Guru baharu menjawab tiga soalan ringkas (nama, sekolah, subjek), laman disediakan, tutorial asas empat langkah, kemudian tiga misi: Jadual Waktu, RPT dan RPH minggu ini. Gambar daripada app sebenar, telefon dan laptop.
Mula
Terbuka sendiri selepas daftar
~1 minit + 3 misi
Semua pelan
Modul Portal Guru · UtamaMisi GuruLog masuk percuma
Tiada apa-apa perlu disediakan untuk onboarding. Untuk Misi 1, sediakan jadual waktu sekolah jika ada.
Wajib
Akaun SistemGuru.MyOnboarding dibuka sendiri di Halaman Utama selepas log masuk pertama (borang, Google atau DELIMa). Peranan Guru / Murid sudah dipilih semasa mendaftar, jadi ia tidak ditanya lagi.
Pilihan
Gambar jadual waktu andaFoto atau tangkap layar jadual sekolah untuk Ambil gambar jadual (Misi 1). Tiada gambar? Gunakan Bina dengan ketik atau Tampal teks.
Pilihan
Nama atau kod sekolah KPMCarian menerima sebahagian nama (cth “Taman Ria”) atau kod sekolah (cth JBA0017).
Contoh dalam panduan ini. Gambar dirakam daripada app sebenar dengan guru rekaan Cikgu Nurul Aina pada akaun ujian yang baru didaftarkan. Nama sekolah dalam gambar ialah hasil carian contoh daripada senarai awam KPM. Gambar jadual waktu, hasil bacaannya dan kad Daripada jadual sekolah menggunakan data rekaan — tiada nama guru atau murid sebenar.
Aliran dalam satu pandangan
Onboarding 1 minit — tiga skrin: Nama, Sekolah & kelas, Subjek. Setiap skrin disimpan serta-merta.
Misi 1: Jadual Waktu — ambil gambar, bina dengan ketik, tampal teks, atau satu ketik daripada jadual sekolah. Semak dalam rupa jadual, kemudian simpan.
Misi 2: Jana RPT — satu RPT bagi setiap subjek × tahun/tingkatan dalam jadual anda.
Selepas onboarding, jalur di Halaman Utama sentiasa menunjukkan misi seterusnya: Persediaan · Misi n daripada 3. Satu misi pada satu masa, dan anda bebas membuka halaman lain bila-bila masa — tiada bahagian laman yang dikunci.
Apa yang berbeza ikut pelan
Bahagian
Percuma
Pro
Ultra
Onboarding 3 skrin, tutorial asas, Akaun › Bantuan
Ya
Ya
Ya
Misi 1: Ambil gambar jadual (AI), Bina dengan ketik, Tampal teks, Daripada jadual sekolah
Ya
Ya
Ya
Misi 2: Jana RPT Auto
Ya
Ya
Ya
Misi 3: Sync RPT → RPH (isi semua kelas minggu ini sekali gus)
— (borang RPH kelas seterusnya dibuka terus)
Ya
Ya
Bahagian 1: Onboarding 1 minit (tiga skrin)
Skrin yang datanya sudah lengkap dilangkau. Bar di atas menunjukkan Nama · Sekolah · Subjek; langkah sebelum boleh ditekan untuk kembali.
Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.
Langkah 1 Nama anda pada RPH
Taip nama penuh seperti dalam IC — nama ini dicetak pada RPH, RPT dan dokumen yang dilihat pentadbir. Jika anda mendaftar dengan Google atau DELIMa, nama akaun itu sudah diisi; betulkan jika perlu. Pilih nama panggilan (pilihan) seperti Cikgu Aina — ia hanya untuk sapaan dalam laman. Tekan Seterusnya.
1Tiga skrin: Nama · Sekolah · Subjek.
2Nama penuh seperti dalam IC.
3Nama panggilan (pilihan).
4Seterusnya.
5X — Isi kemudian.
Nama yang nampak tidak lengkap untuk dokumen rasmi (satu perkataan, huruf kecil semua, ada nombor atau terlalu pendek) memaparkan amaran kuning bersama contoh nama penuh.
1Amaran nama tidak lengkap, bersama contoh nama penuh.
Langkah 2 Sekolah: Negeri → cari → ketik
Pilih Negeri sekolah, kemudian taip sebahagian nama atau kod sekolah dalam Cari sekolah. Senarai rasmi KPM dipaparkan terus dalam skrin yang sama — ketik baris sekolah anda. Sekolah disimpan serta-merta.
