikira dan tidak dicetak; Kira semula dalam menu yang sama mengembalikannya. Rekod luar juga boleh Sunting atau Padam.
1Baris Minit Curai — Mungkin berganda.
2Baris Rekod luar — Mungkin berganda.
1Sunting.
2Abaikan daripada log.
3Padam (minta pengesahan).
1Diabaikan — tidak dikira.
2Baris yang dikekalkan.
Langkah 10 Tanda Dilapor
SPLKPM dimansuhkan mulai 2026 (KPM) — log ini kekal sebagai rekod peribadi anda. Selepas rekod diserahkan kepada SU LDP sekolah, tanda kotak Dilapor pada barisnya. Tapisan Belum dilapor menyenaraikan baki yang belum diserahkan — guna senarai ini semasa menyerahkan rekod kepada SU LDP.
1Belum dilapor.
Langkah 11 Pratonton & muat turun PDF
Buka Pratonton dokumen untuk melihat log A4: maklumat guru, sasaran dan jumlah, meter peratus, jadual rekod, jumlah ikut jenis, senarai Belum dilapor kepada SU LDP sekolah, senarai Perlu semakan dan ruang tandatangan Disemak oleh: Setiausaha LADAP / Pentadbir.
Tekan Muat turun PDF dan pilih Simpan sebagai PDF dalam dialog cetak (iPhone/iPad: fail .pdf terus dimuat turun). Di sebelahnya ada butang Word, Excel (dua helaian: Log dan Ringkasan), Cetak dan Terus (fail PDF tanpa dialog cetak); Lagi memberi Kepala dokumen (logo & nama sekolah).
1Muat turun PDF.
2Hantar ke Drive — Pro.
3Word · Excel · Cetak · Terus.
4Lagi — Kepala dokumen.
5Pratonton dokumen.
1Word (.doc).
2Excel (.xlsx).
3Cetak · Terus (PDF tanpa dialog cetak).
4Lagi › Kepala dokumen.
Rupa PDF sebenar (A4). Pelan Percuma membawa nota kaki “Dijana dengan SistemGuru.My”.
Muka kedua: ringkasan jenis, senarai belum dilapor dan tandatangan.
Langkah 12 Log tahun lain
Pilih tahun lain dalam Tahun. Jika tahun itu tiada rekod, app memaparkan pautan terus ke Minit Curai dan Pencatat Minit. Tahun ditentukan oleh tarikh dalam dokumen — rekod tanpa tarikh muncul dalam Perlu semakan setiap tahun sehingga tarikhnya diisi.
1Tahun 2025.
2Pautan ke tool sumber.
ProSijil & log ke Google Drive
Ultra mendapat semua ciri Pro.
Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.
Langkah 1 Muat naik sijil ke Google Drive
Pada Pro dan Ultra, butang Muat naik sijil ke Drive dalam Butiran tambahan rekod luar tidak berkunci. Isi tarikh dan nama program dahulu (untuk nama fail), tekan butang itu dan pilih imej (PNG, JPG, WEBP, HEIC) atau PDF sehingga 10MB.
Fail disimpan dalam <folder Drive anda>/Tools/Log LDP & PLC/Sijil dan Pautan sijil diisi sendiri. Tekan Simpan rekod. Jika Google Drive belum disambung, app membawa anda ke langkah sambungan dan memulihkan borang selepas itu.
1Muat naik sijil ke Drive.
1Pautan sijil diisi sendiri.
2Sijil dimuat naik ✓ — klik untuk melihat.
1Buka sijil — membuka fail di Drive.
Langkah 2 Hantar log ke Google Drive
Hantar ke Drive pada bar eksport menyimpan Log LDP tahun itu sebagai Google Docs dalam Tools/Log LDP & PLC. Menghantar semula mengemas kini fail yang sama — tiada pendua. PDF, Word dan cetakan Pro/Ultra tanpa nota kaki SistemGuru.My.
1Buka Fail di Google Drive.
Bandingkan kaki halaman dengan PDF Percuma di atas.
UltraSalinan Drive automatik
Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.
Langkah 1 Salinan Drive automatik
Pada Ultra (dengan Google Drive disambung), setiap kali log disimpan — menanda Dilapor, menukar sasaran, menambah atau mengabaikan rekod — status bertukar Disimpan dan salinan Google Docs dalam Tools/Log LDP & PLC dikemas kini sendiri beberapa saat kemudian. Anda tidak perlu menekan Hantar ke Drive lagi; semua ciri Pro lain tersedia.
1Disimpan — salinan Drive dikemas kini automatik.
Maklumat penting
Sasaran 42 jam ialah lalai (7 hari × 6 jam) — sahkan dengan pekeliling semasa. Anggaran hari dalam meter memakai 6 jam sehari.
