PanduanSistemGuru.My Buka App

Penjana Jadual Waktu Sekolah: panduan langkah demi langkah

Masukkan waktu, kelas, guru dan agihan mengajar sekali sahaja. Penjana menyusun jadual seluruh sekolah dalam beberapa saat; anda mengubah dengan ketik, mencetak, dan menerbitkannya ke Jadual Waktu setiap guru.

Siapa boleh guna

Guru Besar / Pengetua, GPK Pentadbiran dan GPK Petang (jawatan disahkan).

Modul ini dipapar dalam Portal Pentadbiran kepada guru yang memilih jawatan di atas (Portal Pentadbiran › Sekolah & Jawatan) — guru tanpa jawatan itu tidak melihatnya. Tanpa sekolah, data disimpan dalam mod peribadi (data anda sahaja).

Sebelum anda mula

Semua pelanCara guna

Gambar diambil daripada Mod Pratonton dengan data contoh. Klik atau ketik gambar untuk saiz penuh.

  1. Langkah 1 Tetapkan waktu

    Langkah 1 Waktu: pilih templat (sekolah rendah 30 minit, menengah 40 minit, Ahad–Khamis atau sesi petang), kemudian ubah bilangan waktu setiap hari, masa mula dan rehat.

    Penjana Jadual Waktu Sekolah — Tetapkan waktu
    Tetapkan waktu (Mod Pratonton, data contoh).
  2. Langkah 2 Isi kelas, guru dan agihan mengajar

    Langkah 2–4: tampal senarai kelas, tekan Tambah semua guru sekolah, kemudian isi agihan mengajar (guru, kelas, subjek, waktu seminggu, blok). Kad Semakan beban memberi amaran jika kelas atau guru melebihi waktu tersedia.

    Penjana Jadual Waktu Sekolah — Isi kelas, guru dan agihan mengajar
    Isi kelas, guru dan agihan mengajar (Mod Pratonton, data contoh).
  3. Langkah 3 Jana dan semak

    Langkah 5: pilih ketelitian dan tekan Jana jadual. Langkah 6: lihat ikut kelas, guru, bilik atau induk; ketik satu waktu dan ketik petak berbingkai hijau untuk alih atau tukar. Kunci waktu penting sebelum menjana semula.

    Penjana Jadual Waktu Sekolah — Jana dan semak
    Jana dan semak (Mod Pratonton, data contoh).
  4. Langkah 4 Cetak dan terbit

    Langkah 7: cetak semua kelas, semua guru atau jadual induk, muat turun Excel, dan tekan Terbitkan jadual. Guru menerima kad Masukkan ke Jadual Saya di Portal Pentadbiran › Sekolah & Jawatan.

    Penjana Jadual Waktu Sekolah — Cetak dan terbit
    Cetak dan terbit (Mod Pratonton, data contoh).

Maklumat penting

Betul vs Salah

Berdasarkan cara sebenar modul berfungsi.

Betul

Kunci waktu yang wajib (cth. Pendidikan Islam serentak) sebelum Perbaiki jadual semasa.

Salah

Menjana semula berulang kali tanpa mengunci — susunan berubah setiap kali.

Betul

Semak kad Semakan beban sebelum menjana.

Salah

Menjana walaupun kelas melebihi waktu tersedia — sebahagian unit tidak akan muat.

Soalan lazim

Adakah penjana ini percuma?

Ya, percuma untuk semua sekolah buat masa ini.

Bolehkah guru tanpa akaun dimasukkan?

Boleh. Mereka dijadualkan dan dicetak; hanya guru berakaun menerima jadual ke akaun.

Bagaimana jika ada unit tidak muat?

Penjana menyenaraikan sebab dan cadangan. Kurangkan slot tertutup, tukar blok berganda kepada tunggal atau agih kepada guru lain, kemudian tekan Perbaiki jadual semasa.

Panduan berkaitan

Buka Portal Pentadbiran