Sekolah Agama Rakyat negeri, KAFA, MRSM, sekolah swasta atau sekolah baharu yang tiada dalam senarai KPM: tekan Institusi saya tiada dalam senarai KPM, kemudian isi negeri dan nama penuh institusi.
1Negeri sekolah.
2Cari sekolah — nama atau kod.
3Hasil senarai KPM — ketik baris sekolah anda.
4Institusi saya tiada dalam senarai KPM.
Langkah 3 Pernah menaip nama sekolah sendiri? Pilih cadangan padanan
Guru yang dahulu menaip nama sekolah secara bebas (cth SK Tmn Ria) melihat Sekolah yang anda taip dahulu: … Adakah salah satu ini? bersama padanan daripada senarai KPM. Ketik padanan yang betul — satu ketik sahaja. Jika tiada yang betul, cari seperti biasa di atasnya.
1Negeri & Cari sekolah (jika cadangan tidak tepat).
2Sekolah yang anda taip dahulu — ketik padanan yang betul.
3Institusi saya tiada dalam senarai KPM.
Langkah 4 Peringkat yang anda ajar
Selepas sekolah dipilih, app memaparkan hari persekolahan negeri itu (Kedah, Kelantan dan Terengganu: Ahad–Khamis, Kumpulan A) dan mengisi takwim rasmi negeri secara automatik. Tukar memilih sekolah lain.
Pilih peringkat yang anda ajar — cadangan diberi ikut jenis sekolah, tetapi anda yang memilih (cth guru prasekolah di SK memilih Prasekolah). Pentadbir, kaunselor atau PSS tanpa kelas tetap boleh menanda Tiada kelas tetap: skrin Subjek dilangkau dan helaian akhir memaparkan Mula guna, bukan Misi 1.
Senarai mengikut DSKP peringkat anda: satu cip bagi setiap subjek. Carian faham singkatan lazim (BM, PI, PJ, RBT). Subjek yang ada lebih daripada satu versi bertanda n versi; sebaik dipilih, soalan versi muncul di bawah senarai — contohnya Matematik / Matematik (BM) / Mathematics (DLP), atau Pendidikan Islam (Jawi) / (Rumi). Setiap butang versi memaparkan julat tahun atau tingkatan yang diliputi DSKP versi itu (cth Matematik (BM) Tahun 1–6, Matematik Tahun 4–6), dan versi yang meliputi julat paling luas dipilih secara lalai. Pilih versi yang anda ajar supaya padanan DSKP dalam Misi 1 dan Misi 2 tepat.
Tekan Sediakan laman saya. Jadual waktu (Misi 1) tetap sumber utama subjek & kelas; pilihan di sini menyusun cadangan sementara.
1Carian subjek (faham singkatan).
2Cip subjek — 3 versi bermaksud ada beberapa versi DSKP.
3Soalan versi — setiap versi menunjukkan julat tahun DSKP-nya; lalai = julat paling luas.
4+ n lagi — subjek lain.
5Sediakan laman saya.
Butang X (Isi kemudian) menutup onboarding untuk sesi ini. Jawapan yang sudah disimpan kekal; onboarding dibuka semula di Halaman Utama pada log masuk seterusnya sehingga lengkap. Sementara itu jalur Langkah seterusnya di Halaman Utama menunjukkan perkara yang belum siap.
Bahagian 2: Laman disediakan & tutorial asas
Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.
Langkah 1 Laman anda disediakan
Skrin ringkas menunjukkan apa yang sudah sedia: nama pada RPH, sekolah rasmi KPM dan hari persekolahan, serta takwim negeri bagi tahun semasa. RPT & RPH ditanda belum — ia sedia selepas jadual waktu (Misi 1), kerana RPT dikira daripada minit sebenar seminggu.
1Apa yang sudah disediakan; RPT & RPH sedia selepas Misi 1.
Langkah 2 Tutorial asas: empat sorotan
Empat sorotan ringkas: Mula di sini (jalur Persediaan · Misi 1 daripada 3 di Halaman Utama), PdPC (RPT, RPH, Nota, Latihan), Istimewa (Tools, Nota Interaktif, Games, Inovasi) dan Akaun (ubah nama, sekolah, subjek; Portal Pentadbiran memakai akaun yang sama). Di telefon sorotan berada pada bar navigasi bawah; di laptop pada menu sisi.
Tutorial hanya menyorot — ia tidak membawa anda ke halaman lain. Langkau sentiasa ada (atau tekan Esc); membuka halaman lain juga menamatkan tutorial.
