PanduanSistemGuru.My Buka App

Cara guna Studio PDF

Sepuluh tindakan PDF yang paling diperlukan guru, dalam satu tool. Pilih tindakan dalam senarai Tindakan di atas, atau buka terus daripada Hab PDF & Dokumen.

Sebelum anda mula

Tiada persediaan diperlukan. Gunakan pelayar terkini (Chrome, Edge, Safari atau Firefox). Fail anda tidak dimuat naik ke mana-mana.

Semua pelanLangkah demi langkah

Buka Tools › Fail & Penukar › Studio PDF, kemudian pilih tindakan.

  1. Tandatangan PDF. Pilih PDF, lukis tandatangan dengan jari atau tetikus (atau muat naik PNG), pilih muka dan kedudukan, kemudian tekan Tandatangan & muat turun.
  2. Lindungi dengan kata laluan. Pilih PDF, taip kata laluan dua kali, pilih sama ada cetak dan salin dibenarkan, kemudian Kunci & muat turun. Fail dikunci AES-256.
  3. Buka kunci PDF. Pilih PDF berkunci, taip kata laluannya (kosongkan jika hanya sekatan cetak/salin), kemudian Buka kunci & muat turun.
  4. Tambah teks / isi borang. Medan borang PDF dipaparkan sebagai kotak isian. Untuk menulis di mana-mana: taip teks, pilih muka, kemudian ketik pada gambar muka di tempat teks bermula.
  5. Pangkas (crop). Masukkan jidar atas, bawah, kiri dan kanan dalam milimeter. Kotak merah pada gambar muka 1 menunjukkan kawasan yang dikekalkan.
  6. Imbas ke PDF. Tekan Ambil gambar (kamera telefon) atau pilih gambar sedia ada, susun turutan, pilih gaya imbasan, kemudian Jana PDF. Setiap gambar menjadi satu muka A4.
  7. Hitam putih. Pilih PDF berwarna, tekan Tukar ke hitam putih. Setiap muka dilukis semula sebagai gambar kelabu, jadi teks tidak lagi boleh dicari.
  8. Logo / tera air gambar. Pilih PDF dan gambar logo, pilih kedudukan, lebar dan kelegapan (10-20% untuk tera air), kemudian Letak logo & muat turun.
  9. Banding dua PDF. Pilih PDF draf dan PDF akhir, tekan Banding. Baris hijau = ditambah, baris merah bergaris = dibuang. Salin laporan untuk dikongsi.
  10. PDF ke soalan objektif. Pilih PDF kertas soalan (format 1. … A. B. C. D.), tekan Ekstrak soalan, semak jadual, kemudian Muat turun CSV atau Salin ke Excel. Isi kunci jawapan sebelum diimport ke Bank Soalan ke Kahoot.

Maklumat penting

Soalan lazim

Adakah Studio PDF percuma?

Ya, untuk semua termasuk tetamu tanpa log masuk.

Kenapa teks PDF tidak boleh dipilih selepas Hitam putih?

Muka dilukis semula sebagai gambar kelabu supaya warna benar-benar dibuang. Simpan fail asal jika perlu mencari teks.

Kenapa Banding atau Ekstrak soalan tidak menemui teks?

PDF itu mungkin imbasan gambar. Kedua-dua tindakan hanya membaca teks sebenar dalam PDF.

Buka Studio PDF