Susun semula muka PDF supaya bila dicetak dua muka, dilipat dan distaple ia menjadi buku kecil A5.
Fail & Penukar › PDF & Dokumen
Tetamu boleh
Semua pelan sama
Diproses dalam pelayar
Sebelum anda mula
Tiada persediaan diperlukan — buka alat dan mula menukar.
Pilihan
Tiada modul perlu disiapkanAlat ini berdiri sendiri — tidak membaca Jadual Waktu, Senarai Murid atau data lain. Boleh dibuka tanpa log masuk.
Wajib
Pelayar terkiniChrome, Edge, Safari atau Firefox versi semasa (komputer atau telefon). Pemprosesan berlaku pada peranti anda, jadi komputer lebih pantas untuk fail besar.
Wajib
Sambungan internet semasa membuka alatPustaka PDF dimuat sekali dari CDN. Fail anda sendiri tidak dimuat naik ke mana-mana.
Contoh dalam panduan ini. Gambar dirakam daripada app sebenar dengan data rekaan (nama, nombor dan gambar contoh — bukan data murid sebenar).
Apa yang berbeza ikut pelan
Tiada. Alat ini sama sepenuhnya bagi Tetamu, Percuma, Pro dan Ultra — tiada had penggunaan, tiada tera air dan tiada data dihantar ke pelayan.
Semua pelanLangkah demi langkah
Sama bagi Tetamu, Percuma, Pro dan Ultra.
Langkah 1 Pilih PDF
Modul, buku program atau risalah dengan muka A4 potret.
Langkah 2 Pilih kertas
A4 landskap → buku A5 atau A3 landskap → buku A4. Bilangan helai dan muka kosong yang ditambah (gandaan 4) dipapar.
Tangkapan sebenar PDF ke Buku Kecil dengan data contoh.
Langkah 3 Jana & cetak
Tekan Jana PDF buku kecil. Cetak dua muka, terbalik pada sisi pendek, lipat dua dan staple di tengah.
Maklumat penting
Buku melebihi kira-kira 40 muka lebih baik dipecah kepada beberapa buku.
Uji cetak satu helai dahulu untuk memastikan tetapan dua muka betul.