1Bahagian yang disorot — PdPC (laptop: menu sisi; telefon: bar bawah).
2Langkau.
3Seterusnya (langkah akhir: Selesai).
Langkah 3 Anda sudah sedia: Panduan, Group Telegram, Support
Helaian akhir memberi tiga pautan bantuan: Panduan bergambar (indeks semua panduan, dibuka dalam tab baharu), Group Telegram (tanya guru lain & admin, terima pengumuman) dan Support (lapor masalah, dibalas terus oleh admin). Ketiga-tiganya sentiasa ada di Akaun › Bantuan.
Tekan Mula Misi 1: Jadual Waktu. (Guru yang menanda Tiada kelas tetap atau sudah ada jadual melihat Mula guna.)
1Panduan bergambar.
2Group Telegram.
3Support.
4Mula Misi 1: Jadual Waktu.
5X — tutup.
Misi 1: Jadual Waktu
Jadual waktu ialah sumber tunggal kelas dan subjek anda — RPT, RPH, Hari ini, Kehadiran dan PBD semuanya membacanya. Satu kelas pun cukup untuk mula.
Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.
Langkah 1 Pilih cara mengisi jadual
Daripada jadual sekolah (1 KETIK) — muncul paling atas hanya apabila penyelaras jadual sekolah sudah menerbitkan jadual di Portal Pentadbiran dan ada waktu atas nama anda. Slot dimasukkan terus ke grid semak; kelas gabungan dicantum (cth 3B/3G).
Ambil gambar jadual (DISYORKAN) — tangkap atau pilih gambar jadual; AI membaca semua kelas sekali gus (10–30 saat).
Bina dengan ketik — tiada gambar? Ketik petak waktu, pilih kelas & subjek.
Tampal teks (Excel / aSc) — satu baris satu kelas: Hari, Masa Mula, Masa Tamat, Kelas, Subjek, Tingkatan.
Kemudian menutup helaian; jalur di Halaman Utama (Misi 1: Jadual Waktu) membukanya semula.
1Daripada jadual sekolah — hanya bila penyelaras sudah menerbitkan jadual.
2Ambil gambar jadual (AI).
3Bina dengan ketik.
4Tampal teks (Excel / aSc).
5Kemudian.
Langkah 2 Semak hasil dalam rupa jadual (petak kuning)
Hasil bacaan gambar dipaparkan sebagai grid jadual (hari × masa, warna ikut subjek, singkatan seperti BM, MT), bukan baris teks. AI membaca gambar dua kali; slot yang dibaca berbeza disenaraikan di atas dan ditanda kuning (Semak) pada grid. Di laptop, gambar asal anda dipaparkan di sebelah grid untuk dibandingkan (klik gambar untuk saiz penuh).
Pil di bawah grid menunjukkan padanan DSKP setiap subjek: pil hijau sudah sepadan; pil bertanda perlu dipadankan memerlukan anda memilih subjek DSKP yang betul. Hasil bacaan disimpan pada peranti selama 24 jam — jika tetingkap tertutup sebelum disimpan, ia dipulihkan apabila dibuka semula.
1Slot yang dibaca berbeza oleh dua bacaan AI.
2Gambar asal anda (laptop) — klik untuk saiz penuh.
3Bilangan petak kuning yang perlu disemak.
4Petak kuning Semak — ketik untuk membetulkan.
5Pil padanan DSKP setiap subjek.
6Sunting sebagai teks.
Langkah 3 Ketik petak untuk membetulkan: panel Ubah slot
Ketik mana-mana petak pada grid (termasuk petak kuning). Panel Ubah slot dibuka di bawah grid dengan hari, masa mula & tamat, kelas, subjek dan tahun/tingkatan slot itu. Betulkan, kemudian tekan Simpan slot — tanda kuning hilang. Buang slot memadam slot yang bukan milik anda; Batal menutup panel tanpa perubahan.
Baris luar biasa? Sunting sebagai teks membuka teks penuh dengan baris slot itu sudah dipilih.
1Amaran: dua bacaan AI berbeza bagi slot ini.
2Hari, mula & tamat, kelas, subjek, tahun/tingkatan.
3Simpan slot (Batal di sebelahnya).
4Buang slot.
Langkah 4 Tiada gambar: Bina dengan ketik
Grid kosong dibuka mengikut hari persekolahan negeri anda dan waktu loceng sekolah (tetapan Waktu & Rehat; jika belum ditetapkan: mula 07:30, 30 minit setiap waktu, 10 waktu). Ketik + pada waktu anda mengajar.
