Kehadiran murid kelas anda daripada rekod semua guru mata pelajaran, dengan tahap amaran ponteng dan jadual waktu kelas.
Portal Pentadbiran
~2 minit
Ikut jawatan MySG
Percuma
Siapa boleh guna
Guru Kelas (PR01 / PM01), GB dan GPK HEM.
Modul ini dipapar dalam Portal Pentadbiran kepada guru yang memilih jawatan di atas (Portal Pentadbiran › Sekolah & Jawatan) — guru tanpa jawatan itu tidak melihatnya. Tanpa sekolah, data disimpan dalam mod peribadi (data anda sahaja).
Sebelum anda mula
Senarai Murid kelas diisi.
Guru mata pelajaran merekod kehadiran.
Semua pelanCara guna
Gambar diambil daripada Mod Pratonton dengan data contoh. Klik atau ketik gambar untuk saiz penuh.
Langkah 1 Pilih kelas dan tempoh
Pilih kelas dan tempoh (14–120 hari), tekan Papar.
Pilih kelas dan tempoh (Mod Pratonton, data contoh).
Langkah 2 Semak murid perlu perhatian
Murid tidak hadir tanpa sebab 3 hari berturut atau melebihi 10% ditanda, dengan tahap amaran.
Semak murid perlu perhatian (Mod Pratonton, data contoh).
Maklumat penting
Sakit dan cuti berizin tidak dikira dalam kiraan berturut.
Tahap amaran merujuk Panduan Mengatasi Masalah Ponteng di Sekolah (KPM): amaran 1 hari ke-3, amaran 2 hari ke-10, amaran akhir hari ke-17 berturut. Semak SPI terkini sekolah anda.
Betul vs Salah
Berdasarkan cara sebenar modul berfungsi.
Betul
Hubungi ibu bapa dan rekod tindakan sebaik amaran 1.
Salah
Menunggu hingga amaran akhir sebelum bertindak.
Soalan lazim
Bagaimana nama murid dipadankan?
Ikut nama dalam Senarai Murid setiap guru; ejaan yang sama diperlukan.