Kursus berbilang hari dikira sekali — jam yang diisi ialah jumlah keseluruhan kursus.
PDPA: hanya medan kiraan dibaca daripada minit dan laporan kursus anda; nama peserta, agenda dan isi tidak dipaparkan. Log disimpan dalam akaun anda (satu dokumen setiap tahun).
SPLKPM dimansuhkan (2026) — kotak Dilapor dan tapisan Belum dilapor membantu anda menjejak rekod yang sudah diserahkan kepada SU LDP sekolah.
Betul vs Salah
Berdasarkan cara sebenar app berfungsi.
Betul
Isi Jumlah jam (LDP) dalam Minit Curai, cth 6 atau 1 jam 30 minit.
Salah
Menulis jam hanya dalam medan Masa, cth "8.30 pagi – 4.30 petang".
Sebab: Log LDP tidak meneka jam daripada teks masa bebas — baris itu kekal "Jam belum diisi" dan tidak dikira.
Betul
Simpan laporan kursus dalam Minit Curai, kemudian biarkan Log LDP mengiranya.
Salah
Menaip semula kursus yang sudah ada dalam Minit Curai sebagai rekod luar.
Sebab: Rekod sama tarikh dan nama ditanda "Mungkin berganda"; jika tidak diabaikan, jamnya dikira dua kali.
Betul
Tanda Dilapor hanya selepas rekod itu benar-benar diserahkan kepada SU LDP sekolah.
Salah
Menyangka Log LDP menghantar data ke sistem KPM.
Sebab: Log ini tidak bersambung dengan mana-mana sistem KPM (SPLKPM dimansuhkan 2026); kotak itu hanya penanda peribadi anda.
Betul
Sahkan sasaran jam dengan pekeliling semasa sekolah anda.
Salah
Menganggap 42 jam ialah sasaran rasmi untuk semua guru.
Sebab: 42 jam (7 hari × 6 jam) hanyalah lalai; sasaran boleh ditukar antara 1 dan 500 jam.
Tugas MySG yang dibantu
Log LDP & PLC membantu 99 tugas rasmi dalam Buku Panduan Pengurusan Sekolah (MySG), terutamanya bagi jawatan AJK Sumber Manusia, Pembantu Tadbir (Kewangan), PK Pendidikan Khas, PK Pentadbiran, Guru Bimbingan & Kaunseling. Contoh tugas:
Menjadi Penilai Pertama dalam penilaian prestasi guru dan AKP sebagaimana yang ditetapkan oleh PGB.
Mengurus dan menyelaraskan pengurusan dan pembangunan sumber manusia merangkumi agihan tugas guru dan kakitangan bukan guru serta kursus dan latihan yang diperlukan…
Merancang dan melaksanakan latihan/kursus kemahiran berkaitan bidang hal ehwal murid untuk guru dan murid.
Merancang dan melaksanakan latihan/kursus kemahiran berkaitan bidang kokurikulum untuk guru dan murid.
Membantu merancang dan melaksanakan latihan/kursus kemahiran untuk guru dan murid sesi petang.
Di Portal Pentadbiran › Tugas Saya, tekan butang Tools pada tugas berkaitan — tool ini dipaparkan bersama alat khusus tugas itu. Lihat juga Alat Tugas.
Soalan lazim
Tugas MySG apakah yang dibantu oleh Log LDP & PLC?
Antaranya: Menjadi Penilai Pertama dalam penilaian prestasi guru dan AKP sebagaimana yang ditetapkan oleh PGB.; Mengurus dan menyelaraskan pengurusan dan pembangunan sumber manusia merangkumi agihan tugas guru dan kakitangan bukan g. Jawatan lazim: AJK Sumber Manusia, Pembantu Tadbir (Kewangan), PK Pendidikan Khas, PK Pentadbiran.
Mengapa minit mesyuarat panitia saya tidak muncul?
Hanya minit Sesi PLC dan minit berkategori Pembangunan profesional (cth LADAP) dalam Pencatat Minit dikira sebagai LDP. Mesyuarat biasa bukan latihan.
Bagaimanakah kursus dua hari dikira?
Jika Jumlah jam ditulis "2 hari", app mengira 12 jam (hari × 6) dan menanda anggaran. Lebih tepat: tulis jumlah jam sebenar dalam sijil, cth 14.
Adakah nama peserta mesyuarat dibaca?
Tidak. Log LDP hanya membaca medan kiraan (tarikh, masa, jam, jenis, anjuran). Agenda dan kehadiran tidak dipaparkan.
Bolehkah saya melihat log tahun lepas?
Ya — pilih tahun dalam senarai Tahun (tahun semasa dan dua tahun lepas). Setiap tahun mempunyai sasaran dan tanda Dilapor sendiri.
Tool berkaitan
Minit Curai — laporan kursus — sumber utama jam LDP.