1Petak + — ketik waktu anda mengajar.
2Sunting sebagai teks.
Panel kecil dibuka: isi Kelas (cth 3 Bestari; kelas gabungan: 3B/3G) — tahun/tingkatan diisi sendiri daripada nombor di depan nama kelas. Pilih Subjek daripada cip (subjek yang anda pilih semasa onboarding) atau senarai DSKP. Tanda Dua waktu untuk kelas dua waktu berturut-turut, atau Ulang setiap hari persekolahan pada waktu ini untuk mengisi semua hari sekali gus. Tekan Tambah ke jadual.
1Hari & masa petak yang diketik.
2Kelas.
3Subjek — cip atau senarai DSKP.
4Dua waktu · Ulang setiap hari persekolahan.
5Tambah ke jadual.
Langkah 5 Nama kelas seragam & bidang Pendidikan Islam
Sebelum simpan, grid semak menyemak dua perkara:
Nama kelas yang sama di semua tempat. Ejaan berlainan bagi kelas yang sama (3 BESTARI, 3B, 3 bestari) dicadangkan menjadi satu nama — tekan Guna “3 Bestari”. Kehadiran, PBD dan Portal Murid memadan nama kelas tepat seperti dalam jadual.
Bidang Pendidikan Islam. Slot Pendidikan Islam tanpa bidang memaparkan cip Al-Quran, Jawi, Akidah, Ibadah, Hadis, Sirah, Adab supaya RPT & RPH mengikut bidang yang anda ajar pada waktu itu. Boleh dilangkau — pilih kemudian dengan mengetik slot itu.
1Guna “3 Bestari” — satu nama bagi satu kelas.
2Cip bidang Pendidikan Islam bagi setiap slot.
Hasilnya dipaparkan dalam grid yang sama: slot berulang setiap hari, warna ikut subjek, dan pil DSKP bagi setiap subjek.
1Ringkasan: kelas seminggu, subjek, kelas.
2Slot berulang setiap hari (Ulang setiap hari).
3Pil padanan DSKP.
Langkah 6 Proses & Simpan Jadual
Semua cara (gambar, ketik, teks, jadual sekolah) berakhir di butang yang sama: Proses & Simpan Jadual. Secara lalai kelas ditambah kepada jadual sedia ada (Pilihan lanjut mempunyai pilihan Ganti semua — jangan tanda kecuali anda mahu memadam jadual lama beserta kandungan RPH). Jika nama subjek sepadan dengan lebih daripada satu subjek DSKP, pilih padanan yang betul sebelum disimpan.
1Pilihan lanjut — lalai: tambah kepada jadual sedia ada.
2Proses & Simpan Jadual.
Langkah 7 Jadual anda siap — apa yang kini automatik
Sebaik jadual disimpan, helaian Jadual anda siap merumuskan bilangan kelas seminggu, kelas dan subjek, serta apa yang kini sedia: Hari ini di Halaman Utama, RPT (satu kad bagi setiap subjek × tingkatan — Misi 2), RPH minggu ini (Misi 3) dan Kehadiran & PBD bagi setiap kelas. Tekan Misi 2: Jana RPT, atau Lihat jadual untuk menutup helaian dan melihat jadual anda di Halaman Utama.
1Ringkasan jadual.
2Hari ini — sedia di Halaman Utama.
3RPT (Misi 2) & RPH minggu ini (Misi 3).
4Kehadiran & PBD — sedia.
5Misi 2: Jana RPT.
6Lihat jadual.
Misi 2: Jana RPT
Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.
Langkah 1 Senarai RPT daripada jadual anda
Helaian Misi 2: Jana RPT menyenaraikan setiap subjek × tahun/tingkatan dalam jadual anda. Agihan kandungan DSKP dikira daripada minit sebenar seminggu dan takwim negeri. Status di kanan:
JANA — belum dijana; ketik untuk jana (kira-kira 1 minit).
PADAN — nama subjek dalam jadual belum sepadan dengan mana-mana DSKP bagi tahun itu; ketik untuk memadankan subjek (tiada dalam gambar contoh di bawah kerana semua subjeknya sepadan).
SIAP — RPT sudah disimpan.
SEMAK — slot bukan subjek mengajar (cth Kokurikulum), tiada RPT.
Satu RPT pun cukup untuk mula; subjek lain boleh dijana bila-bila masa di halaman RPT.
