Kandungan rasmi. Templat kriteria ialah contoh. Sahkan dengan borang rasmi penganjur; templat tilawah dan azan sengaja dikosongkan.
Apa tool ini & bila guna
Hakim QR + PIN tanpa akaun, purata, pemecah seri, skrin umuman & sijil.
Pertandingan bercerita, pidato, kebersihan kelas atau apa-apa acara berhakim.
Apabila beberapa hakim menilai serentak dari telefon masing-masing.
Siapa boleh guna
Perlu log masuk. Pengguna Percuma, Pro dan Ultra boleh guna; Tetamu akan diminta log masuk.
Hantar ke Drive: Pro dan Ultra sahaja.
Berbilang hakim memerlukan Pro; satu hakim boleh dengan akaun Percuma.
Langkah demi langkah
Buka senarai acara dan cipta acara; tab Sediakan: pilih templat contoh, kriteria dan wajaran, peserta dan kaedah (purata atau buang tinggi dan rendah).
Tab Hakim: jana kod dan PIN. PIN dipapar sekali sahaja dan hanya dalam ingatan, jadi catat atau cetak Kad Hakim dengan QR.
Buka penilaian untuk tempoh tertentu dan tinjau progres setiap 15 saat.
Tutup penilaian, kemudian lihat tab Keputusan; jika seri penuh, tetapkan susunan.
Salin teks keputusan, hantar ke Sijil Pukal atau OPR, dan muat turun PDF.
Muat turun PDF & Hantar ke Drive
Selepas hasil siap, bar Simpan & muat turun muncul di atas hasil. Butang utamanya ialah Muat turun PDF:
Di pelayar biasa (komputer dan telefon Android), dialog cetak dibuka — pilih Simpan sebagai PDF. Di iPhone, iPad atau pelayar dalam-aplikasi, fail .pdf terus dimuat turun.
Dokumen berformat A4. Bagi dokumen berkepala, logo & nama sekolah boleh ditukar di Lagi ▾ → Kepala dokumen; PDF akaun Percuma bernota kaki SistemGuru.My.
Hantar ke Drive (Pro dan Ultra, perlu sambung Google): fail dihantar ke folder SistemGuru.My/Tools/Pengurus Pertandingan & Hakim — satu folder bagi setiap tool.
Kad Hakim (QR dan PIN) boleh dicetak tetapi tidak dihantar ke Drive kerana ada PIN. Keputusan, borang dan log audit boleh ke Drive sebagai PDF.
Tip & kesilapan lazim
Tip
Cetak Kad Hakim sebelum penilaian kerana PIN hanya dipapar sekali.
Guna Tetapkan susunan jika berlaku seri penuh.
Kesilapan lazim
Menutup tab sebelum mencatat PIN - PIN tidak disimpan di pelayar atau Drive.
Mengumum nama pemenang tanpa persetujuan - umuman nama memerlukan kotak persetujuan.
Data & PDPA
Rekod disimpan dalam akaun anda dan hanya anda boleh melihatnya.
Elakkan menaip No. kad pengenalan, alamat atau nombor telefon murid ke dalam tool ini.
Hakim hanya melihat label, bukan nama. Kelas dan ahli kumpulan tidak pernah dihantar kepada hakim. Padam acara memadam semua data acara itu.
Soalan lazim
Berapa hakim boleh dijemput?
Seorang hakim dengan Percuma; lebih daripada seorang memerlukan Pro.
Siapa mengira keputusan?
Pelayan, supaya tiada percanggahan antara telefon.
Tool berkaitan
Penjana Sijil Pukal — Sijil ratusan murid sekali jalan — nombor siri, daftar, QR pengesahan
Pengurus Kejohanan Sukan — Kategori ikut umur, saringan & lorong, keputusan dari telefon, papan mata rumah & bib QR