Satu rekod program → kertas kerja, lantikan AJK, tentatif, OPR & laporan penuh.
Merancang program sekolah dari kertas kerja hingga laporan.
Mahu surat lantikan AJK pukal dan laporan anggaran berbanding sebenar.
Siapa boleh guna
Semua boleh - Tetamu (tanpa log masuk), Percuma, Pro dan Ultra.
Log masuk diperlukan untuk menyimpan dalam akaun dan untuk Hantar ke Drive (Pro dan Ultra sahaja).
Tetamu: lima dokumen secara tempatan dengan draf dalam pelayar. Percuma tambah simpanan akaun dan Tambah ke Takwim. Pro tambah Drive dan AI salin-tampal. Ultra: AI terus.
AI adalah pilihan untuk rasional dan objektif SMART; tiada nama AJK, gambar atau fakta dihantar. Hasil ialah draf sehingga anda tanda sudah disemak. Pro: salin-tampal; Ultra: terus.
Langkah demi langkah
Cipta rekod program dan isi borang berlipat (butiran, AJK, tentatif, belanjawan).
Jana Kertas Kerja (A4, bahagian 1.0 hingga 10.0 dan Lampiran A).
Jana Surat Lantikan AJK (satu surat bagi setiap AJK bernama) dan Tentatif.
Selepas program, isi data sebenar dan foto untuk OPR serta Laporan Penuh.
Muat turun PDF atau Word, dan Tambah ke Takwim (Percuma ke atas).
Muat turun PDF & Hantar ke Drive
Selepas hasil siap, bar Simpan & muat turun muncul di atas hasil. Butang utamanya ialah Muat turun PDF:
Di pelayar biasa (komputer dan telefon Android), dialog cetak dibuka — pilih Simpan sebagai PDF. Di iPhone, iPad atau pelayar dalam-aplikasi, fail .pdf terus dimuat turun.
Dokumen berformat A4. Bagi dokumen berkepala, logo & nama sekolah boleh ditukar di Lagi ▾ → Kepala dokumen; PDF akaun Percuma bernota kaki SistemGuru.My.
Hantar ke Drive (Pro dan Ultra, perlu sambung Google): fail dihantar ke folder SistemGuru.My/Tools/Perancang Program — satu folder bagi setiap tool.
OPR dan Laporan Penuh dihantar ke Drive sebagai PDF kerana mengandungi foto; kertas kerja, surat dan tentatif sebagai dokumen.
Tip & kesilapan lazim
Tip
Wang disimpan dalam sen supaya jumlah tepat.
Slot perhimpunan hanya mencetak fakta jika ada sumber dan anda tanda Saya telah menyemak.
Kesilapan lazim
Mengharap sistem menjana fakta perhimpunan - ia tidak menjana fakta.
Meletak foto murid tanpa perakuan kebenaran - foto hanya dicetak bila perakuan ditanda.
Data & PDPA
Tanpa log masuk, apa yang anda taip disimpan dalam pelayar peranti ini sahaja dan tidak dihantar ke pelayan. Menukar peranti atau mengosongkan data pelayar akan menghilangkannya, jadi muat turun PDF untuk simpanan kekal.
Elakkan menaip No. kad pengenalan, alamat atau nombor telefon murid ke dalam tool ini.
Foto murid tidak pernah dihantar ke pelayan melalui simpanan dokumen. Ia disimpan dalam pangkalan data pelayar (IndexedDB) dan dipadam apabila anda log keluar dengan jelas. Foto hanya dicetak dalam OPR dan laporan. Tiada No. KP.
Soalan lazim
Adakah foto dihantar ke pelayan?
Tidak melalui simpanan dokumen; ia kekal dalam pelayar dan hanya masuk PDF yang anda hantar ke Drive sendiri.
Boleh guna tanpa log masuk?
Boleh, lima dokumen dibina secara tempatan.
Tool berkaitan
Penjana Sijil Pukal — Sijil ratusan murid sekali jalan — nombor siri, daftar, QR pengesahan
Log LDP & PLC — Jam kursus & PLC setahun, sasaran dan senarai SPLKPM
Portfolio Guru & Fail Panitia — Bukti ditarik auto daripada RPH, Evidens, PBD, OPR, Log LDP & Jurnal — PDF berindeks atau folder Drive