1Baris subjek · tahun — status JANA di kanan; ketik untuk jana.
2Kemudian.
Langkah 2 Tekan Jana RPT Auto, semak, simpan
Halaman RPT dibuka dengan subjek itu sudah dipilih, dan butang Jana RPT Auto disorot bersama kotak arahan Misi 2 daripada 3. Sorotan tidak mengunci laman: tekan terus butang yang disorot (sorotan hilang sendiri) atau Faham untuk menutupnya. Semak pratonton RPT, kemudian tekan Simpan RPT. Butiran: panduan RPT.
1Jana RPT Auto — disorot, terus boleh ditekan.
2Kotak arahan Misi 2 daripada 3.
3Faham — tutup sorotan.
Misi 3: RPH minggu ini
Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.
Langkah 1 Jalur Persediaan di Halaman Utama
Jalur di Halaman Utama bergerak sendiri mengikut data anda: Persediaan · Misi 1 daripada 3 (Jadual Waktu) → Misi 2 daripada 3 (Jana RPT, bilangan subjek belum) → Misi 3 daripada 3 (RPH minggu ini, siap/jumlah, dengan kelas seterusnya). Butang jalur membuka helaian misi itu.
1Label Persediaan · Misi n daripada 3 dan tajuk misi.
2Butang misi (Jana RPT / Hasilkan RPH).
Langkah 2 Hasilkan RPH
Tekan Hasilkan RPH. Halaman RPH Minggu Ini dibuka. Pada Pro dan Ultra, butang Sync RPT → RPH disorot: SK, SP dan objektif setiap slot minggu ini diambil daripada RPT anda. Semak satu RPH, kemudian cetak atau muat turun. Pada pelan Percuma (Sync RPT → RPH ialah ciri Pro), borang RPH kelas seterusnya dibuka terus untuk diisi. Butiran: panduan RPH.
1Sync RPT → RPH (Pro & Ultra) — disorot.
2Kotak arahan Misi 3 daripada 3.
3Faham.
Bantuan & ulang tutorial
Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.
Langkah 1 Akaun › Bantuan
Kad Bantuan di halaman Akaun: Panduan, Telegram & Support membuka semula helaian tiga pautan; Ulang tutorial asas membuka Halaman Utama dan memainkan empat sorotan sekali lagi, diikuti helaian Bantuan.
1Panduan, Telegram & Support.
2Ulang tutorial asas.
Langkah 2 Flow Tutorial › Ulang tutorial asas
Di hujung halaman Flow Tutorial, pautan Ulang tutorial asas: jika maklumat onboarding anda belum lengkap (cth sekolah belum dipilih daripada senarai KPM), skrin onboarding yang berkaitan dibuka; jika sudah lengkap, tutorial asas dimainkan semula.
1Ulang tutorial asas.
Guru lama: tiada perubahan
Guru yang sudah menggunakan SistemGuru.My (persediaan pernah dimulakan, atau sudah ada jadual waktu) tidak melalui soal selidik atau tutorial. Jika satu maklumat asas masih belum lengkap — contohnya sekolah belum dipilih daripada senarai KPM — hanya skrin itu dipaparkan di Halaman Utama sehingga lengkap, tanpa tutorial di hujungnya. Senarai semak tujuh langkah yang lama tidak lagi dipaparkan; panduan seterusnya ialah jalur di Halaman Utama dan helaian misi.
Betul vs Salah
Berdasarkan cara sebenar app berfungsi.
Betul
Pilih sekolah anda daripada hasil carian senarai KPM (atau cadangan padanan).
Salah
Memilih Institusi saya tiada dalam senarai KPM untuk sekolah yang sebenarnya ada dalam senarai.
Sebab: Negeri, hari persekolahan dan takwim diisi automatik daripada rekod KPM. Institusi yang ada dalam senarai KPM ditolak dengan mesej supaya dipilih daripada hasil carian.
Betul
Ketik setiap petak kuning, bandingkan dengan gambar asal, kemudian Simpan slot.
Salah
Terus menekan Proses & Simpan Jadual tanpa menyemak petak kuning.
Sebab: Petak kuning bermaksud dua bacaan AI berbeza bagi slot itu — masa atau kelas mungkin tersalah baca.
Betul
Tekan Guna “3 Bestari” supaya satu kelas mempunyai satu nama.
Salah
Menyimpan 3B, 3 BESTARI dan 3 Bestari bagi kelas yang sama.
Sebab: Kehadiran, PBD dan Portal Murid memadan nama kelas tepat seperti dalam jadual; ejaan berbeza memecahkan satu kelas kepada beberapa kelas.
Betul
Jana satu RPT dahulu, kemudian teruskan ke Misi 3.
Salah
Menunggu semua subjek siap sebelum mencuba RPH.
Sebab: Jalur Persediaan bergerak ke Misi 3 sebaik RPT pertama disimpan; subjek lain boleh dijana bila-bila masa di halaman RPT.
Betul
Tekan terus butang yang disorot, atau Faham.
Salah
Menyangka laman dikunci dan memuat semula halaman.
Sebab: Sorotan Misi 2 dan Misi 3 tidak menyekat tekanan — butang lain dan menu kekal boleh digunakan.
Soalan lazim
Boleh saya langkau onboarding?
Tekan X (Isi kemudian) untuk menutupnya bagi sesi ini. Jawapan yang sudah disimpan kekal, dan onboarding dibuka semula di Halaman Utama pada log masuk seterusnya sehingga lengkap. Tutorial asas pula boleh dilangkau bila-bila masa dengan butang Langkau.
Saya guru lama. Perlukah saya mengisi semula?
Tidak. Guru yang sudah memulakan persediaan atau sudah ada jadual waktu tidak ditanya semula dan tidak melalui tutorial. Hanya maklumat asas yang belum lengkap, contohnya sekolah yang belum dipilih daripada senarai KPM, dipaparkan di Halaman Utama sehingga lengkap.
Sekolah saya tiada dalam senarai KPM. Bagaimana?
Dalam skrin Sekolah, tekan Institusi saya tiada dalam senarai KPM (SRA negeri, KAFA, MRSM, swasta, sekolah baharu), kemudian isi negeri dan nama penuh institusi. Jika nama itu sebenarnya ada dalam senarai KPM, anda diminta memilihnya daripada hasil carian.
Kenapa saya ditanya versi subjek?
Katalog DSKP mempunyai beberapa versi bagi subjek yang sama, contohnya Matematik, Matematik (BM) dan Mathematics (DLP), atau Pendidikan Islam (Jawi) dan (Rumi). Versi yang tepat memastikan padanan DSKP dalam Misi 1 dan RPT dalam Misi 2 betul.
Saya tiada gambar jadual waktu. Apa pilihan saya?
Pilih Bina dengan ketik (ketik petak waktu, pilih kelas dan subjek) atau Tampal teks (satu baris satu kelas). Jika penyelaras jadual sekolah sudah menerbitkan jadual di Portal Pentadbiran, pilihan Daripada jadual sekolah muncul paling atas untuk satu ketik.
Apakah maksud petak kuning dalam grid semak?
AI membaca gambar jadual dua kali; petak kuning ialah slot yang dibaca berbeza. Ketik petak itu, bandingkan dengan gambar asal anda, betulkan dalam panel Ubah slot dan tekan Simpan slot. Tanda kuning hilang selepas dibetulkan.
Adakah Ambil gambar jadual (AI) memerlukan pelan Pro?
Tidak. Ambil gambar jadual tersedia untuk semua pelan, termasuk Percuma. Bina dengan ketik dan Tampal teks juga tersedia untuk semua pelan.
Bagaimana mengulang tutorial asas?
Buka Akaun, kad Bantuan, kemudian Ulang tutorial asas. Atau di hujung halaman Flow Tutorial, tekan Ulang tutorial asas: jika maklumat onboarding anda belum lengkap, skrin onboarding yang berkaitan dibuka dahulu.
Di mana jalur Persediaan selepas onboarding?
Di Halaman Utama. Jalur itu menunjukkan Persediaan, Misi n daripada 3, bersama satu butang yang membuka helaian misi seterusnya. Ia bergerak sendiri apabila jadual, RPT dan RPH anda disimpan.
Panduan berkaitan
Jadual Waktu — Ambil gambar jadual (AI), Bina dengan ketik, Waktu & Rehat, sunting kelas.
RPT — Misi 2: Jana RPT Auto, padanan DSKP, simpan dan kunci panitia.
RPH — Misi 3: Sync RPT → RPH, borang RPH, cetak dan muat turun.
Bank kongsi — RPH, nota dan soalan yang dikongsi guru lain.
Tetapan Akaun — ubah nama, sekolah, peringkat dan takwim kemudian.
Takwim Sekolah — takwim rasmi KPM ikut negeri dan tahun.